BTC USD 84,006.7 Gold USD 4,125.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1 Julai 2012 Servis Telegram DiTamatkan - jadi sejarah, berakhir secara rasmi

SayaAndaKita®

Super Active Member
Messages
5,904
Joined
Feb 17, 2011
Messages
5,904
Reaction score
170
Points
78
Era perkhidmatan telegram jadi sejarah, berakhir secara rasmi

KOTA BHARU 1 Julai - Selepas lebih separuh abad berkhidmat, telegram kini menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah negara apabila Telekom Malaysia Berhad (TM) secara rasmi menamatkan perkhidmatan tersebut hari ini.

Penamatan perkhidmatannya terpaksa dilakukan berikutan kos penyelenggaraan yang tinggi serta saingan perkembangan teknologi komunikasi semasa.

Pengurus Besar TM Kelantan, Ab. Rashid Che Othman berkata, perkhidmatan telegram pada masa kini hanya digunakan oleh institusi kewangan untuk menuntut kembali hutang mereka dan amat jarang bagi orang awam menggunakannya.

"Hari ini adalah hari terakhir kita menyediakan perkhidmatan telegram di negeri ini. Hari ini sahaja kita menghantar kira-kira 1,000 telegram melalui TM Point Kota Bharu.

"Secara purata kita menerima 600 sehingga 700 telegram dihantar melalui TM Point Kota Bharu daripada bank atau institusi kewangan pada setiap bulan dan peningkatan secara mendadak hari ini disebabkan pelanggan mahu memastikan telegram dapat dihantar buat kali terakhir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ab. Rashid berkata, sejak tahun 2000, telegram dihantar melalui komputer dan tidak lagi menggunakan mesin telex seperti zaman dahulu.

Katanya, ini disebabkan kos untuk membaiki mesin tersebut amat tinggi malah kemungkinan alat ganti yang diperlukan juga telah tiada lagi.

"Harga untuk setiap patah perkataan bagi telegram biasa ialah 10 sen manakala 20 sen setiap patah perkataan bagi telegram segera," katanya.

"Kami generasi lama TM amat merasai kehilangan telegram kerana ia merupakan satu alat komunikasi yang amat penting terutama untuk menyampaikan berita-berita kecemasan. Bagaimanapun perkembangan teknologi membuatkannya kini terpinggir," katanya.

Sumber
thumbnail_20120701174207.jpg

image.jpg

KUALA LUMPUR: THE telegram, which was part and parcel of Malaysian development and progress for more then a century, has finally called it a day.

The advent of the Internet and in particular, email, has rendered the service, which served the nation and its people faithfully for the last 138 years, obsolete.

Service provider Telekom Malaysia Berhad announced in an advertisement on Sunday it was ending the service that same day.

The first telegraph line was set up by the now defunct Department of Posts and Telegraph from Kuala Kangsar to Taiping in 1874. It signalled the beginning of an era of telecommunications in the country.

National Union of Telecommunication Employees president Mohd Jafar Abd Majid said telegram service had faced many challenges.

"Back in the 1970s and 1980s, the telegram was the only communication tool to send short text messages quickly, which made it one of the most important services in our service line.

"However, when fax machines, short-message services on mobile phones and email were born, the aging telegram slowly lost its former glory.

"So, because of these new tools, people stopped using the telegram," he said.

Mohd Jafar, who has worked at Telekom Malaysia for the past 30 years, said in its final years, telegram services were only used by older organisations.

"Old-timers stuck to the telegram because it ensured the message sent was received by the recipient. Services like faxes do not have this facility.

"As technology progressed, the telegram was simply unable to compete," he said.

Many countries have in recent years ceased their own telegram services.

In the United States, communications giant Western Union ceased all telegram and commercial messaging services on Jan 27, 2006.

In the United Kingdom, the telegram service formerly provided by British Telecom was sold in 2003 to an independent company, Telegrams Online, which currently provides the service as a retro greeting card or invitation.

However, in some countries including Japan, Belgium and Mexico, telegrams are still offered as a low-cost service for those who cannot afford or do not have access to the Internet.

tele.jpg


Den sempat guna dulu2, submit pagi, dlm petang sampai ke tangan penerima, dalam kenangan
:):):)
Di kawasan yang tak ada pejabat telekom, pejabat pos jadi pejabat penghantar telegram

Contoh telegram:
telegram.jpg
 
Last edited:
teringat masa dulu2,kalau sebut DAPAT TELEGRAM saja,mesti dah terbayang benda2 buruk....kenangan...:):)
 
teringat masa dulu2,kalau sebut DAPAT TELEGRAM saja,mesti dah terbayang benda2 buruk....kenangan...:):)

nasib baik aku pernah dapat telegram untuk berita baik... :D

(itu la 1st n last time aku dapat telegram)
 
telegram dah terhapus secara rasmi...

surat menyurat sesama keluarga/kawan2/pakwe-makwe pon rasanya sudah pupus secara tak rasmi..

ada lagi ke org bercinta or kontek family/kawan2 melalui surat?
(surat tau..yg post kat pejabat pos tu..hehe)
 
teringat masa dulu2,kalau sebut DAPAT TELEGRAM saja,mesti dah terbayang benda2 buruk....kenangan...:):)

:D:D:Ddup dap dup dap, semua org, den rasa mempunyai persepsi yg sama ketika itu:Ddan betulah, jadi kenangan, den kalau tahu dr awal, den nak hantar gak kepada kekwn dan diri sendiri sb sebagai kenangan pada hari last tersebut.

Kertas yg warna hijau di gambar bawah tu,logo klasik telekom dulu2:)):)):))kertas tu akan jadi rare item he he he

image.jpg
 
kad ucapan selamat hari raya pon dah tak byk digunakan sekarang ni..
byk guna email/sms/mms or yg sewaktu dengannya jek..

satu masa nanti, kad ucapan selamat hari raya pon akan pupus rasanya..
kad birthday jek yg akan kekal..
itu pon bagi by hand..kalau bagi ikut pos, rasanya dah kurang sgt2 skrg ni...
 
telegram ni mcm sms ke wei.aku x tahu apakah itu telegram
 
aku tak penah terima telegram..aku xpenh tau dia cmner
 
telegram ni mcm sms ke wei.aku x tahu apakah itu telegram

ya, dalam bentuk teks,setiap huruf ada caj, kira SMS jaman dulu:D:D:Dpejabat penerima telekom akan keluar dlm bentuk kertas kecil spt dlm gambo, kemudian runner telekom dengan pantas naik moto berkejar hantar kertas tu ke rumah penerima.

p/s: betulkan saya jika salah, dulu2 telegram dihantar guna kod morse dr pejabat penghantar ke pejabat penerima
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register