tangkisan
Permanently Banned - Multiple ID
- Messages
- 7,998
- Joined
- Dec 12, 2010
- Messages
- 7,998
- Reaction score
- 415
- Points
- 81
KAMERA AES DI LEBUH RAYA SKVE DICABUT
Di persimpangan Puchong/Putrajaya/SKVE menghala ke Kajang....
Rakaman gambar para petugas dari pengendali kamera AES @ kamera 1m'sia sedang mencabut kamera berkenaan di lebuhraya SKVE atas arahan Kerajaan PKR/PR Selangor dibawah pimpinan YAN Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.
Dua minggu diberi tempoh, kalau gagal roboh atau cabut kamera AES yang hirup darah rakyat itu makan kerajaan negeri akan lakukan sendiri.
Alhamdulillah, akhirnya mereka akur jua.
DILARANG MEMANDU DENGAN LAJU DI SKVE LAGI....
UPDATE :
Exco: S’gor turunkan kamera AES Jumaat – Malaysiakini
Exco Selangor Ronnie Liu berkata pihak berkuasa terbabit pada hari Jumaat ini akan menurunkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipasang di negeri itu.
“Saya akan maklumkan masanya kepada pemberita,” kata Liu yang bertanggungjawab ke atas kerajaan tempatan.
Kamera perangkap laju itu dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembak Kelang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 di Lebuhraya Utara Selatan.
Liu turut mempersoalkan satu gambar yang didakwa menunjukkan pekerja menurunkan kamera berkenaan di SKVE, yang beredar di ruang Internet.
“Ianya palsu. Ia mungkin (dirakam) ketika mereka memasang (kamera) tersebut. Saya sudah hantar orang untuk periksa dan kamera itu masih ada,” katanya.
Selangor akan menurunkan kamera berkenaan selepas memberi tempoh selama 14 hari kepada kontraktor AES supaya berbuat demikian dalam masa dua minggu.
Beliau mendakwa, Jabatan Pengangkutan Jalan dan kontraktor berkenaan gagal memohon untuk mendapatkan kebenaran merancang bagi memasang alat berkenaan – yang dianggap sebagai struktur haram.
Last edited:
