ZAMAN KESULTANAN MELAYU PERAK

Makam Sultan Muzafar Shah 1 terletak di Kampung Air Mati di Tanah Abang , Telok Bakong Lambor Kanan
Sejarah Kampung Tua
Setelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat itulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :-
1. Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN.
2. Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung.Tun Saban mahu tidak mahu terpaksa menurut kata sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islam itu, terpaksalah dilaksanakan juga
Sekembalinya rombongan Pembesar Perak yang diketuai oleh Tun Saban dan Nakhoda Kasim dari Sumatera bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Muzafar Shah Pertama yang dijemput menjadi pemerintah Negeri Perak yang pada ketika itu tiada mempunyai Raja
Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzaafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata:-
Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka
Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda
Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuangku kedalam laut
Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula mudik kehulu dari Beting Beras Basah untuk mencari tempat yang sesuai untuk persemayaman baginda, Baginda telah mengenal pasti satu tempat yang didiami beberapa keluarga yang sedang memainkan sejenis permainan.
Nama asal Kampung Tua
--------------------------------------------------------------------------------
Baginda memeritahkan agar didirikan sebuah masjid untuk kegunaan masyarakat dikampung itu dan menamakan tempat baginda mendirikan masjid tersebut "KAMPUNG TUA". Dikatakan bahawa tempat tersebut berada di lot 315 Mukim Lambor.
Setelah beberapa lama baginda menetap di Kampung Tua , berlaku satu wabak penyakit cirit birit yang telah menyebabkan Guru Agama baginda meninggal dunia, Guru agama Baginda bernama Shaikkul Islam dan Imam Peduka Tuan dikebumikan di Kampung Tua.
Tanah Abang
--------------------------------------------------------------------------------
Setelah kejadian tersebut baginda berpendapat bahawa tempat (Kampung Tua) tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemerintahan lalu baginda pun memerintah agar Masjid tersebut diruntuhkan dan dibawa mudik ke hulu sungai dan terus bersemayam di Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.di Telok Bakong.
================================================== =========================
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka.
Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzaffar supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.
Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzaafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :-
Selilit Tanah Minangkabau
Selengkung Pulau Perca
Dilengkung ular Saktimuna
Sebenarnya Aku keturunan Raja
Jauhkan segala malapetaka
Perpisahan Aku di Selat Melaka....
Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda....
Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuangku kedalam laut......
Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.
a) Tanah Abang - iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati.
b) Di dalam Mukim Bota,
Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
c) Kota Lama Kanan,
d) Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,
e) Semat dalam Mukim Senggang,
f) Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera,
g) Pulau Tiga,
h) Pulau Cempaka Sari atau Pulau Indera Sakti,
i) Pasir Pulai Indera Mulia,
j) Bandar Baharu,
k) Pasir Panjang,
l) Durian Sebatang,
m)Sayong,
n) Batak Rabit
dan akhir sekali di Bukit Chandan, Kuala Kangsar iaitu semasa zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke 28. Apabila Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, bagind a telah membuat istana diatas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong selalu sahaja di tenggelami air apabila Sungai Perak bah. Akhirnya bukit tersebut dinamakan Baginda dengan sebutan Bukit Chandan, gelarannya Seri Andalan. Menurut ceritanya nama ini adalah mengambil sempena nama seekor gajah Sultan Yusuf yang bernama Kulup Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulub Chandan ini telah lari lalu Raja Idris (ketika itu sebagai Raja Muda) bersama juak-juaknya keluar mengikuti jejak-jejak gajah tersebut hingga sampai ke kaki Gunung Bubu. Setibanya disini baginda telah bertembung dengan seorang tua berjanggut panjang yang memakai jubah putih. Dengan tidak semena-mena orang tua tersebut datang sembah lalu berkata...
" Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala tuanku telah ditabalkan menjadi Sultan kelak, jangan lah bersemayam di Sayong lagi tetapi hendaklah tuanku membuat istana diatas bukit yang di pinggir Batang Hari Perak. Maka gajah yang bernama Kulup Chandan itu hendaklah tuanku bebaskan tujuh hari selepas daripada pertabalan tuanku itu...."
Diringkaskan cerita, maka Raja Idris pun ditabalkanlah menjadi Sultan Perak yang ke 28 dan segala pesanan 'orang tua' tersebut telah ditunaikan oleh baginda. Mulai dari tarikh itu kekal lah nama Bukit Chandan sebagai tempat terletaknya istana rasmi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
================================================== ==============================================
Gambar-Gambar Pertabalan Sultan Idris Iskandar Shah II - A
Sultan Idris al-Mutawakkil Alallah Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kadasaullah (31 Januari 1924 - 31 Januari 1984) ialah sultan Perak yang memerintah selama 21 tahun antara 4 Januari 1963 hingga 31 Januari 1984.
Sultan Idris ialah putera kedua kepada Sultan Iskandar Shah (Marhum Kaddasallah) dan Raja Teh Umi Kalsum bte Raja Muhamad Iskandar. Kekanda sulungnya meninggal dunia ketika hanya berumur 40 hari.
Pada 3 Januari 1931, Idris menyertai Sekolah Melayu Bukit Chandan dan kemudiannya pada 1932, bersekolah di Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar. Beliau dilantik sebagai Raja Di Hilir Perak pada tahun 1934 ketika berumur 10 tahun untuk menggantikan Raja Sir Chulan. Pada 17 Oktober 1938, Raja Idris dilantik sebagai Raja Bendahara Perak..(ketika itu, sultan Perak ialah Sultan Abdul Aziz Al Muk`tassim Billah Shah).
Gambar2 pertabalan