"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,"
Lee Chong Wei memohon maaf di akaun weibo (twitter versi China) nya kepada rakyat China pasal lagu namewee yang menghina Lin Dan.
http://www.youtube.com/watch?v=nZY3bqWKPxY
Pasal lagu ni, lagu ni namewee buat lepas LCW kalah dengan Lin Dan, dalam lagu ni namewee menggelar Lin Dan Sebagai Lin-nabu Angmo-Dan ( Rambutan Mak Kau dalam bahasa cina) dan Shabi (*****). Nameewee juga mengugut akan memukul Lin Dan sekiranya lin dan datang ke malaysia. ramai org china hangin dengan dia pasal lagu ni, pg facebook dia kena maki memanjang lepas lagu ni lah
http://www.youtube.com/watch?v=kqJU79RtF-Y
Bekas pelajar China kesal Namewee kutuk Lin Dan
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Sekumpulan bekas penuntut dari China yang pernah belajar di Malaysia meluahkan rasa kesal terhadap rakaman video yang dihasilkan pemuda kontroversi, Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana mengutuk pemain nombor satu negara mereka iaitu Lin Dan.
Persatuan Alumni Pelajar China di Malaysia menyifatkan klip video yang kini tersebar di laman YouTube adalah keterlaluan dan melampau kerana menghina peribadi individu yang banyak kali mengharumkan negara mereka.
Presiden persatuan itu, Huang Bin mendakwa, ramai penduduk China kini marah dengan tindakan Namewee yang mengutuk Lin Dan secara peribadi dengan menggunakan bahasa yang kesat.
"Video itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana ia mungkin menjejaskan hubungan kedua-dua pihak. Ramai penduduk China sukakan (Datuk) Lee Chong Wei dan perlawanan akhir acara perseorangan badminton Sukan Olimpik baru-baru ini diiktiraf sebagai pertandingan kelas dunia," katanya pada sidang akhbar di pejabat persatuan itu di Jalan Loke Yew di sini hari ini.
Namewee baru-baru ini memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi kata-kata makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas pemain itu mengalahkan Chong Wei dalam perlawanan akhir sukan acara badminton Olimpik London di Arena Wembley.
Mengulas lanjut, Huang Bin berkata, pihak persatuan tidak akan membuat laporan polis berhubung hinaan itu kerana menimbangkan kenyataan maaf yang telah dibuat Namewee di laman sosialnya.
"Memandangkan dia sendiri telah meminta maaf, kami tidak akan membuat sebarang tuntutan tetapi kami berharap perkara sedemikian tidak akan berulang," tegasnya.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong menyifatkan perbuatan Namewee itu adalah semata-mata untuk menambah populariti dirinya serta mahu mendapat publisiti murahan tentang filem terbarunya.
"Dia melampau kerana bermain dengan isu sensitif serta mencarut. Tidakkah dia tahu hubungan antara kedua-dua negara baik dan ada ramai rakyat China di negara ini," katanya.
Tambah Micheal, Chong Wei juga tidak seharusnya meminta maaf tentang perkara itu kerana pihak yang menghina adalah Namewee.
"Saya tahu Chong Wei meminta maaf kerana sifatnya yang merendah diri seperti rakyat Malaysia yang lain," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dal...kas-pelajar-China-kesal-Namewee-kutuk-Lin-Dan
ad spe2 leh translate lirik die tu... pening pale aku dgr. haha![]()
lirik dia lebih kurang camni
Dengar kau suka akan filemku
Curi-curi tengok Nasi Lemak 2.0
Hantu gangster akan ditayangkan tak lama lg
nak ajak kau tonton sekali
Tapi dengar kau berada di london
Tidak dapat hadir
Tak mengapa, kau sedang berjuang untuk negara lebih penting
Semasa ku membuka RTM1
Melihat kau berjuang demi ibu pertiwi
Dengan mudahnya menang pusingan pertama
Seluruh rakyat negara bersorak gembira
Tapi pusingan kedua, Itu China punya XX
Macam makan dadah Jadi kuat gile ****
Dan mengalahkan kau ke bawah gaung
Dan Kehilangan tenaga
Biarpun Kau Kalah..
Air mata mengalir kering..
Seluruh Malaysia bersedih denganmu
Fat lady pun turut bersedih
Biarpun Kau Kalah..
Janganlah menangis..
Datanglah tonton filem ku
Biar kau ketawa terbahak-bahak
Biarpun tiada cuti
Dan ais krim percuma
Kau lah perwira Malaysia
Kalah atau menang, kami tetap sayang kau
lepas habis lagu dia ugut lin dan dalam bahasa hokkien, "Itu China punya orang ha, suruh dia balik rumah la, jadi orang jangan berlagak lah! Suruh dia Jangan datang Malaysia, kalau aku nampak aku pukul!
Last edited:
