wokyoh fx
Super Active Member
- Messages
- 7,161
- Joined
- Aug 25, 2010
- Messages
- 7,161
- Reaction score
- 49
- Points
- 70
"SAYA minta maaf kepada semua penyokong Selangor."Demikian reaksi pengendali skuad Gergasi Merah, Irfan Bakti Abu Salim selepas pasukan itu tewas 0-2 kepada Kelantan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia kelmarin.
Irfan mengakui, beliau masih kecewa kerana gagal memberikan kemenangan kepada kira-kira 30,000 penyokong fanatik Gergasi Merah di Stadium Shah Alam.
Kekalahan itu memberi peluang kepada skuad The Red Warriors untuk mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menang dengan agregat 3-0 dan bakal menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di stadium yang sama pada 20 Oktober ini.
Mengulas lanjut, Irfan juga mengakui yang beliau sedih kerana gagal menamatkan 'Misi 33' bersama Selangor pada musim ini.
"Saya kecewa kerana kami gagal memenangi perlawanan malam ini (kelmarin) meskipun stadium ini dibanjiri ramai penyokong setia Selangor.
"Penyokong-penyokong hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka tetapi kami tidak mempamerkan aksi yang lebih berkesan ketika menentang Kelantan," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan kelmarin.
Bekas jurulatih Terengganu itu berkata, aksi kurang efektif barisan tengah pasukan tersebut menjadi salah satu punca kekalahan juara 32 kali Piala Malaysia tersebut kepada juara Liga Super musim ini.
"Kami kerap kehilangan bola di bahagian tengah dan tidak ada bantuan daripada Solehin (Kanasian Abdullah) dan juga Rozaimi (Abdul Rahman) yang memaksa saya terpaksa mengeluarkan pemain pinjaman itu.
"Kami juga kerap melakukan kesilapan di benteng pertahanan dan tengah. Justeru, kami harus menerima kekalahan ini secara terbuka," katanya.