BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mil V-12 Homer : Helikopter Terbesar Dunia

seether

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,415
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,415
Reaction score
6
Points
311
Russia. Negara yang besar dan mempunyai idea kejuruteraan yang aneh ketika perang dingin. Russia sudahpun memegang rekod negara pengeluar kapal terbang terbesar dengan terbinanya Antonov 225 Mriya lebih dua dekad yang lalu. Tapi tahukah anda mereka juga pernah mengeluarkan helikopter terbesar dunia?

Helikopter ini ialah Mil Mil V-12 Homer. Ianya dibina pada tahun 1968 untuk tujuan mengangkut roket nuklear balistik ke silo pelancaran diseluruh Soviet. Pada waktu itu pihak tentera merasakan sistem pengangkutan jalan raya Soviet masih belum sesuai untuk digunakan bagi memindahkan roket yang sudah siap ke silo.

Jalan yang tak rata dan diseliputi salji mungkin menyebabkan roket mereka rosak ketika penghantaran.

Syarikat pengeluar helikopter ternama Mil Mi dikerahkan untuk mereka sebuah helikopter gergasi untuk tujuan ini. Dua prototaip Mil Mi V-12 dihasilkan dan semasa tempoh percubaan ianya melangkaui semua kehendak pihak tentera Soviet.

Ia juga memegang rekod berat maksimum pernah diangkat sebuah helikopter dengan berat 44205 KG sehingga ketinggian 2255 meter. V-12 Homer mampu melakukan kesemua ini kerana diperkasan dengan 4 buah enjin yang setiap satunya menghasilkan 6500 kuasa kuda.

Malang bagi Mil Mi V-12 pada tahun 1974 projek ini dibatalkan pihak tentera. Sebabnya ialah mereka berjaya mereka roket yang lebih kecil dan keperluan helikopter gergasi tidak lagi diperlukan.

Kedua-dua protaip V-12 masih wujud. Satu terletak di Muzium Monino berhampiran Moscow dan satu lagi tersadai di kilang Mil Mi sehingga hari ini.


Mil-Mi-homer_01.jpg


Mil-Mi-homer_02.jpg


Mil-Mi-homer_03.jpg
 
macam kapal terbang tapi ada kipas cam heli je..
 
banyak di gunakan utk
keperluan pengangkutan barangan je kot.
 
pergh....

bapak besar heli tu

tak ekonomikal kot nak terus digunakan...
 
ooo mangai... baik gune turbine je dr gune turboprop... lg economical
 
ni sesuai kat jepun buat angkut bangkai raksasa yg kena fire dek ultraman
 
ni kalau lalu atas bumbung umah aku habis terangkat umah aku..adeh
 
nih, kalo kipas dier tercabut la... Mau byk nyawa pun tercabut.... ngeri beb.. aku ngeri tul kalo heli lalu atas umah aku... Nak2 kalo time operasi ... risau kalo kipas dier tercabut... aduhhh...
 
Back
Top
Log in Register