Hebahan:Pertandingan Badminton beregu wanita untuk warga Daerah Raub, Pahang sahaja!!
PERTANDINGAN BADMINTON
BEREGU WANITA TERBUKA SEMPENA SUKAN SKUAD 1 MALAYSIA TAHUN 2012
PERINGKAT DAERAH RAUB
Yuran Penyertaan : RM10.00 / beregu
HADIAH PERTANDINGAN
JUARA : RM 200.00 BESERTA MEDAL
NAIB JUARA : RM 140.00 BESERTA MEDAL
SEPARUH AKHIR : RM 80.00 BESERTA MEDAL (2 PEMENANG)
Tempat Pertandingan: Dewan Melor, IPD Raub
Masa : 9.00 pagi
Tarikh : 28/4/2012 (SABTU)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi AADK Daerah Raub (09-3556085) atau urusetia di bawah:
1. Nizam : 017-9826546
2. Mohd Fitri : 019-9463799
3. Ummi Nazira : 012-7689874
(BORANG PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT AADK DAERAH RAUB)
PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON BEREGU WANITA TERTUTUP SEMPENA SUKAN SKUAD 1 MALAYSIA 2012 PERINGKAT DAERAH RAUB
1. NAMA
Kejohanan ini dinamakan ”PERTANDINGAN BADMINTON BEREGU WANITA TERBUKA SEMPENA SUKAN SKUAD 1 MALAYSIA 2012 PERINGKAT DAERAH RAUB”
2. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
2.1. Semua Undang-undang pertandingan adalah mengikut Peraturan Pertandingan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang terkini.
2.2 Pertandingan dijalankan secara Kalah Keluar (Knock-Out)
3. PENGANJUR
3.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Raub.
4. KELAYAKAN
4.1 Kejohanan ini adalah terbuka kepada wanita warganegara Malaysia sahaja.
4.2 Semua pemain yang akan mengambil bahagian hendaklah berumur 16 tahun dan ke atas.
4.3 Pemain dan bekas pemain kebangsaan tidak layak menyertai pertandingan ini.
4.4 Sebarang penyertaan yang tidak menepati peraturan yang ditetapkan atau borang yang tidak lengkap akan ditolak.
5. ACARA
5.1 Hanya acara beregu wanita sahaja dipertandingkan.
6. YURAN PENYERTAAN
6.1 Yuran yang ditetapkan adalah sebanyak RM10.00 bagi satu beregu.
7. SISTEM PERTANDINGAN
7.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati mengikut sistem kiraan 21 mata (3 x 21).
7.2 Pihak penganjur hanya menyediakan 2 bulu tangkis bagi setiap perlawanan peringkat awal dan 4 bulu tangkis bagi perlawanan akhir.
7.3 Bulu tangkis yang digunakan adalah dari jenis RSL Official No. 77.
8. UNDIAN
8.1 Undian akan dijalankan pada hari Jumaat 27.4.2012 jam 10 pagi.
8.2 Undian akan dikelolakan oleh pihak urusetia.
8.3 Jadual perlawanan akan dipamer pada hari pertandingan jam 8.00 pagi
9. KEMENANGAN PERCUMA
9.1 Kemenangan percuma akan diberikan sekiranya lawannya tidak hadir dalam tempoh masa 10 minit.
10. PAKAIAN DAN ALATAN PERMAINAN
10.1 Pakaian hendaklah bersesuaian dengan pertandingan.
10.2 Hanya kasut sukan dibenarkan semasa perlawanan (dilarang kasut bertapak keras). Raket tidak disediakan oleh penganjur.
11. PEGAWAI PERTANDINGAN
11.1 Pengadil dan penjaga garisan akan disediakan oleh pihak penganjur pertandingan.
12. PENGGANTIAN PEMAIN
12.1 Pemain yang didaftarkan tidak boleh ditukar ganti oleh pemain lain.
12.2 Seorang pemain hanya boleh mewakili 1 beregu sahaja. Sekiranya terdapat salah satu pemain yang cedera dan tidak boleh meneruskan perlawanan, kemenangan percuma akan diberi kepada pihak lawan.
13. TEMPAT, MASA DAN TARIKH PERTANDINGAN
13.1 Tempat: Dewan Melor, IPD Raub
13.2 Masa : 9.00 pagi
13.3 Tarikh : 28/4/2012
14. BANTAHAN / RAYUAN
14.1 Bantahan mestilah dihantar secara bertulis dan ditandatangani oleh pemain 15 minit selepas tamat perlawanan sekiranya ada beserta bayaran RM200.00. Bayaran akan dipulangkan sekiranya bantahan berjaya.
15. HADIAH
15.1 Juara : RM 200.00 beserta medal
15.2 Naib Juara : RM 140.00 beserta medal
15.3 Separuh akhir : RM80.00 beserta medal X 2 pemenang
16. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
16.1 Jika terdapat perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini, ia akan diputuskan oleh pihak urusetia pertandingan dan segala keputusan adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi AADK Daerah Raub (09-3556085) atau urusetia di bawah:
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE