BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembantu rumah gantung diri guna kain sari

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
GEORGETOWN: Seorang wanita menggunakan kain sari untuk menggantung dirinya di tingkat dua sebuah rumah ibadat di Lengkok Pemancar, Gelugor, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mayat pembantu rumah berusia 40-an berasal dari India, ditemui tergantung dengan berpakaian lengkap dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.


Menurut sumber, pasukan polis yang tiba di tempat kejadian memecahkan pintu kerana ia berkunci dari dalam.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui mayat seorang wanita tergantung dengan lehernya dililit sari dan diikat di kipas siling dalam bilik.


“Polis turut menemui kerusi yang digunakan mangsa untuk menggantung diri dan siasatan mendapati mangsa mati sejak beberapa jam lalu,” katanya.


Sumber berkata, berdasarkan siasatan, selain bekerja sebagai pembantu rumah wanita terbabit turut ditugaskan menjaga rumah ibadat berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati dokumen pengenalan diri milik wanita terbabit disimpan majikannya yang ketika kejadian berada di ibu kota.


“Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mencari punca mangsa menggantung diri dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan mayat terbabit.
 
pasal boypren kot...:D:D:D
 
Alamak kat sini pun bunuh diri jgk ke
tak dpt balik ke
 
mesti rumah tu berhantu nnt..
 
bunuh diri tp diklasifikasi mati mmengejut.....? kan senang kata mati bunuh diri
 
Back
Top
Log in Register