BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyanyi Kumpulan HipHop Terkenal Didakwa Merogol Anak Tiri

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
frontpage.jpg


KUALA LUMPUR 21 Feb: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.
 
Last edited:
sapa lar artis tu..ahadd ni ada la tu melodi terjah
 
berita hot kat melodi nie nanti..
 
sape ye...sensasi ni...
 
too phat bukan n ahli fiqir pun bukan sbb diaorg xberlakon filem...sapa la nie...rap otai nie..
 
Back
Top
Log in Register