PAMM-accounts service by InstaForex: find your investor or invest funds in successful traders by 1 click! Investments from $1 to $100000 by 1 click! To be a part of PAMM-system it’s just enough to have account with InstaForex. PAMM-traders and PAMM-investors, InstaForex welcomes you!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 10,325
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 6,490
0 Important Notice
Last Post: CariGold
Posted On: 08-10-2012
Replies: 0
Views: 21,985
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 27-02-2012, 12:14 PM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,497
Poster Rank: #36
Blog Entries: 6
Thanked 2,714 Times
Active Level
My Mood:
Lightbulb :: Agensi perisikan malaysia ::

Salam... harap korang tak penat laa aku upkan pasal ATM punya kehebatan... ye laa sapa lagi nak up kan bangga kan ATM kalau bukan kita sendiri...

Kalau dah ada harap share2 aje laa... just bagi chance org tak tau supaya tahu dah laa...



AGENSI PERISIKAN MALAYSIA

Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda utama mereka ialah menimbulkan kekacauan dari dalam negara dan menyebabkan kesatuan umat Melayu Islam berpecah. Ini sedang berlaku dan kerajaan terpaksa menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menjalankan perang saraf bagi mengelakkan Malaysia terus terjerumus dalam kancah ini.

Malaysia sehingga kini berjaya menepis perancangan halus dan terancang dari luar kerana mempunyai jaringan perisikan yang sangat ampuh dengan dibantu oleh pasukan risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Hanya negara yang mempunyai jaringan risikan dan rangkaian penyampai maklumat yang benar-benar baik sahaja mampu mengatasi banyak masalah yang dilontarkan ke dalam negara.
Bukan sedikit negara lain meniru cara Malaysia yang menggunakan konsep “Cegah Sebelum Parah) melalui undang-undang Akta Rahsia Rasmi yang kini turut ditiru oleh banyak negara luar.

Di mana negara lain gagal, Malaysia terus kekal aman. Cuba anda cari di dalam dunia ini, negara mana yang tidak terlepas dari diganggu oleh “tangan-tangan tidak nampak” ini, dari Indonesia sampailah ke Timur Tengah.
Setakat ini negara kita masih mampu dipertahankan dan anda masih boleh keluar berarak, mendengar ceramah Anwar atau PAS dan berkempen untuk kejayaan politik anda dalam parti Umno, kesemuanya kerana kerajaan Malaysia dan kroni-kroninya bertungkus lumus berjuang dalam kepayahan untuk membolehkan anda melakukan semua ini dengan PERCUMA.


1. Untuk menjamin keamanan, negara harus mempunyai jaringan perisikan yang cekap. Untuk menjamin kedaulatan, negara harus mempunyai pertahanan yang kuat. Mudah sahaja formulanya.

2. Asas kepada jaringan risikan yang kuat di Malaysia terletak kepada pihak tentera, badan kerajaan dan sumber pendapatan dari syarikat-syarikat kerajaan yang mempunyai dana yang kaya raya.

3. Saya rasa lucu apabila ada pihak yang menimbulkan isu “wang rakyat”, apa wang rakyat ini? saya yakin melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, syarikat kerajaan atau GLC mampu memberi dana jutaan ringgit kepada kerajaan Malaysia (tak payah pakai wang rakyat, duit anda selamat dalam bank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) anda.

4. Bukan mudah untuk mendapatkan perkara yang saya sebut pada Para 1 di atas kerana belanjanya sangat mahal. Memang menjadi metaliti rakyat Malaysia yang liat untuk membayar insuran kerana kepentingan perlindungan insuran tidak akan kelihatan faedahnya kecuali selepas kemalangan atau bencana berlaku.

5. Contoh mudah, kita memang pening kepala apabila tiba untuk mengeluarkan duit bagi membayar insuran kereta kita dan kita (khususnya orang Melayu) tidak berminat pula kepada pelaburan yang berasaskan insuran.

6. Ini sangat berbeza dengan negara maju seperti Singapura, yang beranggapan belanjawan pertahanan dalam dan luar merupakan satu perlindungan insuran kepada keamanan dan kemajuan republik tersebut.

7. Ada beberapa pihak yang menjalankan urusan perisikan di dalam negara dan ini termasuklah beberapa agensi dalam kementerian kerajaan, Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Special Branch, Kor Risik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, cabang laut dan udara Angkatan Tentera Malaysia dan elemen-elemen dalam Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

8. Elemen risikan luar dan dalam negara terletak pada bahu agensi perisikan seperti Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO), SB dan Kor Risik yang mengumpul maklumat dari luar negara untuk dikumpul dan dikaitkan dengan beberapa isu dalam negara yang turut dihimpun oleh agensi yang sama atau agensi yang lain yang mengutip maklumat dari sumber tempatan.

9. Dari pihak awam, jaringan risikan (network kepada agensi risikan sebenar) akan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perdana Menteri misalnya terdiri dari Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA), KEMAS, Biro Tata Negara dan individu yang dilantik secara khusus yang dikenal pasti sebagai sangat patriotik dan lulus tapisan keselamatan yang ketat, mereka ini kebanyakkan terdiri dari bekas anggota tentera khususnya komando.

10. Maklumat risikan ini diperolehi dari sumber berbentuk risikan manusia (Humint), risikan semboyan (Signint) dan elektronik (Elint) dan dibantu oleh pihak-pihak yang pakar untuk menganalisa maklumat data, pakar psikologi dan mereka yang mahir dan dipanggil Cobler (pakar memalsukan dokumen) untuk tujuan penetrasi.

11. Sebagaimana agensi risikan di luar negara, belanjawan keselamatan Malaysia dibantu oleh bajet yang datang secara rasmi seperti belanjawan untuk PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan bajet clandestine dari keuntungan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tenaga Nasional Berhad dan banyak lagi.

12. Peranan risikan dalam Malaysia sebenarnya lebih hebat dari filem Mission Impossible dan jika anda teliti, tahun lepas ada iklan di dalam web JPM di mana “Pakar Peperangan Elektronik” diperlukan, jika kita fikir secara logik mengapa sebuah jabatan milik Perdana Menteri memerlukan pakar peperangan elektronik. Sudah tentu kepakaran ini disalurkan kepada agensi risikan keselamatan di bawah naungannya seperti MEIO.







...bersambung...


sila tekan butang thanks jika rasa info nie berilmiah... TQVM...


kredit to broshah paskal...
http://militaryofmalaysia.net

Respek spring to u bro...




__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]

Last edited by jamtulenmurah; 27-02-2012 at 12:19 PM..
Reply With Quote
The Following 25 Users Say Thank You to jamtulenmurah For This Useful Post:
ammirul_rotu (27-02-2012), anuaru (28-02-2012), aragonkl (01-03-2012), armmat (28-02-2012), AureLia (28-02-2012), ckmuin86 (28-05-2012), dapatduit (27-02-2012), ely_evo (28-02-2012), Fabs Gunns (28-05-2012), GhostTrader (27-02-2012), gimau (29-03-2012), hamperghz (30-03-2012), hazebillina (28-02-2012), herokicap (26-03-2012), KimiGreat (28-05-2012), muzani (27-02-2012), Nick McAlfy (19-06-2012), peija06 (28-05-2012), pkachu (27-02-2012), rainsurfer (27-02-2012), simn (27-02-2012), talong (29-02-2012), wAk2394 (27-02-2012), yussys (29-02-2012), zuhair (30-07-2012)
Paid Advertisement
  #2  
Old 27-02-2012, 12:14 PM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,497
Poster Rank: #36
Blog Entries: 6
Thanked 2,714 Times
Active Level
My Mood:
Default

...sambungan...



PERALATAN

13. Seperti mana-mana agensi risikan lain, penyampaian maklumat risikan terhadap kerajaan Malaysia dibuat juga melalui peralatan yang canggih dan tidak berapa canggih (tidak mudah dihack) dan ini memerlukan mesin-mesin yang mampu membuat Chiper dan Dechiper (sama ada model yang terkini atau yang diguna sejak dari zaman komunis lagi).

14. Ada perlatan yang dihasilkan oleh saintis dan individu yang terkenal di Malaysia (nama tak payah sebut) untuk mencipta gajet-gajet yang diperlukan sama ada sistem untuk debugging atau surveillance dan communication interceptor.

15. Saya tidak pasti jika ini benar tetapi gergasi pengeluar telefon (nama tak payah sebut) ada menjual produk alat telekomunikasi yang harganya mencecah sehingga puluhan ribu ringgit untuk kegunaan agensi perisikan kita.

16. Kenderaan yang dipakai adalah pelbagai jenis dan beraneka ragam termasuklah van-van dari agensi pelancongan yang tidak pernah wujud tapi yang paling popular adalah teksi.



ANCAMAN DALAM NEGARA

17. Secara am, ancaman dalam negara wujud dari pelbagai pihak yang ditaja oleh anasir clandestine dari luar seperti MOSSAD, CIA, M16, SIS, SID serta elemen sulit risikan Singapura yang mengandungi elemen korporat, kewangan dan pengumpulan data ketenteraan serta politik.

18. Ancaman dari negara luar seperti Thailand dan Indonesia berada di bawah tahap terendah (mereka dianggap negara sahabat).

19.Ancaman datang dari perbagai bentuk seperti sabotaj ekonomi, keamanan, politik, memburukkan imej negara dan pelbagai unsur subversif yang lain.

20. Saya tidak pasti jika kisah ini benar, semasa kru filem The Entrapment membuat shooting di Kuala Lumpur, kru yang terdiri dari segelintir agen CIA ada memasang beberapa peralatan elektronik (listening bug) di KLCC dan Menara KL Tower.

21.Muslihat mereka berjaya dikesan, sejak itu sangat kurang atau tiada syarikat filem Hollywood membuat shooting filem di Malaysia. Saya bagaimanapun mengandaikan cerita ini hanya “rumours” sahaja dan belum pasti kebenarannya.

22.Segala pusat ancaman berpengkalan di Singapura yang menjadi pintu masuk ke dalam negara ini.

23. Ada unsur-unsur yang memberi petunjuk bahawa terdapat tajaan kepada kekacauan di dalam negara yang sedang ditimbulkan oleh anasir-anasir dari parti pembangkang dan juga anasir halus dalam Umno.

24. Usaha juga sedang dibuat untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu, kejatuhan mereka akan mengorak langkah Malaysia menjadi sebuah republik dan sesiapa pun boleh menjadi Ketua Negara (kalau rakyat negara ini sudah dididik untuk tidak menghormati ketua negara, perdana menteri…kita nak dengar cakap siapa dan kalau cakap mufti pun kita boleh perlekehkan, kita nak dengar cakap siapa lagi? Akhirnya semua pemimpin yang bernama Melayu dan Islam akan ditolak ke tepi dan ketika itu barulah kita tahu tetapi kita sudah terlambat kerana ke*****an kita sendiri.

25. DAP mungkin menjadi platform terbaik untuk kejatuhan sebuah kerajaan Melayu Islam seperti Malaysia. Anwar Ibrahim hanyalah boneka, persoalan terbaik, siapa yang pasang kamera video tempat Anwar bermukah dengan pelacur Cina? Siapa pemilik tempat itu dan tujuan kamera di pasang? (Maaf, kalau betul lah Anwar, harap-harap bukan). Polis sepatutnya siasat siapa pemilik tempat itu sebenarnya.

26. Itu baru sebahagian, baru ancaman dalam politik, belum lagi ancaman dan sabotaj terhadap ekonomi dan kewangan negara serta pelbagai ancaman halus yang disasar untuk mengurangkan jati diri orang Melayu dan Islam di negara ini.

27.Masalahnya, siapa pun elemen luar, mereka masih gagal mengkaji siapa orang Melayu sebenar. Gagal mengkaji psikologi orang Melayu dan mereka menyangka, orang Melayu ini sama macam bangsa Arab.

28.Jika unsur-unsur provokasi gagal diwujudkan melalui dalam negara, ada kemungkinan ia akan naik ke tahap yang lebih tinggi seperti peperangan dengan negara luar serta sebagainya.







... bersambung...





__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]

Last edited by jamtulenmurah; 27-02-2012 at 12:19 PM..
Reply With Quote
  #3  
Old 27-02-2012, 12:15 PM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,497
Poster Rank: #36
Blog Entries: 6
Thanked 2,714 Times
Active Level
My Mood:
Default

...sambungan...



ANCAMAN LUAR NEGARA

29.Untuk melemahkan Malaysia, negara ini perlu disisihkan dari sahabat terdekatnya iaitu Indonesia.

30.Kesatuan dan kerapatan kedua-dua sahabat ini harus digoyah melalui beberapa isu yang mungkin sebenarnya diapi-apikan oleh pihak ketiga.

31.Perkara ini pernah di sahkan oleh Atase Pertahanan di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur yang berpendapat ada pihak ketiga yang cuba meruntun hubungan di antara kedua-dua negara.

32.Jika wujud pihak ketiga ini, sudah pasti mereka mempunyai dana yang cukup besar, pusat operasi dan kontek di dalam struktur pemerintahan serta korporat di kedua-dua negara.

33.Syukur kerana Indonesia mempunyai Presiden yang sangat berpengaruh dan bakal membawa negara republik itu ke arah masa depan yang lebih baik, sebagai mantan seorang pegawai pemerintah tentera, Bambang Susilo pantas menganalisa keadaan yang berlaku dan tidak dengan cepat menghalakan muncung Sukhoinya ke arah Kuala Lumpur.

34.Indonesia sendiri mempunyai pengalaman pahit, bagaimana agen-agen luar ini cuba menghancurkan negara besar itu dan saudara pembaca tentu masih ingat pada tahun 1990an, Indonesia digelar “Naga Kecil Asia” kerana kemajuan ekonominya malah mempunyai perusahaan membuat kapal terbang sendiri tetapi sekelip mata ia hancur apabila wujud gerakan reformasi yang kononnya mendukung hak rakyat dan mahasiswa.

35.Bermula dari gerakan reformasi ini, musuh Indonesia berjaya memisahkan Timor Leste dengan tujuan untuk terus meranapkan kekuatan republik yang majoriti penduduknya beragama Islam.

36.Sama-samalah kita berdoa, agar rasa persahabatan yang akrab di antara kedua negara ini terus terjalin dan rakyat mereka dan kita sedar bahawa ada proses untuk melaga-lagakan kedua negara ini agar terus kekal bermusuh.

37.Pada masa sekarang, potensi Malaysia untuk berperang dengan negara luar berada pada tahap sifar dan jika berlaku, saya letak dalam tempoh 10 hingga ke 50 tahun akan datang melalui krisis dengan Singapura atau China.

38.Saya enggan mengulas mengenai krisis yang mungkin melibatkan negara-negara yang saya sebut tadi kerana jika anda peminat blog saya, saya ada mengulas mengenai hal-hal di atas dan jika anda peminat pertahanan dan mencintai negara anda, sudah tentu anda ada mengikuti perkembangan dunia ketenteraan di rantau ini dan sedar apa yang sedang berlaku.





Nota Penulis : KALAU BUKAN MELAYU NAK NAIKKAN ORANG MELAYU, SIAPA LAGI?
MEMANG BLOG DEN GEBANG-GEBANGKAN ORANG MELAYU NI HEBAT, TAPI INILAH PEMIKIRAN STRATEGIK, MAHATHIR DAH LAMO BUEK BENDA NI TAPI RAMAI TAK NAMPAK.
SAYANGNYA TAK BANYAK MEDIA YANG BERUSAHA UNTUK MENAIKKAN JATI DIRI ORANG MELAYU, YANG MENJAHAMKAN BANYAK. JADI TIDAK PERLU MEREMEHKAN USAHA SEGELINTIR BLOG YANG SEDANG BERJUANG UNTUK MENANAM SIFAT JATIDIRI INI.




__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]

Last edited by jamtulenmurah; 27-02-2012 at 12:20 PM..
Reply With Quote
  #4  
Old 27-02-2012, 12:18 PM
Dobit127 Dobit127 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Oct 2007
Posts: 2,349
Poster Rank: #1374
Thanked 81 Times
Active Level
Default

2 post reserved.... macam panjang...

Kiranya dah detail sangat ni..... Tak bocor rahsia kerajaan ni... karang kena OSA pulak..
Reply With Quote
  #5  
Old 27-02-2012, 12:22 PM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,497
Poster Rank: #36
Blog Entries: 6
Thanked 2,714 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Dobit127 View Post
2 post reserved.... macam panjang...

Kiranya dah detail sangat ni..... Tak bocor rahsia kerajaan ni... karang kena OSA pulak..
memang panjang... tak best letak banyak2 satu post... pening nak baca... nie edit kasik santai2 aje...


Nie tak dikira maklumat eksklusif rahsia pun... just info peribadi shah paskal aje... share ngan semua untuk tambah ilmu... jgn pandang rendah ATM dan tentera2 nie...



__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
  #6  
Old 27-02-2012, 12:29 PM
kuraku kuraku is offline
Super Active Member

kuraku's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Mar 2009
Posts: 2,682
Poster Rank: #1212
Thanked 68 Times
Active Level
My Mood:
Default

silap2 perisik luar lagi tau banyak dari kita,,
__________________
______________________________________________

3gp macam2 ada<< klik sini.

hot malaysian photo<< klik sini
Reply With Quote
  #7  
Old 27-02-2012, 12:36 PM
hannuz1010 hannuz1010 is offline
Super Active Member

hannuz1010's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2008
Location: shah alam
Posts: 4,126
Poster Rank: #747
Thanked 4 Times
Active Level
My Mood:
Default

harap aoron aziz bukan kategori ni
__________________
KRYPTON= sxxk
CERAMIC= sxxk
CLUB ASTERIA= sxxk
1AUTOCASH= sxxk
Reply With Quote
  #8  
Old 27-02-2012, 12:39 PM
ezul82 ezul82 is online now
Well-Known
Member

ezul82's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2007
Posts: 5,229
Poster Rank: #565
Thanked 39 Times
Active Level
My Mood:
Default

bomoh polis pn hebat
Reply With Quote
  #9  
Old 27-02-2012, 12:50 PM
zerkz zerkz is online now
Super Active Member

zerkz's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Jul 2009
Posts: 3,887
Poster Rank: #802
Thanked 33 Times
Active Level
My Mood:
Default

kalau tak silap aku latihan tuk spy ni kat sabah ke serawak.. driver aku pencen askar cerita dia kene merangkak bawah kawat duri.. sape naik kan kepala kene tembak ngn senapang yang dah set auto trace.. sorang meniggal sebab naikkan kepala.. kene tembak tepat kat kepala.. betul atau tak wallahualam..
__________________
Pad Herba AVAIL BEAUTY FC Bio Sanitary(100% KAPAS)
~~RAWATAN ALTERNATIF MASALAH SAKIT PUAN~~

3 jenis berharga RM10,RM11,RM12
contact no -
0.1.7-7383847(Zul)
Reply With Quote
  #10  
Old 27-02-2012, 01:05 PM
amyamyamy amyamyamy is online now
Normal Member

amyamyamy's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2011
Posts: 433
Poster Rank: #5424
Thanked 1 Time
Active Level
My Mood:
Default

betullah tu,risikan ada cerita sebahagian jer yg tertulis.untuk raja jatuh itu tak mungkin terjadi,kerana mereka harus berhadapan dengan negara2 komenwel.kita dibawah penjajahan british,pertubuhan negara2 konmenwel akan menolong dan membantu kita.yang penting kita sebagai melayu harus bersatu.politik hanya idiologi seseorang.muafakat masyarakat melayu harus diteruskan.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 05:20 PM.


Copyright ©2000 - 2013, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE