BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahaya Air Masak Kepada Bayi Berumur Bawah 6 Bulan

seether

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,415
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,415
Reaction score
6
Points
311
Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.


images.jpg



1. Merencatkan Tumbesaran

  • Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu.
  • Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi.
  • Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat.
  • Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.


2. Merencatkan Akal

  • Memberikan air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah.
  • Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’.
  • Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.


3. Mengancam Nyawa

  • Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit-birit jika kebersihan tidak dititikberatkan.
  • Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih.
  • Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.


4. Mengakibatkan Sawan Tarik

  • Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu.
  • Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi.
  • Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.
  • Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.


Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.

Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit.

Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut.

Oleh itu, beri bayi anda susu ibu sekerapnya.



Sumber
 
good info..
dulu aku sll pk napela mak sdare aku x nak bg air masak kat anak dia
asik minum susu jer..
aku pk rosak buah pinggang..rupanya mmg kne minum susu rupanya..
 
rasanya ini untuk kes bagi minum air masak lebih banyak dari bagi minum susu....biasa berlaku pada orang2 susah ( kewangan) untuk belikan susu yang baik kepada anak...kebetulan susu cap gantung tu dah stop pulak....
 
Back
Top
Log in Register