Location: fRoM NoRwAy To SuNwAy...R&R aT gUaTaLuPe, JuPiTeR
Posts: 16,131
Poster Rank: #98
Thanked 101 Times
Active Level
My Mood:
Radio S'ngor FM yg #@%@$ Sombong!!
Radio Selangor FM tidak jawab permohonan Khalid untuk muncul perbetulkan laporan berat sebelah
MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan permohonannya untuk muncul selama sejam di Radio Selangor FM bagi menerangkan dasar-dasar kerajaan negeri serta isu semasa tidak diberikan respon sewajarnya.
Melalui siaran berkenaan beliau turut berhasrat membetulkan kaedah pemberitaan berat sebelah oleh pihak media terutama berkaitan projek ternakan **** bersepadu yang disensasikan pihak media.
Menteri Penerangan merajuk, anggap peringatan MB selangor sebagai ugutan
NILAI: Tindakan yang dianggap merajuk, Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan mengarahkan Radio Selangor FM yang dikendalikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya segera keluar dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Menurut laporan Bernama, tindak balas segera itu dibuat sebagai respon kepada luahan kekecewaan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas permohonannya untuk muncul di Radio Selangor FM tidak mendapat jawapan sehingga sekarang.
“Kita akan dapatkan tempat lain yang sesuai untuk menempatkan Radio Selangor FM. Yang pasti kita akan terus menghampiri hati rakyat negeri Selangor menerusi siaran Radio Selangor FM,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau dipercayai berbuat demikian ekoran kenyataan Khalid semalam yang meminta stesen radio berkenaan sewajarnya tidak lagi beroperasi di bangunan tersebut sekiranya tidak mahu membenarkan beliau selaku ketua kerajaan negeri dipilih rakyat secara sah untuk ke udara memperbetulkan isu yang diputar belit media.
Khalid berkata beliau mahu menggunakan siaran radio tersebut untuk berhubung dengan rakyat, tetapi permohonan beliau itu belum mendapat maklum balas dari RTM walaupun permohonan telah diajukan lebih dua minggu.
SAMA GAK PERANGAI NGAN MENTERI PENERANGAN YG LAMO TUH!!!
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE