Ini kes seorang champion main bowling negara yang didapati bersalah dan mengaku bersalah merogol remaja berumur 13 tahun di sebuah hotel telah diringankan hukuman kerana dia mempunyai masa depan yang cerah!!!
Hukumannya diringankan seumpama macam tak ada hukuman langsung sebab dari asal hukuman penjara 5 tahun, bertukar menjadi "berkelakuan baik selama 5 tahun beserta ikat jamin RM25k". Waduh waduh seronoknya balun budak kecik lepas tu hukumannya hanya perlu buat baik selama 5 tahun!!!
Apa hangpa pasang cctv kat atas kepala dia ke untuk pantau dia selama 5 tahun. hari ni dia kantoi belasah awek budak kecik 13 tahun tu, lepas ni kalau dia belasah berdozen anak dara dan tak dara peminat muka hensem tangan keras hayun bola bowling dia tu macam mana?.
Kemudian yang lucunya pulak, selepas 5 tahun lagi dia boleh tak berkelakuan baiklah? begitu ke maksudnya. Woooit, berkelakuan baik tu bukan hukuman, itu memang dah wajib.
Macamlah hang jatuhkan hukuman tak boleh tinggalkan solat selama 5 tahun, itu memang dah wajib dan kalau tak buat kena bunuh, tau tak?.
Hukuman bermoral macam tu bagi mesej kuat pada remaja lain untuk berusaha menjadi champion atau apa-apa saja yang boleh memberi tanda masa depannya akan cerah. Dengan status tersebut maka kelakuan anda pelahap tubuh budak kecik 13 tahun tidak akan dikira sebagai jenayah berat.
Dan hukuman lawak akan diberikan semata-mata takut masa depan budak champion akan rosak.
Alahai! aku tak paham puak hakim ni jenis yang berkawan dengan masyarakat atau tidak. Berdasarkan apa yang berlaku di atas aku yakin dia jenis bergaul sesama dia saja dan telah lama meninggalkan dunia kemasyarakatan!
Mahkamah Rayuan Kekal Perintah Berkelakuan Baik Ke Atas Noor Afizal
Rabu Ogos 8, 2012
PUTRAJAYA: Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.
Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.
Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.....
Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE