aminnn....tp jgnla pulak harga turun BLR naik pulak...
saya ni takdelah pandai sangat
tapi kalau ikut logiknya
lagi ramai yang mampu nak beli rumah, bank makin untung
customer diorang makin ramai
jadi kemungkinan BLR untuk terus naik, mungkin tak kot
entahlah jang..
ikut trend 2008..bagi kawasan high end seperti kondo..landed house..normally turun sehingga 20-30% shj...bagi medium cost seperti apartment...penurunan berkenaan tidak sedikit pun menganggu situasi harga berkenaan.
cuma jika kita perhatikan..thn berkenaan..terlalu byk rumah dilelong..maka adakah selepas PRU13..akan jdik begitu?
mari kita ramai2 buat spekulasi...hihihi
pada pandangan saya pulak, suasana politik pada masa itu tak sehebat macam sekarang
masing-masing dah masuk gear lima dah sekarang sejak daripada awal lagi untuk menang pilihanraya kali ini....
kalau tgk tahun 2008, ramai boleh agak kerajaan akan menang mudah
cuma bila tumbang beberapa negeri ramai yang terkejut
tapi sekarang lain, daripada awal lagi pemerhati politik dah agak banyak kerusi akan berpindah milik dan beberapa negeri di bawah zon "merah" untuk PRU13 kali ini
jadi PRU ke 13 inilah saya rasa adalah medan pertempuran paling "panas" dasar parti politik A vs dasar parti politik B. Dan yang kita tengah bincangkan sekarang adalah nilai hartanah di Malaysia apa yang akan jadi selepas ini??
Ramai minta rumah mampu milik dalam Cadangan Bajet 2013
Quote:
Sebilangan besar individu yang memberikan cadangan dalam tinjauan yang dijalankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan perumahan mampu milik sebagai perkara utama yang perlu diberi perhatian kerajaan dalam Bajet 2013.
Sejumlah besar daripada 100 cadangan yang disenaraikan mengikut populariti itu meminta perdana menteri mengambil langkah untuk memastikan perumahan mampu dimiliki, khususnya oleh golongan berpendapatan pertengahan.
"Saya harap kerajaan akan buat sesuatu mengenai harga rumah yang amat tinggi untuk rakyat biasa," kata seorang individu bernama Teryyck yang menambah, ramai yang tidak mampu memiliki rumah yang memuaskan pada masa ini.
Begitu juga seorang lagi individu bernama Mathew dari Lembah Kelang yang berkata, kerajaan perlu mewujudkan mekanisme serius dalam mengawal harga hartanah.
Katanya, harga hartanah menjadi tidak terkawal kerana dibeli oleh spekulator dan pembeli asing untuk pelaburan.
Keadaan ini menyebabkan pemaju membina perumahan untuk golongan berkenaan dan bukannya untuk pembeli tempatan, katanya.
"Kita perlukan rumah mampu milik... Tolonglah, tolonglah buat harga dan saiz rumah mampu dimiliki," kata Ammaray93 pula dari Selangor.
Seorang lagi pengguna di laman forum yang dikendalikan Google itu mencadangkan supaya program perumahan untuk golongan miskin dan miskin tegar turut diadakan untuk golongan kelas pertengahan.
"Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu dibuka untuk golongan berpendapatan sederhana. Nyatalah golongan berpendapatan rendah mempunyai rumah tetapi golongan berpendapatan sederhana masih menyewa di bandar besar, (ini) sangat menyedihkan," kata Ir Fird.
Cadangan supaya monopolis penyedia perkhidmatan televisyen satelit Astro dan tambahan potongan cukai juga menjadi permintaan popular di laman berkenaan.
Cadangan Amirul daripaa Johor supaya memecahkan monopoli Astro ke atas lesen tersebut dipersetujui 130 orang yang menanda dengan butang "Like".
Pengguna boleh memberi cadangan kepada perdana menteri di laman tersebut sehingga 29 Julai.
pada pandangan saya pulak, suasana politik pada masa itu tak sehebat macam sekarang
masing-masing dah masuk gear lima dah sekarang sejak daripada awal lagi untuk menang pilihanraya kali ini....
kalau tgk tahun 2008, ramai boleh agak kerajaan akan menang mudah
cuma bila tumbang beberapa negeri ramai yang terkejut
tapi sekarang lain, daripada awal lagi pemerhati politik dah agak banyak kerusi akan berpindah milik dan beberapa negeri di bawah zon "merah" untuk PRU13 kali ini
jadi PRU ke 13 inilah saya rasa adalah medan pertempuran paling "panas" dasar parti politik A vs dasar parti politik B. Dan yang kita tengah bincangkan sekarang adalah nilai hartanah di Malaysia apa yang akan jadi selepas ini??
aku rasa ketika itu, gawatnya ekonomi bukan sbab isu pilihanraya..tetapi kesan daripada pasaran hartanah di UK dan penutupan bank2 besar di sana..
ikut trend 2008..bagi kawasan high end seperti kondo..landed house..normally turun sehingga 20-30% shj...bagi medium cost seperti apartment...penurunan berkenaan tidak sedikit pun menganggu situasi harga berkenaan.
cuma jika kita perhatikan..thn berkenaan..terlalu byk rumah dilelong..maka adakah selepas PRU13..akan jdik begitu?
mari kita ramai2 buat spekulasi...hihihi
hmmm pada pada pendapat den harga rumah pada masa itu bukan dipengaruhi oleh PRU semata-mata...faktor kejatuhan ekonomi US juga memberi kesan ke ekonomi negara rasanya
hmmm pada pada pendapat den harga rumah pada masa itu bukan dipengaruhi oleh PRU semata-mata...faktor kejatuhan ekonomi US juga memberi kesan ke ekonomi negara rasanya
menarik gak ni
boleh beritahu apa hubung kaitnya secara mendalam
berminat nak tahu
so....tuan agak nilai hartanah tidak terus naik atau turun selepas ini?
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE