BTC USD 85,574.3 Gold USD 4,341.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Simo Hayha - Legenda Sniper Terkenal Di Dunia

seether

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,415
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,415
Reaction score
6
Points
311
Diantara sniper-sniper legenda di dunia dunia, nama Simo Hayha merupakan salah seorang sniper yang paling berjaya.


SimoHayha1.JPG
simo_hayha-s585x360-11707-tm.jpg


Namanya mungkin tidak terkenal seperti sniper Soviet Union iaitu Vasily Zaitsev yang kisahnya diangkat dalam film “Enemy at The Gates”.

Namun Simo Hayha merupakan pahlawan Finland yang gigih dan tidak pantang menyerah dalam menghadapi penjajahan besar-besaran Tentera Merah Soviet (Red Army) terhadap negaranya.


vEqQT.jpg


Sebuah pertempuran yang juga digelar “David vs Golliath”.

Dalam perang tersebut Simo Hayha berhasil mengukirkan namanya sebagai sniper paling berjaya dengan membunuh 542 tentera merah Soviet dalam waktu hanya 100 hari, sebuah rekod fantastik untuk seorang sniper.

Dengan kemampuan yang dimilikinya dia digelar “White Death” oleh tentera Soviet (musuhnya).



hyh1qq0

Gambar berkumpulan Simo Häyhä semasa 'Conscription Service' sebelum Perang Musim Sejuk

Simo Hayha lahir pada tanggal 17 Disember 1905 atau 1906 di sebuah bandar Rautajärvi, Finland berhampiran sempadan Soviet Union.

Sebelum itu, Simo Hayha menghabiskan sebagian besar waktunya untuk berburu dan bertani.

Pada tahun 1925, Simo Hayha bergabung dengan angkatan bersenjata Finland untuk memenuhi panggilan wajib militer (tentera finland).

Di saat perang musim dingin pecah pada tahun 1939 antara Finland dengan Soviet, Simo Hayha bergabung dengan Pasukan 6 Jaeger Regiment 34.

Pada saat itulah Simo Hayha memulai tugasnya sebagai seorang sniper.



55ihcm.jpg

Digelar sebagai “White Death” oleh musuhnya

Pertarungan antara tentera Finland dengan Tentera Terah Soviet (Soviet Red Army) di sepanjang Sungai Kolla merupakan salah satu pertarungan heroic bangsa Finland, dimana 32 tentara Finland harus menghadapi 4000 tentera Soviet.

Pada saat itu pula Simo Hayha berhasil menembak 542 tentera Soviet dan menjadikan perbukitan di sepanjang sungai Kolla sebagai “Killer Hill” bagi tentera Soviet.

Dia bertempur dalam kondisi suhu yang sangat ekstrim antara -20 sampai -40 darjah Celsius dengan pakaian kamuflase berwarna serba putih.

Simo Hayha menggunakan senapang M28 dalam aksinya, yang merupakan variasi dari senapang Mosin Nagant Soviet.



Simo+Hayha+1942

Simo Hayha pada 1942

Apa yang unik dan hebat adalah Simo Hayha tidak pernah menggunakan scope (teleskop) seperti yang biasa sniper gunakan pada umumnya.

Tapi dia hanya menggunakan besi pembidik (Iron Sight) untuk membidik korbannya dan masih dapat menembak dengan tepat sampai jarak lebih dari 400m.

Tentunya bukan tanpa alasan bahawa dia tidak menggunakan teleskop untuk membidik, dia berpendapat bahwa lensa teleskop dapat memantulkan cahaya matahari yang dapat membongkar penyamaran seorang sniper.


Selain itu cuaca dingin boleh menimbulkan embun pada lensa teleskop yang dapat mengganggu bidikan.

Untitled-39000.jpg

Suomi K-31 SMG & Mosin-Nagant M28

Simo Hayha juga menggunakan senapang Suomi K-31 SMG (Small Machine Gun) dalam aksinya dan menurut sumber yang tidak diketahui, dia telah membunuh hampir 200 tentera Soviet menggunakan senapang ini.

hayha

Keratan akhbar mengenai Simo Hayha


Pernah Tertembak Di Kepalanya

image001.jpg


Mungkin anda tertanya-tanya mengapa foto diatas wajah Simo agak pelik?.

Pada tanggal 4 Mac 1940, nyawanya hampir melayang setelah rahangnya dihentam sebuah peluru.

Peluru itu menghancurkan wajah sebelah kiri Simo, kawan satu pasukannya pun sempat mengatakan "Setengah wajahnya hilang!!" ketika mereka menolong Simo.

Dia mengalami koma hingga akhirnya dia tersedar tujuh hari kemudian, tidak lama setelah perang berakhir.


Simo+Hayha+receives+honorary+rifle

Simo Hayha pada 1940

Atas jasanya yang besar,pangkatnya dinaikkan dari koperal kepada leftenan I oleh Field Marshal Carl Gustav Emil Mannerheim, pemimpin tertinggi militer Finland pada ketika itu.

haykarjp.jpg
images

Simo Hayha ketika usia tua

Simo Hayha meninggal dunia pada tanggal 1 April 2002 pada usia 96 tahun.

Ketika di temubual pada tahun 1998 bahawa bagaimana dia boleh menjadi penembak yang baik? dia menjawab :


"Practice".

Ketika dia ditanya apakah anda menyesal telah membunuh ramai orang? dia menjawab :

"I did what I was told to as well as I could".

se643q.jpg




Sumber : Wiki, fcukz, Google
 
705 confirmed kills (505 with rifle, 200 with submachine gun)
 
Gila nie...mmg expertise ni..
 
terbaik... tabik spring wat sniper nih... tp x silap sniper russia tuh lagi jauh dier shoot.. pernah baca la...

bezanya mamat vasily same simo ni bro..
simo dalam range 400 meter salji bole shoot
tanpa pakai teleskop..hahaha..705 org dia tapau
dlm mase 100 hari war..haha..
 
Tak sangka di dunia nyata memang ada sniper yang hebat macam beliau ini...
 
Carlos Norman Hathcock II
May 20, 1942 – February 23, 1999


1133204291_334274af7c-tm.jpg


Nicknamed ‘Lông Trung du Kich’ (‘White Feather Sniper’)

93 Confirmed kills.
 
aku minat sgt snipe2 nie :))
dlm game tembak2 mmg aku pilih sniper la :))
best duk jauh2 tembak org :))
 
Back
Top
Log in Register