MM: Rahsia Fx Profesional tak mahu anda tahu...
Money management adalah basic pertama yg perlu anda tahu sebagai trader profesional..
sehingga hari ini ramai beginner forex yg saya jumpa seolah olah masih blur tentang trading sedangkan mereka ini ada yang dah beberapa kali attend beberapa kursus forex sebelum ini, ada yang dah berbelanja ribuan ringgit pulak tu.. dengan kursus nama yang pelik pelik (ada nama kursus yang macam nama org eskimo!). Mereka macam tercari cari sesuatu yg kurang....
setelah di "post moterm" saya dapati mereka ini sebenarnya tidak diajar money management yang betul, sedangkan itulah perkara basic yang paling utama perlu mereka kuasai ! sayangnya perkara ini dianggap remeh oleh kebanyakan pegendali kursus..(studentnya pon sama gak...)
kerana anggapan yang terlalu remeh , mereka sampai tak faham apa itu money management(MM).. ada trader bagitau saya MM itu ikut kefahaman setiap orang lah , lain orang lain kefahamannya, ada pulak kata MM itu maknanya jgn trade lebih 2% dari margin.
tahukah anda MM itu adalah dasar atau polisi perniagaan yang anda bawa. Apabila anda berkeputusan untuk melibatkan diri dalam pelaburan saham/forex/option/future, anda sebenarnya sedang bermula dalam satu perniagaan! anda sedang meletakkan modal untuk memajukan sebuah perniagaan anda sendiri
perkara ini bukanlah main main! amoi yang jual komik kat sebelah rumah saya pun tahu perkara ini (cun jugak amoi ni).
apabila anda memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan, bukankah kertas kerja anda mesti lengkap untuk dilihat oleh pihak bank. kertas kerja anda mestilah mempunyai forecast pendapatan syarikat untuk 5 tahun, mesti ada cashflow sheet, mesti ada Money management policy, mesti ada perancangan strategy syarikat (SWOT etc)...
kertas kerja ini menjamin anda mempunyai perancangan untuk perniagaan anda , begitu juga forex, apabila anda mula "berniaga" dalam forex anda mesti mempunyai perancangan dalam tempoh lima tahun berapa pendapatan yang boleh di forecast, strategy mencapai forecast tersebut , kawalan perlaburan , prinsipal/disiplin/polisi yang perlu anda tetapkan untuk mencapai matlamat itu.
bukan main bedal jer, minggu ni main 1 lot , minggu depan main 0.5 lot , bulan depan tukar pulak 0.01 lot. lot yang anda main mesti berkadaran dengan MM/polisi anda.
anda mesti menetapkan jumlah modal yang perlu untuk satu pernigaan/pelaburan 5 tahun , contoh nya RM30 ribu untuk 5 tahun , kemudian tetapkan projection untuk modal itu , contohnya pendapatan mestilah 3x modal = RM 100,000 selapas 5 tahun. bukannya dapat jer untung joli, asal untung jer shoping..
kalau isteri anda tak faham , kasik dia faham betul betul, ambik dia letak atas kerusi terangkan satu satu tentang konsep perniagaan, terangkan forex itu adalah perniagaan anda yang satu hari diharapkan sangat kukuh sehingga anda boleh mendapat kebebasan kewangan anda sendiri dan tak perlu bergantung pada gaji lagi.
terangkan ia adalah satu ilmu yang jika anda dapat kuasai sehingga boleh anda turunkan kepada anak cucu anda , iaitu ilmu yang dapat diturunkan turun temurun, iaitu kebanggaan anda (harimau mati meningalkan belang, manusia mati meninggalkan? )
sekarang ini jugak ambil pen dan kertas , kemudian tulis nama syarikat anda , tulis jumlah modal anda untuk 5 tahun , buat perancangan trading anda, letakkan forecast pendapatan, kira betul betul risiko bulanan anda !
setelah buat semua ini , anda akan terfikir sesuatu yang sangat mendalam.. percayalah cakap saya..
