PAMM-accounts service by InstaForex: find your investor or invest funds in successful traders by 1 click! Investments from $1 to $100000 by 1 click! To be a part of PAMM-system it’s just enough to have account with InstaForex. PAMM-traders and PAMM-investors, InstaForex welcomes you!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Info, Debate

Info, Debate Perkongsian info bermanfaat untuk semua. Perdebatan mengenai sesuatu isu. Semuanya di sini. NO OFFTOPIC.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 10,507
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 6,599
0 Important Notice
Last Post: CariGold
Posted On: 08-10-2012
Replies: 0
Views: 22,096
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 27-02-2012, 09:08 PM
zammmm zammmm is online now
Well-Known
Member

zammmm's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2010
Posts: 7,939
Poster Rank: #311
Blog Entries: 2
Thanked 413 Times
Active Level
Default Jawapan terhadap Fitnah kepada Al-Imam Al-Ghazali

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam, Yang Maha Menghidupkan dan Yang Maha Mematikan, Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas Junjungan, Kekasih, Pemberi Syafaat, Pelindung semua umat Muslimin, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabi'en, para tabi' tabi'en dan sekelian yang mengikuti dengan ihsan sehinggalah ke hari pembalasan.

Di hari ini sekelian para pemfitnah dan penyesat umat manusia, yakni Thagut, baik daripada golongan jin mahupun manusia, akan dihumbankan ke dalam api neraka Jahannam dan akan dikekalkan mereka di dalamnya. Kita bermohon semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada mereka dan daripada dimasukkan ke dalam api neraka.



bersambung...
__________________
-KEBAJIKAN RAKYAT ITU CANDU- KERAJAAN PUSAT BN
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 27-02-2012, 09:09 PM
zammmm zammmm is online now
Well-Known
Member

zammmm's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2010
Posts: 7,939
Poster Rank: #311
Blog Entries: 2
Thanked 413 Times
Active Level
Default

Sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Dewasa ini seringkali kita terdengar atau terbaca fitnah yang dibawa oleh puak penyesat lagi Thagut yang tidak asing lagi bahawa kononnya Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rahimahullahu 'alaih, seorang Imam besar agama Islam yang bermazhab As-Shafe'i yang sangat dihormati lagi digeruni kawan mahupun lawan pada akhir hayatnya bertaubat kepada Allah dan kembali berpegang hanya kepada hadith-hadith sahih daripada kitab-kitab sahih Al-Bukhari dan Muslim.

Kononnya itulah dosa Imam besar itu yang telah meninggalkan daripada mempelajari ilmu hadith dan berpegang kepadanya sehingga menyebabkan beliau banyak menulis tanpa asas atau sandaran hadith-hadith sahih dan ini yang menyebabkan beliau pada akhir hayatnya bertaubat dan kembali berpegang teguh kepada hadith-hadith sahih sehinggalah beliau kembali ke pangkuan ilahi.



bersambung...
__________________
-KEBAJIKAN RAKYAT ITU CANDU- KERAJAAN PUSAT BN
Reply With Quote
  #3  
Old 27-02-2012, 09:11 PM
zammmm zammmm is online now
Well-Known
Member

zammmm's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2010
Posts: 7,939
Poster Rank: #311
Blog Entries: 2
Thanked 413 Times
Active Level
Default

Sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Dakyah-dakyah, tohmahan-tohmahan dan fitnah-fitnah ini telah membawa kepada kesimpulan yang sesat lagi menyesatkan kerana ia menimbulkan keraguan-keraguan dan persoalan-persoalan yang tidak berasas iaitu apakah benar Al-Imam Al-Ghazali yang bergelar Hujjatul Islam hanya belajar hadith-hadith sahih dan berpegang kepadanya hanya pada akhir hayat beliau? Bahkan terlebih buruk daripada itu, serangan-serangan yang hampir sama juga mula dihadapkan kepada Al-Imam An-Nawawi, bahkan kepada Al-Imam As-Syafe'i sendiri.

Serangan serupa juga sebenarnya dihadapkan kepada Imam-imam mazhab lain dengan kaedah-kaedah yang lain pula seperti kononnya Mazhab Hanafi dengan hanya berpegang kepada akal atau Ar-Rokyu, kononnya mazhab Maliki kepada perbuatan penduduk Madinah tanpa ada sandaran nas Al-Quran dan hadith-hadith sahih dan sebagainya.

Ini membuatkan sekelian ramai pengikut mazhab tergoyah daripada mengamalkan amalan-amalan baik lagi terpuji sedangkan mazhab-mazhab Fekah ini sememangnya mempunyai sandaran yang kuat lagi kukuh daripada Al-Quran dan hadith-hadith sahih dalam menetapkan hukum-hukum Fekah dalam Islam. Lebih teruk lagi, sudah ramai yang makin terpesong dan jauh meninggalkan amalan agama Islam dalam rutin harian mereka sehingga ramai yang menjadi munafik bahkan sudah ramai yang kafir dan terang-terangan menentang Islam dan umat Islam.

Ini berpunca daripada golongan Thagut lagi Dajjal ini yang mempunyai kepentingan peribadi menyesatkan umat Islam kerana pemikiran mereka yang rosak lagi berlawanan dengan pemikiran dan perlaksanaan Islam yang betul yang disusun semula oleh Hujjatul Islam Al-Ghazali dalam usaha memastikan bahawa agama Islam itu dihidupkan melalui pengamalannya dalam diri setiap inidividu Muslim.

Mereka daripada Thagut lagi Dajjal itu menulis pelbagai fitnah yang menyimpulkan bahawa kononnya kajian Al-Ghazali terhadap Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim menjelang hari-hari kematian beliau, adalah dalil jelas yang menunjukkan bahawa beliau sebelumnya jauh dari Sunnah yang sahih dan di akhir hayat beliau telah kembali kepada Sunnah yang sahih. Kita berlindung dengan Allah daripada golongan syaitan yang direjam ini baik mereka ini daripada golongan jin atau manusia.



bersambung...
__________________
-KEBAJIKAN RAKYAT ITU CANDU- KERAJAAN PUSAT BN
Reply With Quote
  #4  
Old 27-02-2012, 09:12 PM
zammmm zammmm is online now
Well-Known
Member

zammmm's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2010
Posts: 7,939
Poster Rank: #311
Blog Entries: 2
Thanked 413 Times
Active Level
Default

Sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Cara berfikir dan bertindak seperti mereka itu sememangnya jelas berniat jahat, sesat lagi menyesatkan. Justeru, tidak hairanlah ramai ulamak besar bangkit menentang dakyah dan fitnah mereka dengan sepenuh kebijaksanaan dan kekuatan baik yang mempunyai kuasa dalam kerajaan atau yang bergerak secara pondok dan madarasah daripada seluruh dunia. Akhirnya kekuatan kebenaran telah membenamkan Thagut lagi Dajjal ini buat seketika.

Akan tetapi sebagaimana Allah berjanji Yakjuj dan Makjuj akan keluar juga akhirnya, mereka ini juga dewasa ini telah kembali berdikit-dikit untuk bangkit menyesatkan kembali umat Islam. Fikirkanlah! Apakah jika seseorang itu di akhir hayatnya banyak membaca dan mengkaji hadith-hadith sahih secara automatik dia sebelum daripadanya jauh dari hadith-hadith sahih? Atau belum membaca, mempelajari dan mengkajinya? Atau tidak mahu bersandar atau bergantung kepadanya dan membencinya? Sudah tentu tidak sama sekali.

Ternyata dangkal sekali penghujahan mereka yang Thagut lagi Dajjal itu. Tetapi sebagaimana yang telah diingatkan oleh Allah SWT dan RasulNya SAW, tipu daya mereka itu sangat halus, bahasa mereka itu sangat manis dan tawaran-tawaran mereka itu sangat menarik sehingga ramai yang terpedaya dan tertipu oleh kata-kata mereka.

Ketahuilah! Orang-orang yang masuk syurga itu diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT untuk kekal istiqamah dalam berada di jalan yang lurus, yakni jalan yang diberikan nikmat ke atas mereka dengan dapat beramal ibadah dengan banyak lagi ikhlas mengharapkan keredhaan Allah SWT, baik seperti para Nabi ASW, para Siddqin, para Syuhadak dan para Solihin.

Justeru mereka itu senantiasa istiqamah dalam ilmu serta pembacaan, pengajaran dan pengkajian sehinggalah ke akhir hayat mereka. Demikian pula Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali ini. Seperti kebanyakan mereka yang arif lagi alim, mereka senantiasa membaca, merujuk, berpegang kepada hadith-hadith sahih dan mengajarkannya pada akhir hayat mereka sama seperti mereka pada awal kehidupan mereka. Dalam erti kata yang telah disebutkan, ia semata-mata kerana mereka adalah golongan yang istiqamah dalam berilmu dan beramal.



bersambung....
__________________
-KEBAJIKAN RAKYAT ITU CANDU- KERAJAAN PUSAT BN
Reply With Quote
  #5  
Old 27-02-2012, 09:13 PM
zammmm zammmm is online now
Well-Known
Member

zammmm's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2010
Posts: 7,939
Poster Rank: #311
Blog Entries: 2
Thanked 413 Times
Active Level
Default

Sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Fitnah Thagut lagi Dajjal bahawa kononnya kajian ilmiah mengenai Al-Imam Al-Ghazali membaca dan mengkaji kitab-kitab Sahih Al-Bukhari di akhir hayat beliau menunjukkan bahwa beliau sebelumnya jauh dari Sunnah yang Sahih adalah tidak benar, palsu dan merupakan satu penipuan yang nyata. Ini adalah kerana beliau sudah akrab dengan Sunnah apatah lagi yang Sahih semenjak beliau mula mencari dan menimba ilmu.

Ini dapat dibuktikan dengan terdapatnya banyak keterangan para huffaz dan ulamak mengenai perkara ini. Berikut adalah antara lain yang dapat dinukilkan di sini:

Abdul Ghafir Al-Farisi, “Di akhir hayat, beliau menyambut hadith Al-Mustofa Salallahu 'Alaihi Wasallam, dan duduk bersama para ahlinya, serta menelaah As-Sahihain, Bukhari dan Muslim, yang mana keduanya (As-Sahihain) merupakan hujah Islam. Seandainya beliau masih hidup maka benar-benar melampaui semuanya dari disiplin ilmu (hadith) tersebut, dengan waktu yang cukup singkat, beliau meluangkan waktu untuk memperolehnya.”

Kemudian, Abdul Ghafir Al-Farisi melanjutkan, ”Tidak diragukan lagi bahwa beliau telah menyemak (mempelajari dan mengkaji) hadith di waktu-waktu sebelumnya dan beliau menyibukkan diri dengan menyemaknya di akhir hayat walaupun bukan sebagai perawi, namun hal itu tidak membahayakan terhadap apa yang beliau tinggalkan dari buku-buku yang ditulis dalam masalah usul, furu’ dan seluruh karya (beliau) yang tiada henti-hentinya disebut (dirujuk). Dan ditetapkan oleh mereka yang telah menelaah (membaca dan mengkajinya) bahawa tidak ada yang meninggalkan karya yang setanding dengannya” (Thabaqat As-Syafi’iyah Al-Kubra,6/210).

Al-Hafiz Ibnu Asakir, ”Beliau telah menyemak (membaca, mempelajari dan mengkaji) Sahih Al-Bukhari dari Abu Sahl Muhammad bin Abdillah Al-Hafsi dan menjadi guru di Madrasah Nizomiyyah di Baghdad. Kemudian (beliau) keluar (menuntut ilmu) ke Syam mengunjungi Baitul Maqdis. Kemudian (beliau) menuju Damaskus (menuntut ilmu) tahun 489 Hijrah dan bermukim beberapa waktu di sana. Telah sampai kepadaku bahawa di sana beliau menulis beberapa karya (ilmu) beliau. Kemudian kembali ke Baghdad lalu ke Khurasan. Kemudian mengajar beberapa saat di Thus, setelah itu meninggalkan pengajaran dan perdebatan untuk menyibukkan diri dengan (memperbanyakkan lagi amal) ibadah.”

Kemudian Al-Hafiz Ibnu Asakir menyebutkan, ”Disebutkan bahwa beliau mengundang Abu Al-Fityan Umar bin Abi Hasan Ar-Rawasi, seorang Hafiz di Thus, dan memuliakan beliau. Beliau (Al-Imam Al-Ghazali) menyemak (membaca, mempelajari dan mengkaji) daripada beliau (Ar-Rawasi) (kitab-kitab) Sahih Al-Bukhari dan Muslim” (Thabaqat As-Syafi’iyah Al-Kubra, 6/210).

Dari paparan Abdul Ghafir Al-Farisi dan Al-Hafiz Ibnu Asakir kita mengatahui bahawa Al-Imam Al-Ghazali sebelum menyemak (membaca, mempelajari dan mengkaji) hadith-hadith daripada Ar-Rawasi di Thus, kota tempat beliau meninggal dunia, beliau sudah menyemak (membaca, mempelajari dan mengkaji) Sahih Bukhari terlebih dahulu kepada Al-Hafsi. Al-Hafiz Al-Hafsi sendiri adalah guru dari Imam Al-Juwaini, guru Imam Ghazali juga yang tinggal di Naisabur.

Apa yang dikatakan Al-Hafiz Ibnu Asakir, bahawa beliau sejak awal sudah mengkaji Sahih Al Bukhari menunjukkan bahawa Al Ghazali menyemak (membaca, mempelajari dan mengkaji) hadith semasa beliau menuntut ilmu di Naisabur dan sebelum mengajar di Baghdad pada kali yang pertama. Bahkan, disamping Sahih Bukhari, beliau juga telah menyimak dua juzuk kitab Maulidur Rasul yang ditulis oleh Abu Bakar As-Syaibani dari Syeikh Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad Al-Khuwari (Thabaqat As-Syafi’iyah Al-Kubra, 6/213).



bersambung...
__________________
-KEBAJIKAN RAKYAT ITU CANDU- KERAJAAN PUSAT BN
Reply With Quote
  #6  
Old 27-02-2012, 09:13 PM
zammmm zammmm is online now
Well-Known
Member

zammmm's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2010
Posts: 7,939
Poster Rank: #311
Blog Entries: 2
Thanked 413 Times
Active Level
Default

Sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Selain keterangan di atas, ada beberapa keterangan lain yang dapat menunjukkan bahwa Al-Imam Al-Ghazali sudah lama mendalami, mempelajari dan mengkaji kitab-kitab Sunnah termasuk yang sahih lama sebelum beliau mebaca dan mengkajinya lagi di akhir hayat. Keterangan dapat dilihat daripada hadith-hadith yang termaktub dalam kitab Ihya Ulumuddin itu sendiri. Terdapat banyak hadith-hadith dalam kitab Ihya Ulumiddin yang dengan jelas menunjukkan bahawa Al-Imam Al-Ghazali telah menelaah hadith-hadith tersebut daripada pelbagai kitab Sunnah termasuk yang sahih dengan banyaknya.

Merujuk takhrij Al-Hafiz Al-Iraqi mengenai hadith-hadith kitab Ihya Ulumiddin, beliau telah menjelaskan sumber-sumber asal kesemua hadith dalam kitab tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh takhrij beliau, sumber-sumber hadith dalam kitab Ihya Ulumiddin, tidak hanya berasal dari Sahih Al Bukhari dan Muslim semata-mata bahkan daripada Ibnu Huzaimah juga ada terdapat di dalamnya. Ada juga hadith-hadith lain yang dikeluarkan daripada Ashab As-Sunan baik daripada Sunan-sunan At-Tirmizi, An-Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah mahupun kitab-kitab hadith selainnya seperti Musnad Ahmad, Firdaus atau Syu’ab Al-Iman Al-Baihaqi, Al-Marasil Ibnu Abi Dunya, dan sebagainya (Takhrij Ihya di hamisy Ihya Ulumuddin cet. Dar Sya’b, Kairo).

Lihat dan perhatikanlah bahawa sesungguhnya sudah tentu Al-Imam Al-Ghazali tidak akan mampu mengetengahkan hadith-hadith tersebut yang datangnya daripada berbagai sumber dan kitab rujukan itu, untuk dijadikannya sebagai hujah melainkan beliau telah terlebih dahulu membaca, mempelajari serta mengkaji hadith-hadith itu kesemuanya terlebih dahulu.

Tahgut yang Dajjal itu akan berhujah bahawa terdapat banyaknya hadith-hadith lemah. Manakala si Juhalak yang berasa diri mereka Ulamak akan bersetuju sedangkan hadith-hadith yang lemah itu hanya pada pandangan serong mereka yang tidak berasas, lantaran kecetekan, kedangkalan dan ke*****an mereka dalam luas dan banyaknya ilmu hadith dan hadith-hadith itu sendiri.


Ketahuilah ilmu hadith-hadith yang didakwa mereka sebagai lemah itu tidaklah lemah dan tidaklah boleh ditolak sebegitu sahaja. Ini adalah kerana setiap hadith-hadith tersebut ada sandarannya baik dalam ayat-ayat Al-Quran atau hadith-hadith sahih, justeru ia telah menjadi kuat dan dinaikkan taraf sehingga ia tidak lagi boleh dipandang atau dikatakan lemah.

Bahkan ada juga hadith-hadith yang dikatakan lemah oleh sebilangan kecil ulamak sebenarnya adalah sahih pada di sisi sebilangan besar ulamak-ulamak hadith yang lain. Itulah keterangan dan hakikat hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Ihya Ulumiddin yang ada sandarannya baik menerusi Al-Quran atau hadith-hadith sahih. Ini ditambah lagi dengan kedudukan Al-Imam Al-Ghazali yang diiktiraf sebagai ulamak besar Islam yang bertaraf Mujtahid yang hak pada zamannya yang mampu mengeluarkan hukum-hukum yang belum ditetapkan atau belum jelas dalam Islam.

Terang lagi bersuluh, bahawa adalah mustahil kajian dangkal yang dijadikan hujah oleh Thagut lagi Dajjal itu adalah benar, bahkan ia tidak lain dan tidak bukan, hanyalah semata-mata fitnah dan tohmahan yang tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menyesatkan umat Islam daripada menghidupkan ilmu agama Islam dalam kehidupan diri dan keluarga mereka serta menghalang mereka daripada mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW yang pelbagai.

Tambahan pula, jika diteliti lebih jauh lagi, Ihya Ulumiddin sendiri telah ditulis oleh Al-Imam Al-Ghazali rahimahullahu 'alaihi sebelum beliau kembali ke Baghdad untuk buat kali yang kedua, iaitu ketika beliau berada di Syam. Masa tersebut adalah jauh lebih awal dan terdahulu daripada akhir hayat beliau. Bahkan, apabila beliau telah pulang di Baghdad, beliau telah mengajarkan Ihya Ulumiddin sendiri pula di sana (buat beberapa ketika). (Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra, 6/200, 207).

(Hanya) kemudian selepas itu barulah beliau telah pergi ke Khurasan lalu kemudiannya kembali ke kampung halaman beliau di Thus dan mendirikan madrasah berdekatan rumah beliau dan mengajar di sekolah tersebut. Di saat mendekati kematian beliau berterusan (kerana istiqamahnya beliau) menyemak (membaca dan mengkaji) Sahih Al-Bukhari dan Muslim dari Ar-Rawasi, dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah.



bersambung...
__________________
-KEBAJIKAN RAKYAT ITU CANDU- KERAJAAN PUSAT BN
Reply With Quote
  #7  
Old 27-02-2012, 09:14 PM
zammmm zammmm is online now
Well-Known
Member

zammmm's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2010
Posts: 7,939
Poster Rank: #311
Blog Entries: 2
Thanked 413 Times
Active Level
Default

Sidang pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Ketahulilah, sekadar menguasai kitab-kitab hadith sahih daripada Al-Bukhari dan Muslim sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu layak memperoleh atau bergelar dengan gelaran Al-Hujjah yang mana syaratnya ialah menghafaz dan menguasai lebih 300,000 hadith. Ini juga jelas memperkuatkan hujah bahawa Al-Imam Al-Ghazali telah membaca, mempelajari, mengkaji dan menguasai hadith-hadith sahih tidak hanya ketika beliau hendak wafat sahaja kerana jika demikianlah keadaannya adalah mustahil beliau boleh digelar dengan gelaran Al-Hujjah.

Jika gelaran Al-Hujjah adalah orang yang menguasai majoriti besar Sunnah atau hadith dan tidak luput daripadanya kecuali teramat sedikit, sesuai dengan keterangan Al-Allamah An-Nawawi Al-Bantani ketika mensyarahkan maksud kata “Hujjatul Islam” yang terdapat di matan Bidayatul Hidayah karya Imam Al-Ghazali (Maraqi Al Ubudiyah, hal. 2), maka, amatlah mustahil sama sekali bahawa Al-Imam Al-Ghazali memperoleh gelar itu dengan hanya menyemak (membaca dan mengkaji) As-Sahihain (iaitu kitab-kitab sahih Al-Bukhari dan Muslim) di akhir hayat beliau.

Kesimpulannya, membuat kesimpulan bahawa Al-Imam Al-Ghazali berhujah, berkata atau menulis tidak bersandarkan hadith-hadith sahih atau beliau jauh menyimpang daripada Sunnah, hanya karena beliau menyemak (membaca dan mengkaji) As-Sahihain di akhir hidup beliau merupakan satu hujah yang sangat lemah, kerana sesuai dengan keterangan fakta dan data sejarah, beliau sudah terlebih dahulu lama semenjak daripada mula lagi sudah akrab dan mendalami dengan pelbagai kitab dan sumber hadith atau Sunnah itu sendiri.

Bagaimana Al-Ghazali dikatakan menyimpang jauh dari Sunnah sedangkan Al-Hafidz Ibnu Najjar sendiri menyebut beliau sebagai Imam Fuqaha’ yang menjelaskan keburukan ahlul bid’ah dan bangkit membela Sunnah (Thabaqat As Syafi’iah Al Kubra, 6/216).

bersambung...
__________________
-KEBAJIKAN RAKYAT ITU CANDU- KERAJAAN PUSAT BN
Reply With Quote
  #8  
Old 27-02-2012, 09:15 PM
zammmm zammmm is online now
Well-Known
Member

zammmm's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2010
Posts: 7,939
Poster Rank: #311
Blog Entries: 2
Thanked 413 Times
Active Level
Default

Bahkan sudah terang lagi jelas bahawa ia adalah perbuatan Thagut lagi Dajjal daripada golongan jin dan manusia yang mereka sendiri sudah sesat dan mahu pula menyesatkan sekelian umat manusia yang lain. Baik mereka itu terang-terangan daripada golongan kafir mahupun mereka yang bersembunyi dalam golongan munafik yang bertopengkan Islam, mereka tetap termasuk dalam kelompok yang dilaknat oleh Allah SWT dan sekelian pelaknat di langit dan di bumi. Mereka senantiasa takut apabila umat manusia mula membaca dan mempelajari Ihya Ulumiddin karya Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali.

Apa tidaknya, kerana setiap yang membacanya, pasti akan tersedar daripada lena mereka, akan tersentak daripada kelalaian mereka, akan terbangun daripada tidur mereka, akan bertaubat daripada sekelian dosa-dosa mereka, akan insaf daripada setiap kesalahan dan kealpaan mereka, akan mempertingkat ilmu dan kefahaman mereka tentang agama Islam, akan beramal dengan ilmu-ilmu agama Islam mereka dengan kefahaman yang betul, akan membetulkan prioriti dan keutamaan dalam hidup mereka, akan kembali mendekati Allah SWT dan mencontohi kehidupan sebenar Rasulullah SAW, Nabi-Nabi ASW, para Wali, Sahabat, Tabi'en, Tabi' Tabi'en dan yang mengikut mereka sekeliannya sehinggalah ke hari kiamat.

Semoga penulisan kali yang dipetik dan digubah dengan panjang lebar ini mampu menyedarkan kita akan cara halus Thagut yang Dajjal ini dan menggerakkan kita berusaha berwaspada dan mengelakkannya. Seterusnya menyedarkan kita untuk kembali mendekat diri kepada Allah SWT dengan kembali menghidupkan ilmu agama dalam diri kita, keluarga kita dan seluruh masyarakat kita umat Islam kembali memperbanyakkan beramal ibadah dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keampunan, keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT.

Allahu Wa Rasuluhu A'lam.
__________________
-KEBAJIKAN RAKYAT ITU CANDU- KERAJAAN PUSAT BN
Reply With Quote
  #9  
Old 27-02-2012, 09:17 PM
Berfikir Berfikir is offline
Super Active Member

Berfikir's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2011
Location: Cyberjaya
Posts: 4,706
Poster Rank: #648
Thanked 107 Times
Active Level
My Mood:
Default

tak faham.boleh tolong jelaskan...
Reply With Quote
  #10  
Old 27-02-2012, 09:19 PM
zammmm zammmm is online now
Well-Known
Member

zammmm's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2010
Posts: 7,939
Poster Rank: #311
Blog Entries: 2
Thanked 413 Times
Active Level
Default

Kemusykilan tentang Kitab Ihya Ulumuddin karangan imam al-Ghazali

Salam ustaz. Apa pandangan ustaz tentang hadits-hadits maudhuk dalam kitab ihya imam al-Ghazali?

Mengapa ihya masih popular dan relevan hinga kini walaupun terdapat hadits-hadits dalamnya yang maudhu?. Mengapakah ahli tasawuf hanya beramal dengan hadits muduk?.

ustaz ada mengajar atau belajar tak ilmu hadits masa dipondok. maaf ustaz bertanya hal peribadi sikit. syukran jazakumullah

Jawapan al Ustaz:

Kenapa masih relevan walaupun ada hadits-haditsnya yang maudhu? cara susunan karangan ihya sahaja sudah cukup menjadi jawapan.

Mula-mula imam ghazali akan memulakan dengan ayat-ayat Al-Quran sebagai asas “Tajuk-tajuk perbincangan” yang dibincangkan. Kemudian diiringi hadits-hadits sahih yang mutawatir, jika ada. Kemudian hadits sahih yang ahad, kemudian yang hasan jika ada, kemudian dhaif jika ada, kemudian yang ikhtilaf kedhaifannya- jika ada, kemudian yang ikhtilaf maudhu’nya -jika ada, kemudian yang semata-mata maudhu,.. tetapi maknanya sahih sebab sama maknanya dengan dalil-dalil yang terdahulu samada sama makna Al-Quran atau hadits-hadits sahih atau hadits-hadits hasan atau atshar yang sahih atau dhaif. sebab hadits dhaif apabila banyak turuqnya yang berlain-lain tetapi sama kandungan maknanya maka ternaik kepada hasan ligairihi, begitu juga hadits-hadits maudhuk apabila ada turuq yang selainnya yang skalipun dhaif maka ternaik kepada martabat hadits munkar ” wal munkar min qibalil dhoif”- munkar itu dari pihak dhaif. Maka dhoif dan maudhu’ adalah dua perkara yang berlainan. Ibarat langit dengan bumi jauhnya.. bahkan jauh lagi.

Ringkasnya, setiap tajuk yang imam ghazali bincangkan dan bahaskan dalam ihya adalah sahih maknanya dan benar sebab merupakan isi kandungan Al-Quran atau hadits-hadits sahih itu sendiri , sementalahan imam ghazali pula merupakan imam mujtahid yang BERKELAYAKAN MENGALI MAKNA2 AL-QURAN, sekalipun beliau sebut atau dibawakan juga hadits-hadits yang terjadi pertikaian atau ittifaq kedhaifan atau maudhu’nya.

ana nak tanya antum .. mana dapat, semua hadits-hadits dalam ihya adalah dhaif atau maudhu’ dan ahli tasawuf hanya beramal dengan hadits maudhu’ dhaif?. kalau dalam ittihaf syarah ihya, biasanya Al- zabidi seboleh-bolehnya akan mengihtimal hadits-hadits disitu kearah yang masih boleh dipertimbangkan. Tiada pula terus kata apa yang imam ghazali sebut dalam ihya tu batal atau ajaran sesat sebab hadits maudhu’, apa sebabnya ?.

Nampak ke tak masih kelabu?. abidi, s.Fattah Abu ghuddah, dan Allaknawi dan banyak lagi pakar ilmu hadits semuanya mengatakan “hadits-hadits maudhu dalam ihya adalah dalam jumlah yang sedikit sahaja” mana datangnya pula “banyak maudhu’ tu”? atau ke anta mengikut mazhab orang yang kata ” hadits dhaif dan maudhu, – duanya sama saja takde beza”.
__________________
-KEBAJIKAN RAKYAT ITU CANDU- KERAJAAN PUSAT BN
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:27 PM.


Copyright ©2000 - 2013, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE