BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengantin baru kesal tiada pertolongan ketika bergelut dengan peragut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PETALING JAYA – Hanya kerana pengawal keselamatan gagal bertindak, seorang eksekutif pengurus acara kerugian RM18,000 apabila rantai leher dan beg tangan dilarikan peragut.

Dalam kejadian petang 14 Mei lalu, mangsa K Sharala Thevi, 28, berkata, kejadian berlaku di pintu masuk kawasan kediamannya di Kondominium Kelana D’Putra, Kelana Jaya dekat sini.

“Saya berjalan kaki pulang dari bekerja, sebaik masuk di pintu masuk kondo, dua lelaki bertopi keledar tibatiba menerpa dari arah belakang menyebabkan saya terus menjerit dan cuba melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, ketika itu seorang pengawal keselamatan keluar dari pondok pengawal namun dia hanya melihat sahaja insiden itu berlaku.

“Saya kemudiannya terjatuh dan diheret sebelum kedua-dua peragut itu melarikan diri bersama dua lagi rakannya yang turut menunggang motosikal,” katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, semalam.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, mangsa membuat laporan di pejabat pengurusan kondominium itu namun jawapan yang diberikan mengecewakan.

“Saya diberitahu pengawal keselamatan tidak mahu membantu sebab takut suspek ada senjata dan kawasan parkir pelawat bukan di bawah pengurusan kondominium itu.

"Bagi saya ini tidak masuk akal dan saya akan memfailkan saman terhadap pengurusan kondo ini kerana cuai,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.

Menurutnya, paling dikesalkan rantai dilarikan adalah hadiah daripada suami sempena perkahwinannya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi...longan-ketika-bergelut-dengan-peragut-1.50843
 
aku harap pengawal ni bukan peragut part time...
 
LoL....ckp je la yg pok cik tu penakot...g bekebun lg bgs...dh nama pon kerja penjaga..xleh harap langsung
 
saman kasi kaw2 punya... ada ker ambik babun jadi security guard.
baik takyah.
 
Ada tgk je...g la balun peragut tu..haramjadah...
 
tak boleh nak salahkan orang ramai jugak..
diorang mesti ada sebab2 tertentu...:):)
 
Back
Top
Log in Register