BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemerintah Tidak Laksanakan Hudud Tidak Berhak Pungut Zakat?

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
“Pemerintah Tidak Laksanakan Hudud Tidak Berhak Pungut Zakat?”

Zakat ini dibayar sampai nasabnya dan zakat itu diambil daripada orang yang kaya (umpamanya zakat harta, galian dan lain-lain) dan sekiranya zakat fitrah diambil setahun sekali iaitu pada hari raya fitrah di mana kesemua zakat ini diwajibkan bukan zakat fitrah sahaja.

Yang menjadi masalahnya ialah umat Islam hari ini hanya mementingkan zakat fitrah sahaja. Mengapa tidak diwajib dan dibincangkan tentang masalah zakat harta, galian yang berjuta-juta ringgit yang ada di tangan orang Islam itu?

Pernah Saidina Abu Bakar menyerang orang Islam yang tidak mengeluarkan zakat ternakan dan harta benda. Adapun zakat fitrah ialah zakat yang dikendalikan oleh diri masing-masing pada hari raya fitrah dan diberikan kepada orang fakir miskin.

Inilah yang berlaku di dalam masyarakat Islam di zaman kegemilangannya di mana hukum Islam dilaksanakan. Zakat ini hendaklah diberi kepada orang yang berhak menerima zakat iaitu asnaf yang disebut di dalam Al-Quran : “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, miskin, amil-amil yang mengurusnya, mualaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan diri, orang-orang yang berhutang, untuk dibelanjakan ke jalan Allah, orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Amat Mengetahui lagi Amat Bijaksana.” (Surah At-Taubah : Ayat 60)

Pemerintah Islam dalam erti kata melaksanakan hukum Islam berhak mengendalikan harta zakat dan begitu juga sebaliknya. Sebagaimana yang disebut oleh Syed Sabiq di dalam kitabnya “Fiqhus Sunnah” dan Dr. Yusof Al-Qardhawi di dalam kitabnya “Fiqhuz Zakah”, jika sekiranya pemerintah itu tidak melaksanakan hukum hudud, umpamanya pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam dan tidak disebat dengan rotan atau dengan kata lain tidak menjalankan undang-undang Islam, tidak harus dibayar zakat kepada pemerintah yang seperti itu.

Dr. Yusof Al-Qardhawi mengqiaskan dengan masalah mengeluarkan zakat kepada pemerintah-pemerintah yang bukan Islam yang dibayar zakat kepadanya kemudian duit zakat ini digunakan untuk membayar gaji kepada orang yang menentang dakwah Islamiyyah.

Dr. Yusof berkata inilah yang berlaku di dalam dunia Islam hari ini di mana membayar zakat kepada pemerintah seperti itu samalah dari segi qiasnya dengan memberi zakat kepada ‘Ibnu Sabil’ (orang yang keputusan belanja dalam perjalanan) sedangkan perjalanannya itu untuk merompak dan menyamun.

Kita ketahui bahawa orang seperti itu tidak cukup belanja dalam perjalanan, tiba-tiba kita mengetahui perjalanannya itu bertujuan untuk merompak dan kita juga memberi belanja dari duit zakat yang dibayar kepada pemerintah yang menentang Islam.

Perkara ini boleh dirujuk kepada kitab “Fiqhuz Zakah’ yang ditulis oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi di mana kitab itu dianggap sebagai sebuah kitab yang muktabar membicarakan tentang masalah zakat di zaman kita ini.

Kitab rujukan : Kuliah Tafsir Surah Al-Baqarah (Usaha Jahat Yahudi) – Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

#update1

Wajarkah umat Islam bayar zakat kepada institusi tak amanah, soal mufti Perlis
Mufti Perlis Datu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mempersoalkan kewajaran seseorang individu membayar zakat dan mengamanahkan harta awam dan anak yatim kepada institusi yang tidak dipercayainya. Posting di laman Facebook miliknya turut bertanyakan hukum institusi pengurusan zakat dan harta awam yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. "Apakah hukum mereka yang diamanahkan menguruskan zakat serta harta awam namun tidak menguruskan dengan cara yang amanah dan wajar? "Apakah wajar seseorang individu memberikan amanah seperti harta awam, anak yatim, zakat dan lain-lain kepada pihak yang beliau yakini tidak atau kurang amanah?" soal Asri. Persoalan itu katanya dibangkitkan susulan menerima pertanyaan bertalu-talu daripada ramai pihak yang mendesaknya supaya mengulas kenyataan pihak tertentu membayar zakat terus kepada fakir miskin itu berdosa. "Memang, persoalan kewajiban bayar zakat kepada dan melalui ulul amri ada dibincangkan sarjana fekah. Ada perincian dan perbezaan pendapat. "Namun sebelum mengulas soalan tersebut, sekurang-kurang dua soalan itu hendaklah ditanya dan dijawab terlebih dahulu," katanya. Asri bagaimanapun berkata, sekiranya persoalan-persoalan itu dapat dijawab dengan memuaskan, dan yakin pihak rasmi zakat itu amanah dan telus, zakat hendaklah dibayar melalui mereka. "Kerana mereka lebih tahu maslahat fakir miskin. Bahkan, enggan bayar kepada ulul amri tanpa sebab yang munasabah boleh berdosa kerana Allah memerintahkan kita taat kepada pemerintah dalam perkara yang makruf," katanya. Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha yang mendakwa pengagihan zakat tanpa melalui pemerintah adalah sah tetapi berdosa. Othman berkata pandangannya sejajar dengan Muzakarah ke-76 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 November 2006. Beliau berkata, pembayaran zakat tanpa melalui agensi yang sah akan menyebabkan ketidakadilan kepada pihak lain kerana kemungkinan seseorang asnaf turut menerima bantuan daripada individu lain. “Perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa kerana dalam Islam, patuh dan taat kepada pemerintah atau ulul amri dalam perkara kebaikan adalah wajib,” katanya

Update :
Gambar Dari Amrans Fan :
FB_IMG_1589235376279.jpg
FB_IMG_1589235376279.jpg
 
Last edited:
fuh jimat duit pasni

Ada pulak.. zakat tetap wajip wei... hehehehehe... lagi mau elak... kat kg aku kat Sg Besar, kitaorg klau bayar zakat fitrah kitaorg terus ke rumah org miskin, daif dsbg... org2 nie dah adr beras siap dlm bekas utk kita beli pastu kita bagi zakat tu terus kat dia... dia segantang jer beras nie, kita kata beli dulu pastu org nie akan bagi kita pastu akad kita serah beras tu balik kat dia... simple dan kita rasa gumbira psl selesai sudah satu kewajipan.. yg konfirm duit zakat tu turs kepada yg memerlukan.... klau selama nie kita bayar zakat kat kaunter, kaunter kat soping komplkes ke kat masjid ker.. lepas baya rasa happy jer kan... cuba tahun nie bayar terus ke org daif atau miskin.. lagi korang rasa hari raya tu penuh makna dan keinsafan... percaya ler kat aku... psl aku dah slalu buat....:D
 
apa yg dibuat sekarang betul dah. yg kutip zakat bkan kerajaan tp pusat pungutan zakat yg telah diswastakan. dan dikembalikan kpd asnaf yg layak d negeri masing2. masalahnya yg timbul ada institusi zakat yg terlibat dgn politik bila ada pilihan raya kecil mesti akan buat agihan d hospital2, rumah org tua, bayar program forum perdana ehwal islam, bg bantuan sekolah, sponsor cenderhati org umno pg hj. dan masa program bila ada election kecil n antara vip yg wakil organisasi zakat 2 kekadang calon pilihanraya 2. kenapa jd macam ni.
 
zakat wajib kn ad kt rukun islam :D
 
lantaklah...yng penting kita bayar zakat...diorang dpt dosa klau makan harta zakat..
 
Ada pulak.. zakat tetap wajip wei... hehehehehe... lagi mau elak... kat kg aku kat Sg Besar, kitaorg klau bayar zakat fitrah kitaorg terus ke rumah org miskin, daif dsbg... org2 nie dah adr beras siap dlm bekas utk kita beli pastu kita bagi zakat tu terus kat dia... dia segantang jer beras nie, kita kata beli dulu pastu org nie akan bagi kita pastu akad kita serah beras tu balik kat dia... simple dan kita rasa gumbira psl selesai sudah satu kewajipan.. yg konfirm duit zakat tu turs kepada yg memerlukan.... klau selama nie kita bayar zakat kat kaunter, kaunter kat soping komplkes ke kat masjid ker.. lepas baya rasa happy jer kan... cuba tahun nie bayar terus ke org daif atau miskin.. lagi korang rasa hari raya tu penuh makna dan keinsafan... percaya ler kat aku... psl aku dah slalu buat....:D

good idea...
 
setuju dgn tuan, bagi sendiri kt orang yg susah tu, bergenang kot air mata, betapa bertuahnya rasa dikurniakan rezeki :((
 
lantaklah...yng penting kita bayar zakat...diorang dpt dosa klau makan harta zakat..

tak boleh la mcm tu...sebab main lantak2 ni la sampai sekarang masih ramai lagi orang yg memerlukan zakat...pada hal kutip duit zakat puluh2 juta setahun....:D...
 
duit zakat kalau di gunakan dgn betul dlm 5 tahun semua orang ada rumah sendiri kat malaysia nie.
 
Back
Top
Log in Register