Forum promosi jualan bukan tempat untuk perbahasan mahupun sembang
Ada segelintir ahli yang mungkin terasa ingin menegur atau membahaskan penawaran/penjualan sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan oleh seseorang ahli. Tujuan tersebut adalah baik tetapi bukan ditempat yang betul. Forum seksyen ini adalah ruangan promosi dan sekiranya teguran tersebut dilakukan di dalam thread jualan ahli sudah tentu akan menimbulkan perasaan kurang senang penjual itu sendiri. Perbalahan pendapat akan berlaku di dalam thread yang sepatutnya. Akhirnya akan memberi impak kepada jualan servis oleh penjual tersebut. Sekiranya anda ingin menegur atau ingin membahaskan sesuatu isu seperti halal haram contohnya, gunakanlah forum dengan cara yang betul bukannya membabi buta menyerang penjual di thread jualan mereka. Anda boleh buka satu topik baru di forum Info, Debate atau ianya isu agama boleh buka di forum Religious Talk.
Forum iklan & jualan juga bukanlah tempat sembang. Samada penjual mahupun pembeli harus membuat post yang hanya berkaitan dengan produk @ servis yang diiklan/dijual sahaja, bukannya meleret ke arah perkara yang tidak berkaitan.
Gunakanlah forum dengan bijak. Jadilah ahli forum yang peka & prihatin tetapi di tempat yang betul. Sentiasa semak peraturan forum sebelum membuat keputusan untuk melakukan sesuatu di laman ini.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE