BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,361.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khasiat Bawang Putih

apokalipso

Super Active Member
Messages
6,115
Joined
Jan 8, 2011
Messages
6,115
Reaction score
48
Points
70
TdjJd.jpg

1. Mengurangkan risiko strok

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
 
letak bawang putih skali ngan kulit2 dalam dulang.. kulit dia jgn kupas..

then tabur olive oil.. bakar dalam oven..

keluar jer panas2 tuh campur dalam marjerin n sapu atas roti.. makan panas2..

kompom kalah delifrance.. :)cgrock
 
aku suka makan roti bawang putih... hehehe.. tp makan mentah2 or sebijik2... erkkkk... x lalu kot..:o
 
letak bawang putih skali ngan kulit2 dalam dulang.. kulit dia jgn kupas..

then tabur olive oil.. bakar dalam oven..

keluar jer panas2 tuh campur dalam marjerin n sapu atas roti.. makan panas2..

kompom kalah delifrance.. :)cgrock

masuk oven brapa lama...?
 
letak bawang putih skali ngan kulit2 dalam dulang.. kulit dia jgn kupas..

then tabur olive oil.. bakar dalam oven..

keluar jer panas2 tuh campur dalam marjerin n sapu atas roti.. makan panas2..

kompom kalah delifrance.. :)cgrock

sapu atas roti sebijik gtu ker?
ke... kasi lenyek dl sblm bakar?
dh mcm ruangan resepi plak :))
 
masak xlgkap xde bwg putih ni
 
klu aku masak mesti kena ada bwg putih,feberet nie..
 
letak bawang putih skali ngan kulit2 dalam dulang.. kulit dia jgn kupas..

then tabur olive oil.. bakar dalam oven..

keluar jer panas2 tuh campur dalam marjerin n sapu atas roti.. makan panas2..

kompom kalah delifrance.. :)cgrock

blh try ni...:D:D:D
 
ade kurang lagi satu ni..

bawang putih bole kasi ilang kesan love bite :">
kate org laa. aku tak pnah cube lagi :))
 
Back
Top
Log in Register