PAMM-accounts service by InstaForex: find your investor or invest funds in successful traders by 1 click! Investments from $1 to $100000 by 1 click! To be a part of PAMM-system it’s just enough to have account with InstaForex. PAMM-traders and PAMM-investors, InstaForex welcomes you!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Forex > Forex General Discussion

Forex General Discussion General discussion of forex trading. Any common discussion related of forex could be find here except of Forex systems.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 11,300
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 7,010
0 Important Notice
Last Post: CariGold
Posted On: 08-10-2012
Replies: 0
Views: 22,581
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 15-02-2012, 07:25 PM
talibanes talibanes is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (34)
Join Date: Aug 2011
Location: kl
Posts: 12,999
Poster Rank: #148
Thanked 1,851 Times
Active Level
Exclamation Perniagaan pertukaran asing (forex) difatwakan haram - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan


Profesor Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin

KOTA BHARU - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."

"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah." - Bernama


BNM Jelaskan Status Dagangan Mata Wang Asing
Quote:
Originally Posted by TXT View Post
KUALA LUMPUR, 16 Feb -- Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan kepada orang ramai bahawa membeli dan menjual mata wang asing di Malaysia hanya dibenarkan kepada bank perdagangan, bank-bank Islam, bank pelaburan dan bank-bank Islam antarabangsa berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953, dan dengan penyedia perniagaan perkhidmatan wang (pengurup wang) berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Sebagai tambahan, produk kewangan yang berlandaskan syariah, yang termasuk urus niaga berkaitan pertukaran asing yang ditawarkan dan diurusniagakan oleh institusi kewangan Islam berlesen adalah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah institusi kewangan masing-masing dengan mendapat pengesahan daripada Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Dalam kenyataan berasingan bagi menerangkan isu tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin menjelaskan bahawa pengharaman perniagaan pertukaran mata wang asing adalah merujuk kepada pengharaman skim perniagaan mata wang asing oleh individu secara lani menerusi platform elektronik yang bertentangan dengan undang-undang.

Katanya pengharaman itu tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang berlesen.

"Saya mendapati bahawa kenyataan saya telah disalah lapor oleh sebahagian media yang menggambarkan seolah-olah semua perniagaan pertukaran mata wang asing adalah haram," katanya di dalam satu kenyataan media Khamis.

Beliau berkata pengharaman yang telah dibuat ke atas skim berkenaan adalah berdasarkan keraguan yang terdapat dalam urus niaga ini yang bercanggah dengan hukum syarak serta tidak sah dari aspek undang-undang kerajaan Malaysia.
Quote:
Originally Posted by sedanfx View Post



Di ruangan terhad ini pihak kami ingin menjawab beberapa kekeliruan tentang hukum berkaitan dengan perdagangan matawang asing atau Forex ( forex exchange).
Kekeliruan dalam memberi fatwa tentang haramnya perdagangan matawang asing timbul disebabkan dangkalnya ilmu tentang tentang perkara tersebut hanya melalui mendengar cerita tentang perlaksanaannya atau sekadar membaca artikel yang ditulis tentangnya di internet atau di mana- mana tanpa terlibat secara langsung untuk memahami proses perdagangan matawang asing ini dilakukan.
Sesetengah pihak begitu tegas mengatakan dan cuba membuktikan ianya haram sehingga menjengilkan biji mata untuk menegakkan hujahnya tanpa menilai secara kajian yang mendalam atau memahaminya terlebih dahulu dengan secara tepat.
Pertama, beberapa pihak ada menyatakan bahawa perdagangan matawang asing pada hukum asalnya adalah harus dan kemudiannya haram berlangsung selama 24 jam sehari secara berterusan. Untuk makluman sidang pembaca, perdagangan matawang asing hanya boleh dilakukan 24 jam sehari dan selama 5 hari seminggu bermula Isnin hingga Jumaat sahaja secara online. Pada hari Sabtu dan Ahad, pasaran matawang seluruh dunia ditutup. Hanya pasaran Da Ma Cai, Sport Toto, Magnum 4D dan yang sewaktu dengannya dibuka secara “off-line” ( Ini hukumnya adalah haram tanpa adanya syak wasangka lagi ).

Mereka juga menyatakan bahawa berlakunya “Riba an-Nasiah” daripada pertukaran wang kerana tidak dilakukan secara “yadan bi yadin” atau dalam Inggerisnya “on the spot basis” atau dalam bahasa Melayunya “tangan ke tangan” atau dalam bahasa yang lebih mudah adalah “serah dan terima” atau qadabh. Di dalam perdagangan matawang asing tidak akan dibenarkan membuat pembelian atau penjualan sekiranya mudharib (trader) tidak mempunyai duit yang mencukupi di dalam akaunnya sendiri.

Ini bermakna Mudharib (trader) perlu menjual atau membeli atau dengan istilah lain menukar matawang bergantung pada nilai yang dimiliki bertepatan konsep “serah dan terima” atau “on the spot basis” qabadh secara hukmi. Di dalam perdagangan matawang asing tidak berlaku tempahan nilai matawang atau pembidaan nilai matawang. Apa yang berlaku ialah pembelian dan penjualan sesuatu nilai matawang yang dikategori oleh Ulama sebagai “ bay’u naqdu bi naqdi kas sil’ati “.

Nilai matawang yang diniagakan adalah dari jenis yang berbeza dan bukannya dari satu jenis kerana di dalam perdagangan matawang asing tindakkan berlaku jual beli pada matawang dari yang sama jenis. Contohnya dibeli (buy/long/mine ) atau dijual (sell/short/yours) matawang US Dolar bersamaan dengan Japanese Yen ( USD/JPY). Great Britain Pound bersamaan dengan US Dolar (GBP/USD).

Mereka juga menegaskan bahawa perdagangan matawang asing adalah haram kerana transaksi diuruskan oleh sebuah institusi kewangan konvensional. Adakah muamalah di dalam Islam diharamkan untuk orang Islam berdagang dan berurus niaga dengan orang bukan Islam secara mutlak ? Bagaimana pula hukumnya sebuah bank konvensional yang menggaji pegawai syarie’nya untuk menjaga atau memantau kaunter Islam bank tersebut sedangkan selebihnya terlibat dalam riba dan haram ? Dan pegawai syari’e tersebut terpaksa redha dengan selebihnya kerana alasan bukan dalam bidang kuasa beliau ?

Memang benar bahawa Panel Penasihat Syariah Sedunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI) yang antara Panel Penasihat Syariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof Dr . Syeikh Wanbah Zuhayli, Prof Dr . Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani’ dan ramai lagi menyatakan bahawa transaksi antara matawang secara tangguh dan “ forward” akan menghasilkan “Riba an-Nasiah”. Tetapi perniagaan matawang secara tangguh dan “forward” tidak berlaku dalam realiti perdagangan matawang asing . Ini kerana setiap belian atau jualan hendaklah dilakukan secara langsung dan semasa ataupun “instant” dalam pasaran tanpa adanya penangguhan waktu dan “forward” walau sesaatpun.

Mereka menyatakan bahawa perdagangan matawang asing adalah haram kerana berlakunya SWAP. SWAP sebagaimana yang didefinisikan adalah “sebagai satu perjanjian atau kontrak di antara dua pihak bagi pertukaran bertempoh bagi sesuatu asset kewangan yang khusus, asset material atau kadar faedah. Proses ini hanya berlaku antara institusi kewangan dengan institusi kewangan yang lain sahaja. Apa yang berlaku ialah istilah SWAP dalam perdagangan matawang asing tersebut merupakan caj penyetoran dagangan (storage fees) untuk penjualan atau pembelian matawang yang melebihi 24 jam dan bukannya pertukaran bertempoh atau jualan matawang secara tangguh.

Meraka mendakwa bahawa perdagangan matawang asing adalah haram kerana konsep “options” yang didefinasikan sebagai ; ‘Satu kontrak yang mana hak diberikan (tetapi tidak menjadi kewajipan) untuk membeli atau menjual sesuatu item yang dipersetujui (sama ada dalam bentuk saham, komoditi, matawang, indeks dan hutang ) pada harga yang ditentukan. Tiada kewajipan bagi penempah untuk memenuhi tuntutan kontrak bagi membeli item yang ditempah, tetapi penjual hak item itu, wajib memenuhi tuntutan kontrak.”Dan beliau kaitkan “options” ini dengan penjualan benda yang belum dimiliki berteraskan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi :

“Jangan kamu membeli ikan dalam air, karena sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandungi penipuan”. (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)

‘Options’ dengan penjualan benda yang belum dimiliki adalah topik dan perbahasan yang jauh berbeza . Nampak gayanya beliau terkeliru antara dua benda yang tidak berkaitan ini.

Kami memang akui bahawa ‘options’ adalah salah satu urus niaga yang terlibat dengan gharar dan riba serta hukumnya haram akan tetapi ianya tidak dibenarkan dan tidak berlaku dalam perdagangan matawang asing atau forex ( foreign exchange ) tetapi ianya hanya berlaku dalam ekuiti dan komoditi.

Mereka juga mendakwa berlakunya “futures” dalam perdagangan matawang asing dan ianya adalah haram bila terlibat dengan matawang kerana ianya membawa kepada “Riba an-Nasiah”. “Futures” itu didefinasikan sebagai : “ Satu kontrak komersial yang dibuat bagi melakukan pembelian atau jualan satu aset dalam satu kuantiti yang khusus pada tarikh akan datang yang khusus “ (Britannica Encyclopedia, 1988. 5/65). Para cendiakawan dan ilmuwan Islam membenarkan “futures” dilakukan dengan syarat kontrak komersial yang dibuat itu hanya janji dari satu belah pihak atau “unilateral promise from one side”.

Oleh itu, apa yang berlaku dalam perdagangan matawang asing adalah bertetapan dengan syarat yang diberikan oleh Ulama’ Islam dengan futures yang dibenarkan dalam perdagangan matawang asing adalah dikenali sebagai “pending order” dan proses perlaksanaan yang diberi kuasa sepenuhnya kepada mudharib (trader) tanpa gangguan atau campurtangan dari mana-mana pihak untuk membuat keputusan meletakkan dan meneruskan “pending order” tersebut atau sebaliknya.

Mereka mendakwa bahawa di dalam pelaburan perdagangan matawang asing terdapatnya Guaranteed Capital ( Jaminan Wang Modal tidak lupus) dan juga ‘Guaranteed Fixed Return’ (jaminan pulangan dan jumlah yang tertentu). Kami dapati dua unsur ini tidak berlaku di dalam perdagangan matawang kerana kami pernah berjumpa dengan mereka yang rugi berjuta-juta ringgit dan tidak kurang juga yang membuat keuntungan berjuta-juta ringgit. Itulah risiko sebuah perniagaan dan dalam apa jua perniagaan. Hanya mereka yang kuat dan kental sahaja akan bangkit dan yang lemah akan terus menjadi semakin lemah. Mungkin beliau tersilap faham tentang orang yang membuat skim Pak Man Telo dengan realiti perdagangan matawang asing.

Daripada penelitian dan pemerhatian yang kami lakukan serta kajian yang mendalam tentang bagaimana urusan serta perjalanan perdagangan matawang asing dilaksanakan, kami dapati tidak terdapat unsur-unsur atau terma-terma yang bercanggah dengan Islam. Setelah dihalusi tentang perlaksanaan dan perjalanannya untuk ketika dan saat artikel ini ditulis, tiada satupun yang bercanggah dengan kehendak syara’ atau terlibat dengan syubhah atau ribawi. Walaupun dibuat secara secara maya di internet, ianya mewakili akaun dan duit yang sebenar serta berhadapan dengan risiko yang tinggi kepada sesiapa yang berurusan dengan perdagangan matawang asing ini.

Semoga usaha yang sedikit ini dalam menjelaskan segala kekeliruan yang timbul dan diredhai serta diberkati oleh Allah s.w.t dibawah payungan rahmat dariNya.


P/S : JIKA DAH BYK THREAD, PLS MOOD PINDAH DAN UNITE

Quote:
Originally Posted by CLIFF 'EM ALL View Post




"its HALAL if you trading by your self using platform...because you are using your own money and deposit to your own account using platform"



Quote:
Originally Posted by haudli View Post
http://www.facebook.com/video/embed?...51472004308640

sape pandai boleh tolong kasi share video


.



.
__________________
[CENTER][SIZE="3"][url="http://bit.ly/mymlvpn"][color="Red"][B]SUNLIGHTVPN-Unlimited BANDWIDTH QUOTA for Celcom Pre&Postpaid NOW!(KLIK SINI)[/B][/color][/url]
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372979"][B][COLOR="RoyalBlue"]Homestay Murah Di Malacca Perfect Homestay @ Bandar Melaka (KLIK SINI) [/COLOR][/B][/URL]
[URL="http://www.getahsabah.com/?ref=investment"][B][COLOR="Magenta"] MENCARI PELABURAN DENGAN PULANGAN [COLOR="Purple"]5%-7% SETIAP BULAN (KLIK SINI)[/COLOR][/COLOR] [/B]
[SIGPIC][/SIGPIC][/URL]
[B]Celcom SKMM - Call, SMS Murah. Internet RM25/month.Modem. Percuma sebulan (PM ME)[/B][/SIZE][/CENTER]

Last edited by talibanes; 05-09-2012 at 11:48 AM..
Reply With Quote
The Following 16 Users Say Thank You to talibanes For This Useful Post:
abe_zonda (24-03-2012), besickers (05-09-2012), Cessna190 (11-01-2013), darkpin89 (03-11-2012), dinurazlina (17-06-2013), Don Malaya (17-06-2013), fadhfx (23-12-2012), Foostedge (25-06-2012), fuadfx (07-09-2012), GhostTrader (17-03-2012), juniortrader (07-01-2013), khairy189 (14-09-2012), kudinbotak (09-12-2012), mie_amour (29-02-2012), mkhaij (15-12-2012), nurwi (04-03-2012)
Paid Advertisement
  #2  
Old 15-02-2012, 07:28 PM
haudli haudli is offline
CG Top Poster Club
EXNESS Official
Introducing Broker

haudli's Avatar

 
Trader Rating: (123)
Join Date: Jul 2009
Location: 1245678
Posts: 39,834
Poster Rank: #13
Blog Entries: 3
Thanked 244 Times
Active Level
My Mood:
Default

isu hot berita ni
Reply With Quote
  #3  
Old 15-02-2012, 07:30 PM
gengjawa gengjawa is offline
CG Top Poster Club
XEMarkets Official
Introducing Broker

gengjawa's Avatar

 
Trader Rating: (51)
Join Date: Dec 2006
Location: www.signalsmsforex.com
Posts: 32,174
Poster Rank: #28
Thanked 201 Times
Active Level
My Mood:
Default

panas banget nie..
Reply With Quote
  #4  
Old 15-02-2012, 07:30 PM
andasuka.org andasuka.org is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Location: Kuala Lumpur
Posts: 122
Poster Rank: #11381
Thanked 0 Times
Active Level
Default

thanks tuanrumah. Mesti ramai otai foreex komen ni
Reply With Quote
  #5  
Old 15-02-2012, 07:31 PM
G.Spicy G.Spicy is offline
Active Member

G.Spicy's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2011
Posts: 2,378
Poster Rank: #1390
Thanked 34 Times
Active Level
Default

Fatwa kebangsaan tuh.
Reply With Quote
  #6  
Old 15-02-2012, 07:32 PM
kasmarol kasmarol is offline
Well-Known
Member

kasmarol's Avatar
 
Trader Rating: (10)
Join Date: Dec 2008
Location: terengganu
Posts: 9,205
Poster Rank: #260
Thanked 50 Times
Active Level
Default

mcm nk promote bsn je nih...bank barisan nasional
__________________
Jom join uinvest boleh pm saya mcm mana nk register klik link dibawah:

https://uinvest.com.ua/get-funds/?amigosid=44241
Reply With Quote
  #7  
Old 15-02-2012, 07:33 PM
CH4 CH4 is online now
Legendary Member

CH4's Avatar
 
Trader Rating: (52)
Join Date: Nov 2010
Location: Sila isi tempat __________________________________
Posts: 15,740
Poster Rank: #101
Blog Entries: 1
Thanked 425 Times
Active Level
My Mood:
Default

Aduhhhhhh...panas......Kota baru....aduhhh gakno pok kita
__________________
Menanti tahun 2017
Quote:
Originally Posted by awiena View Post
theory darwin mana bro dapat ni....abeh RAMD ? ATM ?Raja Raja Melayu ingat nak tgk saja ka
Reply With Quote
  #8  
Old 15-02-2012, 07:33 PM
dokgitu dokgitu is offline
Active Member

dokgitu's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Aug 2008
Location: chendering to setiu
Posts: 592
Poster Rank: #4502
Thanked 8 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by andasuka.org View Post
thanks tuanrumah. Mesti ramai otai foreex komen ni
Tungggu para IB komen dulu
Reply With Quote
  #9  
Old 15-02-2012, 07:35 PM
Faizudin Faizudin is online now
Super Active Member

Faizudin's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2011
Location: 3rd Rock From Sol
Posts: 3,469
Poster Rank: #937
Thanked 2 Times
Active Level
My Mood:
Default

Jawapan Hukum Forex
Quote:
Originally Posted by sedanfx View Post



Di ruangan terhad ini pihak kami ingin menjawab beberapa kekeliruan tentang hukum berkaitan dengan perdagangan matawang asing atau Forex ( forex exchange).
Kekeliruan dalam memberi fatwa tentang haramnya perdagangan matawang asing timbul disebabkan dangkalnya ilmu tentang tentang perkara tersebut hanya melalui mendengar cerita tentang perlaksanaannya atau sekadar membaca artikel yang ditulis tentangnya di internet atau di mana- mana tanpa terlibat secara langsung untuk memahami proses perdagangan matawang asing ini dilakukan.
Sesetengah pihak begitu tegas mengatakan dan cuba membuktikan ianya haram sehingga menjengilkan biji mata untuk menegakkan hujahnya tanpa menilai secara kajian yang mendalam atau memahaminya terlebih dahulu dengan secara tepat.
Pertama, beberapa pihak ada menyatakan bahawa perdagangan matawang asing pada hukum asalnya adalah harus dan kemudiannya haram berlangsung selama 24 jam sehari secara berterusan. Untuk makluman sidang pembaca, perdagangan matawang asing hanya boleh dilakukan 24 jam sehari dan selama 5 hari seminggu bermula Isnin hingga Jumaat sahaja secara online. Pada hari Sabtu dan Ahad, pasaran matawang seluruh dunia ditutup. Hanya pasaran Da Ma Cai, Sport Toto, Magnum 4D dan yang sewaktu dengannya dibuka secara “off-line” ( Ini hukumnya adalah haram tanpa adanya syak wasangka lagi ).

Mereka juga menyatakan bahawa berlakunya “Riba an-Nasiah” daripada pertukaran wang kerana tidak dilakukan secara “yadan bi yadin” atau dalam Inggerisnya “on the spot basis” atau dalam bahasa Melayunya “tangan ke tangan” atau dalam bahasa yang lebih mudah adalah “serah dan terima” atau qadabh. Di dalam perdagangan matawang asing tidak akan dibenarkan membuat pembelian atau penjualan sekiranya mudharib (trader) tidak mempunyai duit yang mencukupi di dalam akaunnya sendiri.

Ini bermakna Mudharib (trader) perlu menjual atau membeli atau dengan istilah lain menukar matawang bergantung pada nilai yang dimiliki bertepatan konsep “serah dan terima” atau “on the spot basis” qabadh secara hukmi. Di dalam perdagangan matawang asing tidak berlaku tempahan nilai matawang atau pembidaan nilai matawang. Apa yang berlaku ialah pembelian dan penjualan sesuatu nilai matawang yang dikategori oleh Ulama sebagai “ bay’u naqdu bi naqdi kas sil’ati “.

Nilai matawang yang diniagakan adalah dari jenis yang berbeza dan bukannya dari satu jenis kerana di dalam perdagangan matawang asing tindakkan berlaku jual beli pada matawang dari yang sama jenis. Contohnya dibeli (buy/long/mine ) atau dijual (sell/short/yours) matawang US Dolar bersamaan dengan Japanese Yen ( USD/JPY). Great Britain Pound bersamaan dengan US Dolar (GBP/USD).

Mereka juga menegaskan bahawa perdagangan matawang asing adalah haram kerana transaksi diuruskan oleh sebuah institusi kewangan konvensional. Adakah muamalah di dalam Islam diharamkan untuk orang Islam berdagang dan berurus niaga dengan orang bukan Islam secara mutlak ? Bagaimana pula hukumnya sebuah bank konvensional yang menggaji pegawai syarie’nya untuk menjaga atau memantau kaunter Islam bank tersebut sedangkan selebihnya terlibat dalam riba dan haram ? Dan pegawai syari’e tersebut terpaksa redha dengan selebihnya kerana alasan bukan dalam bidang kuasa beliau ?

Memang benar bahawa Panel Penasihat Syariah Sedunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI) yang antara Panel Penasihat Syariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof Dr . Syeikh Wanbah Zuhayli, Prof Dr . Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani’ dan ramai lagi menyatakan bahawa transaksi antara matawang secara tangguh dan “ forward” akan menghasilkan “Riba an-Nasiah”. Tetapi perniagaan matawang secara tangguh dan “forward” tidak berlaku dalam realiti perdagangan matawang asing . Ini kerana setiap belian atau jualan hendaklah dilakukan secara langsung dan semasa ataupun “instant” dalam pasaran tanpa adanya penangguhan waktu dan “forward” walau sesaatpun.

Mereka menyatakan bahawa perdagangan matawang asing adalah haram kerana berlakunya SWAP. SWAP sebagaimana yang didefinisikan adalah “sebagai satu perjanjian atau kontrak di antara dua pihak bagi pertukaran bertempoh bagi sesuatu asset kewangan yang khusus, asset material atau kadar faedah. Proses ini hanya berlaku antara institusi kewangan dengan institusi kewangan yang lain sahaja. Apa yang berlaku ialah istilah SWAP dalam perdagangan matawang asing tersebut merupakan caj penyetoran dagangan (storage fees) untuk penjualan atau pembelian matawang yang melebihi 24 jam dan bukannya pertukaran bertempoh atau jualan matawang secara tangguh.

Meraka mendakwa bahawa perdagangan matawang asing adalah haram kerana konsep “options” yang didefinasikan sebagai ; ‘Satu kontrak yang mana hak diberikan (tetapi tidak menjadi kewajipan) untuk membeli atau menjual sesuatu item yang dipersetujui (sama ada dalam bentuk saham, komoditi, matawang, indeks dan hutang ) pada harga yang ditentukan. Tiada kewajipan bagi penempah untuk memenuhi tuntutan kontrak bagi membeli item yang ditempah, tetapi penjual hak item itu, wajib memenuhi tuntutan kontrak.”Dan beliau kaitkan “options” ini dengan penjualan benda yang belum dimiliki berteraskan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi :

“Jangan kamu membeli ikan dalam air, karena sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandungi penipuan”. (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)

‘Options’ dengan penjualan benda yang belum dimiliki adalah topik dan perbahasan yang jauh berbeza . Nampak gayanya beliau terkeliru antara dua benda yang tidak berkaitan ini.

Kami memang akui bahawa ‘options’ adalah salah satu urus niaga yang terlibat dengan gharar dan riba serta hukumnya haram akan tetapi ianya tidak dibenarkan dan tidak berlaku dalam perdagangan matawang asing atau forex ( foreign exchange ) tetapi ianya hanya berlaku dalam ekuiti dan komoditi.

Mereka juga mendakwa berlakunya “futures” dalam perdagangan matawang asing dan ianya adalah haram bila terlibat dengan matawang kerana ianya membawa kepada “Riba an-Nasiah”. “Futures” itu didefinasikan sebagai : “ Satu kontrak komersial yang dibuat bagi melakukan pembelian atau jualan satu aset dalam satu kuantiti yang khusus pada tarikh akan datang yang khusus “ (Britannica Encyclopedia, 1988. 5/65). Para cendiakawan dan ilmuwan Islam membenarkan “futures” dilakukan dengan syarat kontrak komersial yang dibuat itu hanya janji dari satu belah pihak atau “unilateral promise from one side”.

Oleh itu, apa yang berlaku dalam perdagangan matawang asing adalah bertetapan dengan syarat yang diberikan oleh Ulama’ Islam dengan futures yang dibenarkan dalam perdagangan matawang asing adalah dikenali sebagai “pending order” dan proses perlaksanaan yang diberi kuasa sepenuhnya kepada mudharib (trader) tanpa gangguan atau campurtangan dari mana-mana pihak untuk membuat keputusan meletakkan dan meneruskan “pending order” tersebut atau sebaliknya.

Mereka mendakwa bahawa di dalam pelaburan perdagangan matawang asing terdapatnya Guaranteed Capital ( Jaminan Wang Modal tidak lupus) dan juga ‘Guaranteed Fixed Return’ (jaminan pulangan dan jumlah yang tertentu). Kami dapati dua unsur ini tidak berlaku di dalam perdagangan matawang kerana kami pernah berjumpa dengan mereka yang rugi berjuta-juta ringgit dan tidak kurang juga yang membuat keuntungan berjuta-juta ringgit. Itulah risiko sebuah perniagaan dan dalam apa jua perniagaan. Hanya mereka yang kuat dan kental sahaja akan bangkit dan yang lemah akan terus menjadi semakin lemah. Mungkin beliau tersilap faham tentang orang yang membuat skim Pak Man Telo dengan realiti perdagangan matawang asing.

Daripada penelitian dan pemerhatian yang kami lakukan serta kajian yang mendalam tentang bagaimana urusan serta perjalanan perdagangan matawang asing dilaksanakan, kami dapati tidak terdapat unsur-unsur atau terma-terma yang bercanggah dengan Islam. Setelah dihalusi tentang perlaksanaan dan perjalanannya untuk ketika dan saat artikel ini ditulis, tiada satupun yang bercanggah dengan kehendak syara’ atau terlibat dengan syubhah atau ribawi. Walaupun dibuat secara secara maya di internet, ianya mewakili akaun dan duit yang sebenar serta berhadapan dengan risiko yang tinggi kepada sesiapa yang berurusan dengan perdagangan matawang asing ini.

Semoga usaha yang sedikit ini dalam menjelaskan segala kekeliruan yang timbul dan diredhai serta diberkati oleh Allah s.w.t dibawah payungan rahmat dariNya.


P/S : JIKA DAH BYK THREAD, PLS MOOD PINDAH DAN UNITE


Kat Arab Halal je.

Quote:
Originally Posted by Faizudin View Post
Layan gambor forex pak arab je la.











Fatwa Mufti US

Quote:
Originally Posted by Rafale View Post
ni fatwa mufti US pasal forex

بسم الله الرحمن الرحيم

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

الجواب حامداومصليا
In light of the information available on Tadawul Islamic Forex Accounts or TDFX, I have learned that this particular form of forex trade is free of Riba and any swap or roll over fees. The Fuqaha have considered forex trade to be part of Bai-ussarf which has some strick condition to be fulfilled unlike ordinary forms of trading.
Among the conditions of Islamic Forex Trading Account, there is one condition known by the name of "Hibah (Gift or Donation). According to the condition, "The Hibah refers to gifts awarded voluntarily in return for a loan given. Now this Hibah or gift giving if it is done solely voluntarily then it will be permissible but if there is kind of pressure placed on the donors to give the gift then it would not be permissible. Therefore, if the investors are not willing to give the gift, it would not permissible to force them to give or to pressure them into giving in anyway. Such gift that is given under pressure or force is not acceptable.
In my opinion if the Islamic forex account strictly follows the guidelines mentioned in the description which include no interest accumulation and no swap or roll over fees then it would be permissible for a Muslim to engage in this particular form of trading.
In my opinion, it is important to have this Islamic forex trading officially recognized by a body of Muslim scholars who known for their expertise in Islamic finance and there should be an active board of Shariah advisors to oversee the transaction of this company that offers these Shariah compliant services to its clients because without the proper oversight it is very easy to stray from the principals and guidelines of Islamic Shairah.
Therefore, I conclude that in light of the information available about the Islamic Forex Account, it is permissible to invest and trade in Islamic forex trading.
And Allah knows best.

Mufti Ikram ul Haq
Fatwa Center of America
9 Safar 1433/ January 3 2012
komen-komen lain

Quote:
Originally Posted by zack fibonasi View Post
Aku sebenarnya malas nak masuk dah kat sini, tapi saudara ZAMM kita ni asyik taram hadis dan maksudnya sahaja contoh hadis ini

Sabda Rasulullah SAW:
ﻣﻦ ﺍﺣﺘﻜﺮ ﻓﻬﻮ ﺧﺎﻃﺊ، ﻭﰲ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﺃﺧﺮﻯ: ﻻ ﳛﺘﻜﺮ ﺇﻻ ﺧﺎﻃﺊ

maksudnya

Siapa yang membeli sesuatu barang dan menyimpannya untuk tujuan mendapatkan keuntungan disebabkan perbezaan harga,maka dia adalah salah...

(Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, j10-12, p.219 )

Berbagai tafsiran di buat untuk hadis ini, walaubagaimanapun al hadis berpendapat hadis ini menjurus kepada makanan asasi...seperti beras, tepung, gula......

Refer pages belakang dimana rasullullah telah mengarahkan sahabat untuk membeli kambing seekor dan sahabat telah menjual kepada nabi dengan harga 2 kali ganda....disini jelas berjual beli untuk keuntungan adalah diharuskan oleh islam.....rasanya ini dah jelas....apa yang penting sebarang urusan jual beli hindarkan dari riba....whualam
Quote:
Originally Posted by zack fibonasi View Post
Pokoknya jual beli matawang asing adalah di haruskan dalam islam.....jika kita kaji lebih mendalam dari cabangnya maka ada khilaf......adalah menjadi hak orang awam untuk memgikut mana......disertakan hadis di haruskan untuk berniaga berlandaskan keuntungan.....whualam

Terakhir, Jual Beli Bukanlah Riba

Sebagian orang beranggapan bahwa jual beli tidaklah berbeda dengan riba, anggapan mereka ini dilandasi kenyataan bahwa terkadang para pedagang mengambil keuntungan yang sangat besar dari pembeli. Atas dasar inilah mereka menyamakan antara jual beli dan riba?!. Alasan ini sangat keliru, Allah ta’ala telah menampik anggapan seperti ini. Allah ta’ala berfirman:

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لا يَقُومُونَ إِلا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (QS. Al-Baqarah: 275)

Tidak ada pembatasan keuntungan tertentu sehingga diharamkan untuk mengambil keuntungan yang lebih dari harga pasar, akan tetapi semua itu tergantung pada hukum permintaan dan penawaran, tanpa menghilangkan sikap santun dan toleran (disadur dari Fikih Ekonomi Keuangan Islam, hal. 87 dengan beberapa penyesuaian). Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyetujui tatkala sahabatnya Urwah mengambil keuntungan dua kali lipat dari harga pasar tatkala diperintah untuk membeli seekor kambing buat beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam. (HR. Bukhari bab 28 nomor 3642)

Jelas disini berniagalah asalkan tiada riba.

Jaminan /kemudahan (free interest)broker untuk trader memasuki pasaran, swap free....tranksaksi dalam masa 2 hari....insyaallah harus...whualam
Quote:
Originally Posted by putra1234 View Post
sila baca pulak apa yang den postkan sebelum ni.

bro juga boleh baca dari blog UZAR. http://www.zaharuddin.net/pelaburan-...x-trading.html

Imam Asy-Syafie pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan perak sebagai matawang. Malah beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Namun ulama mazhab Syafie berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyai ‘illahathman ( store value ). [9]

dari blog pakdi http://www.pakdi.net/islam-membenark...mas-dan-perak/

10. Ulama yang menyatakan hanya emas dan perak sahaja adalah matawang adalah Imam Abu Hanifah dan anak muridnya Imam Abu Yusuf, ulama mazhab Maliki seperti Ibn Nafi‘, al-Adawi dan Shaykh ‘Alish, ulama dari Mazhab Shafi’i seperti Imam Ghazali, Imam Nawawi, Imam Suyuti dan Imam Maqrizi, sebahagian ulama Mazhab Hanbali dan juga pandangan dari golongan tabi’in seperti Imam Mujahid dan Imam Nakha’i. Ulama semasa yang menyokong pendapat ini adalah Shaykh Ahmad al-Khatib, Shaykh ‘Abd al- Rahman al-Sa‘di, Ibn Badran, Ahmad al-Husayni, Shaykh al-Muti‘I, Shaykh Muhammad Amin al-Shanqiti, Taqi al-Din al-Nabhani, Muhammad Baqir al- Sadr, Muhammad Makhluf, Hassan Ayyub dan Nasir Farid Wasil.

bezanya, Uzar rumuskan, yang imam al-ghazali kata boleh samakan wang fiat dgn emas dan perak. http://www.zaharuddin.net/senarai-le...ang-emas-.html

Dari penerangan Imam Al-Ghazzali ini, jelas pendirian ekonomi Islam berkenaan matawang tidak kira ia dari jenis emas, perak atau kertas fiat adalah:-

a) Matawang mestilah hanya sebagai perantara bagi tranksaksi jualbeli komoditi sebenar sahaja dan ia sendiri BUKAN komoditi.



b) Matawang mesti menjadi panduan ukuran nilai sesuatu barang keperluan.

yang mana 1 betul? penerangan UZAR atau PAKDI tentang imam al-ghazali? dalam kitab ihya' ada disebut. nanti bro terjemahkan, insya allah bro boleh nampak.

cukuplah bagi den, bukti yang den tunjuk. rasanya, ni komen terakhir den kat sini.
Quote:
Originally Posted by putra1234 View Post
ni just for the sake of knowledge jelah bro zam.

tentang kisah saidina umar tu, dalam link uzar yang den tepek sebelum ni ada tulis.

ni den tepek lagi. harap bro zam baca dulu. dalam tu ada sumber rujukannya. den harap, bro zam baca sumber rujukannya juga, bukan percaya bulat2 apa yang UZAR cakap. http://www.zaharuddin.net/pelaburan-...x-trading.html

Keputusan untuk mengaplikasikan hukum emas dan perak ke atas wang kertas fiat ini adalah bertepatan dengan pandangan Umar al-Khattab. Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai matawang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam meminjam kerbau maka jatuh kepada riba.

seingat den, kulit unta. selain riba, masa tu ada yang tak setuju kerana nanti habis semua unta/kerbau disiat untuk jadikan wang. kat sini, kita boleh nilaikan sendiri, konsep matawang sebenar. simpan nilai.

yang ni pulak tentang komen imam malik, juga dari UZAR.

Demikian juga apa yang disebut oleh Imam Malik bin Anas :-

لو أن الناس أجازوا بينهم الجلود حتى تكون سكة وعين لكرهتها أن تباع بالذهب والورق نظرة

Ertinya : "Sekiranya orang ramai membenarkan sesama mereka untukmenjadikan kulit sebagai dibentuk menjadi wang, nescaya akan aku larang ianya dijual dengan emas dan perak secara tangguh"

ini yang jadi sandaran kepada ulama sekarang untuk qiaskan wangfiat sama seperti emas dan perak, sedangkan point paling utama adalah simpan nilai. den taknak cerita lebih lanjut tentang simpan nilai. ilmu ada dimana2, boleh dicari.

fulus secara rasminya dah digunakan pada masa khalifah malik bin marwan, sebelum imam shafie. bro boleh baca kat sini. http://www.islam.gov.my/muamalat/sit...16_Farizan.pdf

Walaupun terdapat pelbagai riwayat yang menyatakan beberapa
individu lain seperti Ibn al-Zubayr dan al-Hajjaj bin Yususf al-Thaqafi
adalah tokoh Islam yang pertama menempa wang Islam, namun
sejarawan sepakat menyatakan bahawa Khalifah ‘Abd al-Malik bin
Marwan merupakan individu pertama yang bertanggungjawab dalam
usaha menempa wang syiling Islam yang pertama dalam tiga jenis, iaitu
emas yang dikenali sebagai Dinar, wang perak yang dikenali sebagai
Dirham dan wang gangsa yang dikenali sebagai Fals.25

mukasurat 8.

yang ni pulak artikel dari world islamic mint, antara pejuang wang sunnah, pengeluar dinar dan dirham kelantan. http://www.islamicmint.com/news_arti...les/fulus.html

The Muslims since the time of the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, and his Companions, may Allah be pleased with them all, used three things in the main for currency: the gold dinar, the silver dirham and fulus, these latter originally being small copper coins of no higher denomination than half a silver dirham. This can be seen in any work of fiqh or history, and is documented in the admirably thorough Mawsu‘ah Fiqhiyyah – Fiqh Encyclopaedia” published as a massive forty-five volume set from Kuwait.

ikut artikel ni, fulus dah digunakan oleh muslim pada zaman rasulullah lagi.


Quote:
Originally Posted by Rafale View Post
Bro ini pendapat ahli MUI tentang kredit@pinjaman

MUI: Kredit itu Halal Bukan Riba

Selasa, 24 Januari 2012 13:36 WIB

REPUBLIKA.CO.ID, SOREANG - Menyoal permasalahan haram halal pada proses jual beli melalui kredit, Ketua MUI Kabupaten Bandung, KH Anwar Safiuddin Kamil menegaskan bahwa kredit diperkenankan dan jelas tidak haram. Kredit diperkenankan dan bukanlah riba bila melalui persyaratan-persyaratan tertentu.

"Kredit berbeda jauh dengan namanya riba," ujarnya dalam acara diskusi yang diselenggarakan FIF di RM. Kampung Sawah, Soreang, Selasa (24/1). Anwar menambahkan, kredit merupakan proses pembelian melalui cara berangsur-angsur. Kredit diperbolehkan jika antara pihak penjual dan pembeli tidak saling dirugikan.

Anwar juga menambahkan, jual beli kredit dibolehkan ketika terjadi kepastian harga dan tidak terjadi dua harga. Sejak awal keduanya menyepakati satu harga saja, tidak dua harga. Dua harga itu hanya pilihan di awal, sebelum transaksi disepakati.

Anwar juga sangat menyayangkan pihak LSM dan Ormas yang memprovokasi untuk berhenti melakukan kredit karena berseberangan dengan ajaran agama. "Tidak dibenarkan hal tersebut, karena tidak ada alasannya yang kuat," tambahnya.

Misalnya keduanya sepakat dengan harga bayaran, tambah Anwar, maka harga itu tidak boleh lagi diubah-ubah di tengah proses pembayaran, tidak boleh dinaikkan atau diturunkan disebabkan kreditnya lebih cepat atau lebih lambat.


Quote:
Originally Posted by panca_jati View Post
Assalamualaikum ... cuba fahami hadis 2 di bawah ini ... jangan jadi Tuhan yang suka menukar -nukar ayat2 Allah dan hadis2 nabi...jika anda menukar maksudnya.. bermakna anda telah buat syirik kepada Allah ,..iaitu SYIRIK TAKTIL...syirik menukarkan maksud atau ayat2 Allah atau hadis nabi saw..

JIKA DALAM HADIS KATA EMAS DENGAN EMAS ...PERAK DENGAN PERAK ....GANDUM DENGAN GANDUM...GARAM DENGAN GARAM...SYAIR DENGAN SYAIR... ITU SAHAJALA...TAK BOLEH MENUKAR MAKSUD HADIS ATAU MENYAMAKAN DENGAN LAIN...

WANG KERTAS LANGSUNG TAK SAMA DENGAN 6 KOMODITI DI ATAS ... MANA ADA DALAM HADIS WANG KERTAS...

DOSA SYIRIK TIDAK DI AMPUNKAN OLEH ALLAH KECUALI BERTAUBAT...ELAKKAN BUAT SYIRIK DENGAN MENYAMAKAN ATAU MENUKAR2 MAKSUD HADIS...

HADIS2 NYA :-


Hadits No. 853
Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah menjual emas dengan emas kecuali yang sama sebanding dan jangan menambah sebagian atas yang lain; janganlah menjual perak dengan perak kecuali yang sama sebanding dan jangan menambah sebagian atas yang lain, dan janganlah menjual perak yang tidak tampak dengan yang tampak." Muttafaq Alaihi.
َوَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ اَلْخُدْرِيِّ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( لَا تَبِيعُوا اَلذَّهَبَ بِالذَّهَبِ إِلَّا مِثْلًا بِمِثْلٍ, وَلَا تُشِفُّوا بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ, وَلَا تَبِيعُوا اَلْوَرِقَ بِالْوَرِقِ إِلَّا مِثْلًا بِمِثْلٍ, وَلَا تُشِفُّوا بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ, وَلَا تَبِيعُوا مِنْهَا غَائِباً بِنَاجِزٍ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ


Hadits No. 854
Dari Ubadah al-Shomit bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "(Diperbolehkan menjual) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sya'ir dengan sya'ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam, sama sebanding, sejenis, dan ada serah terima." Riwayat Muslim.
َوَعَنْ عُبَادَةَ بْنِ اَلصَّامِتِ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اَلذَّهَبُ بِالذَّهَبِ, وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ, وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ, وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ, وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ, وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ, مِثْلًا بِمِثْلٍ, سَوَاءً بِسَوَاءٍ, يَدًا بِيَدٍ, فَإِذَا اِخْتَلَفَتْ هَذِهِ اَلْأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ


Hadits No. 855
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "(Diperbolehkan menjual) emas dengan emas yang sama timbangannya dan sama sebanding, dan perak dengan perak yang sama timbangannya dan sama sebanding. Barangsiapa menambah atau meminta tambahan maka itu riba." Riwayat Muslim.
َوَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اَلذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَزْناً بِوَزْنٍ مِثْلًا بِمِثْلٍ، وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَزْناً بِوَزْنٍ مِثْلًا بِمِثْلٍ, فَمَنْ زَادَ أَوْ اِسْتَزَادَ فَهُوَ رِبًا ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ

.................................................. ......................

SERAH TERIMA DALAM PENJUALAN...FACE TO FACE ...UNTUK 6 KOMODITI RIBA SAHAJA...JELAS DALAM MAKSUD HADIS...BARANG2 ATAU PRODUK LAIN ... DI BOLEHKAN... TENTU ADA HIKMAH NYA...

ALLAH HU ALAM...

Last edited by Faizudin; 05-09-2012 at 12:01 PM..
Reply With Quote
  #10  
Old 15-02-2012, 07:35 PM
P_M_L P_M_L is offline
Active Member

P_M_L's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2009
Posts: 1,777
Poster Rank: #1858
Thanked 2 Times
Active Level
My Mood:
Default

fuh.. threaad hot malam ni, nnti ramai yang melenting ni
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 07:27 AM.


Copyright ©2000 - 2013, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE