BTC USD 61,674.0 Gold USD 4,237.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bolt menang Olimpik,Cipta rekod baru

haudli

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,323
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,323
Reaction score
452
Points
136
SEPERTI diramalkan banyak pihak, Usain Bolt memenangi emas dalam acara 100m Sukan Olimpik dengan menghasilkan rekod baru 9.63 saat di Stadium Olimpik London sebentar tadi.

Atlet Jamaica itu mengatasi Yohan Blake, juga dari Jamaica, dan Justin Gatin.

Bolt, 25, muncul atlet kedua memenangi emas dalam acara 100m dalam dua temasya berturut-turut. Atlet terdahulu mencatatkan rekod sedemikian ialah Carl Lewis dari Amerika Syarikat.

Dalam reaksinya, Bolt berkata, dia tahu akan memenangi larian 100m di London.

"Saya gembira, apabila saya masuk ke puisngan pertama, saya sudah merasai yang saya boleh melakukannya," katanya selepas menang acara 100m.

Pada Sukan Olimpik 2008, Bolt lari dengan kepantasan 9.69s dalam acara 100m, 19.30s (200m) dan mencipta rekod 4×100m dengan masa 37.10s.



Keputusan akhir 100m:

1. BOLT Usain (Jamaica) 9.63 saat
2. BLAKE Yohan (Jamaica) 9.75 saat
3. GATLIN Justin (Amerika Syarikat) 9.79 saat
4. GAY Tyson (AS) 9.80 saat
5. BAILEY Ryan (AS) 9.88 saat
6. MARTINA Churandy (AS) 9.94 saat
7. TRI THOMPSON Richard (AS) 9.98 saat
8. JAM POWELL Asafa (Jamaica) 11.99 sat



 
biar betul asafa powell 11.99saat? kasut tercabut masa lari ke apa
 
tak tahu nak cakap mcmna...1-7 lari bawah 10saat...
 
biar betul asafa powell 11.99saat? kasut tercabut masa lari ke apa

x sangka..makin lama makin rendah masa yg di catat...mungkin lagi beberapa tahun .masa 8 saat x mustahil
 
ni mcm bukan 100m olympic,tp 100m Jamaica vs US
 
Agak2 satu hari nanti boleh ke manusia rekod bawah 5s,
 
Back
Top
Log in Register