PAMM-accounts service by InstaForex: find your investor or invest funds in successful traders by 1 click! Investments from $1 to $100000 by 1 click! To be a part of PAMM-system it’s just enough to have account with InstaForex. PAMM-traders and PAMM-investors, InstaForex welcomes you!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > TRADING ZONE, CLASSIFIEDS & MARKETPLACE > Classifieds & Advertisements > Others Classified

Others Classified Any classifieds that not suits the selling of products or services.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 11,281
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 7,000
0 Important Notice
Last Post: CariGold
Posted On: 08-10-2012
Replies: 0
Views: 22,571
More...
Reply
 
Thread Tools
  #21  
Old 13-02-2012, 09:29 AM
asemogreenwash asemogreenwash is offline
Newbies

asemogreenwash's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 32
Poster Rank: #20276
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by arul57 View Post
ingatkan produk ni dijual kpd org awam juga...rupanya urk komersil...
benda bagus mcm ni patut kena bg galakkan...
cuma nak biasakan guna sedikit air tu yg susah sikit....
selamat berjaya...
untuk komersil pon ada bos,tapi tempat terhad..satu kawasan satu je
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #22  
Old 13-02-2012, 09:47 AM
asemogreenwash asemogreenwash is offline
Newbies

asemogreenwash's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 32
Poster Rank: #20276
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Apai80 View Post
Saya memang berminat dgn biz ni, memang bidang saya. Tapi kosnya buat permulaan tinggi gak, kena cari suntikan modal dulu, kalau ada buat installment lagi elok, untuk yg betul2 serius la nak buat mende ni

Apa2 pun sampai masa, saya akan contact TT

ok bos,tp jgn lambat sgt,terhad satu kawasan tak boleh byk,satu je..if ada rezeki ada lah
Reply With Quote
  #23  
Old 13-02-2012, 09:53 AM
asemogreenwash asemogreenwash is offline
Newbies

asemogreenwash's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 32
Poster Rank: #20276
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Dah email detail,tp sapa yg suruh pm or dah pm tu sori xdpt pm,xcukup post..boleh pm email tuan2 nanti sy email detail
Reply With Quote
  #24  
Old 15-02-2012, 01:21 PM
asemogreenwash asemogreenwash is offline
Newbies

asemogreenwash's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 32
Poster Rank: #20276
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Asemo Green Wash kini berada di Melaka,Ampang,JB,Penang,K.Terengganu,Kuantan,Pekan ,dan Kedah
Reply With Quote
  #25  
Old 16-02-2012, 09:28 PM
asemogreenwash asemogreenwash is offline
Newbies

asemogreenwash's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 32
Poster Rank: #20276
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

bump for d day ...
Reply With Quote
  #26  
Old 17-02-2012, 03:50 PM
asemogreenwash asemogreenwash is offline
Newbies

asemogreenwash's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 32
Poster Rank: #20276
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Think green,Live green
Reply With Quote
  #27  
Old 18-02-2012, 02:43 PM
asemogreenwash asemogreenwash is offline
Newbies

asemogreenwash's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 32
Poster Rank: #20276
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Bump 4 2day..

come come
Reply With Quote
  #28  
Old 20-02-2012, 05:49 PM
asemogreenwash asemogreenwash is offline
Newbies

asemogreenwash's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 32
Poster Rank: #20276
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Bump 4 today
Reply With Quote
  #29  
Old 22-02-2012, 05:09 PM
asemogreenwash asemogreenwash is offline
Newbies

asemogreenwash's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 32
Poster Rank: #20276
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

KUALA LUMPUR: Air sisa basuhan daripada lebih 10,000 pusat cuci kenderaan yang dianggarkan beroperasi di negara ini, dikenal pasti antara punca pencemaran sumber air dan hidupan laut yang boleh menyebabkan kanser.

Ia berikutan penggunaan 'snow wash' mengandungi bahan kimia Linear Alkylbenzenes (LABs) tanpa sebarang sekatan atau larangan, malah hampir 95 peratus daripada pusat cuci kenderaan langsung tidak dilengkapi sistem aliran dan rawatan sisa air, sebaliknya terus disalurkan ke longkang atau sungai.


Kegiatan itu jelas melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 membabitkan sumber air di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar serta Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 membabitkan bekalan air terawat di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Berdasarkan kajian saintifik sejak 15 tahun lalu, air sisa cuci kenderaan disahkan mengandungi bahan kimia serta logam berat yang mengalir apabila bahan berkenaan disapu pada kenderaan dan boleh menanggalkan cat, kesan minyak hitam, tar serta minyak brek.

Jika pengusaha cuma menggunakan syampu kenderaan tanpa 'snow wash', kesannya tetap berbahaya kerana kedua-duanya dikategorikan bahan cuci industri berkuasa tinggi yang mempunyai lebih kuasa 'surfactants' dan mampu menyerap bahan pencemar organik, termasuk sisa minyak seperti gris dan lebihan minyak gear.
Pakar Forensik Alam Sekitar, Pencemaran Marin, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Mohamad Pauzi Zakaria, berkata kurangnya kesedaran dan sikap bertanggungjawab menguruskan lebihan air menyebabkan sisa basuhan dibiarkan mengalir ke longkang, sungai dan laut.

Beliau menyifatkan kesan penggunaan bahan kimia tanpa kawalan itu kini pada tahap sangat membimbangkan, sekali gus memerlukan pihak berkuasa melakukan sesuatu dengan segera, terutama kerana hasil laut adalah antara makanan utama rakyat negara ini.

"Sangat membimbangkan... kajian ke atas tisu kupang di beberapa kawasan perairan negara menemui bahan LABs, benzo (a) pyrene dan benz (g,h,i) perylene, iaitu sejenis hidrokarbon aromatik yang paling berbahaya kepada kesihatan manusia.

"Ia boleh menyebabkan kemusnahan sistem endokrin dan punca kanser kerana bahan karsinogenik adalah penyebab kanser. Situasi sama berlaku kepada hidupan laut lain dimakan manusia," katanya.

Tinjauan Berita Minggu mendapati kebanyakan pusat cuci kenderaan langsung tidak dilengkapi kemudahan sistem aliran air sisa, termasuk membiarkannya mengalir ke jalan raya, malah pekerja yang kebanyakannya warga asing juga langsung tidak tahu bahan yang digunakan.

Ketika ditanya jenis sabun mencuci kenderaan, pekerja terbabit memaklumkan mereka tidak tahu jenamanya, tetapi mengakui kaedah `snow wash' memudahkan kerja kerana mengeluarkan banyak buih.

Sepanjang kajian ke atas kesan sisa air basuhan kenderaan, saintis turut menemui kesan LABs yang sudah pun merebak ke Laut Cina Selatan dalam lingkungan 200 batu nautika, bahkan di Pulau Layang-Layang juga mempunyai kesan pencemarannya.

Kesan sama juga berlaku sekiranya orang ramai mencuci sendiri kenderaan di rumah kerana sudah pasti sisa basuhan mengalir ke longkang berdekatan.

Mohamad Pauzi menjangkakan dalam tempoh kurang 50 tahun akan datang, masalah itu menjadi lebih serius sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan cepat mengawal aktiviti di premis cuci kenderaan.

"Di Jepun, pemilik kenderaan akan didakwa sekiranya membasuh kenderaan di rumah. Mereka cuma dibenarkan mencuci kenderaan di premis khas yang mempunyai sistem rawatan air terpakai. Itu yang sepatutnya kita lakukan, bukan membiarkan aktiviti ini tanpa kawalan," katanya.

"Kebanyakan pusat cuci kenderaan mempunyai lantai bersimen, jadi sisa yang ditinggalkan langsung tidak ditapis tanah dan mengalir sepenuhnya ke longkang atau mana-mana kawasan rendah," katanya.

Bahan toksik pencuci kenderaan tak mudah larut

JIKA dianggarkan 50 peratus daripada kira-kira 10 juta pemilik kenderaan persendirian berdaftar di Malaysia mencuci kenderaan di pusat cuci sekali dalam sebulan, ia bermakna lima juta daripada mereka menyumbang kepada pencemaran air negara.

Itu belum dikira kenderaan perdagangan atau motosikal yang pasti menambah jumlah penyumbang pencemaran jika mengambil kira perangkaan jumlah kenderaan di negara ini yang dianggarkan mencecah 16 juta setakat pertengahan tahun ini.

Sudah pasti pemilik atau pengusaha premis cuci kenderaan, sama ada berdaftar atau beroperasi secara haram tersenyum lebar kerana dengan bayaran purata RM5 hingga RM10 setiap kenderaan dicuci, mereka boleh mengaut keuntungan lebih 50 peratus selepas ditolak kos bahan dan pekerja.

Sikap bermotifkan keuntungan semata-mata itulah yang menyumbang kepada peningkatan jumlah pesakit kanser di negara ini kerana bahan mencuci kenderaan digunakan, sebenarnya mengandungi bahan kimia berpunca daripada penggunaan 'snow wash'.

'Snow wash' atau takrifan saintifiknya 'surfactants' dan bahan pencuci yang mengandungi sisa LABs', sejenis sabun berbuih pekat disemburkan pada badan kenderaan dan digunakan hampir semua premis cuci kenderaan kerana mudah serta banyak buih berbanding sabun biasa.

Dengan purata setiap kenderaan dicuci menggunakan 20 liter air bercampur sabun, 40 peratus atau lapan liter daripada sisa air mengandungi bahan pencemar kental, bermakna jika lima juta kenderaan dicuci, ia akan menyumbang 40 juta liter sisa air tercemar sebulan.

Dalam tempoh 12 bulan, ia menyumbang 480 juta liter air tercemar hasil tanpa belum mengambil kira tempoh berkembangnya perniagaan cuci kenderaan yang dipercayai aktif sejak lebih 10 tahun lalu.

Dalam istilah kimia, bahan toksik itu dipanggil `hydrophobics' dan paling ditakuti kerana kekal dalam ekosistem untuk tempoh lama serta tidak mudah larut dalam air, sebaliknya dalam bahan organik seperti lemak atau lipid manusia jika terdedah melalui pernafasan, pemakanan dan sentuhan kulit.

Ia juga boleh dipindahkan dari satu organisme ke organisme lain melalui rantai makanan manusia.

Baki 60 peratus daripada air sisa itu pula bahan mudah dinyah bakteria dalam proses pereputan atau biodegredasi yang dipanggil 'hydrophillics' kerana mudah larut dalam air dan kesannya tidak begitu membimbangkan kerana tidak kekal lama dalam alam sekitar.

Saintis dan Pakar Forensik Alam Sekitar, Pencemaran Marin, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Mohamad Pauzi Zakaria, berkata kajiannya ke atas kerang dan kupang mendapati tisunya mengandungi bahan toksik berpunca daripada bahan tercemar dilepaskan daripada aktiviti cuci kenderaan.

"Sisa toksik itu akan kekal lama. Jika dimasak atau direbus dengan suhu paling maksimum pun, ia tak akan musnah, sebaliknya cuma beralih tempat. Bahan itu tak boleh dinyahkan, rebusan air cuma boleh membunuh bakteria," katanya.

Bahan tercemar organik dalam hidupan laut yang dimakan manusia akan masuk ke dalam tisu badan melalui tiga cara iaitu menumpang di tempat berair, berlemak dan berdarah mengikut keserasian sehingga ia dikeluarkan semula secara perlahan-lahan sebelum masuk ke otak.

Tindakan pemilik membasuh tayar kenderaan menggunakan pam air berkuasa tinggi juga menyebabkan pencemaran kerana setiap tayar kenderaan disahkan mengandungi sulfur serta bahan kimia Mobt (-2-(4-Morpholinyl)-Benzothiozole).

Apabila tayar kering terkena tembakan air, Mobt semakin cepat mengalir keluar dan bercampur sisa basuhan lain, tetapi air basuhan enjin kenderaan lebih berbahaya kerana semua sisa akan bercampur dengan pelbagai jenis minyak enjin.

"Pihak berkuasa yang meluluskan lesen premis cuci kenderaan perlu memainkan peranan dengan mengarahkan sistem rawatan air sistematik diwujudkan bagi mengurangkan pencemaran. Kenapa kilang diwajibkan ada sistem rawatan sisa air, sedangkan pusat cuci kenderaan dibiarkan.

"Mungkin ramai tidak sedar, jika air sisa basuhan kenderaan itu direbus dan diminum cuma setitik, mereka yang meminumnya akan disahkan menghidap kanser dalam tempoh 24 jam selepas itu," katanya.

Patuhi syarat buang sisa sebelum dapat lesen

LEMBAGA Urus Air Selangor (Luas) yang bertanggungjawab memulihara dan menjaga sumber air di Selangor menyarankan satu garis panduan digubal untuk perniagaan cuci kenderaan yang antara lain boleh mengawal pencemaran berpunca daripada aktiviti terbabit.

Ia termasuk menetapkan lokasi dan waktu perniagaan sesuai serta pengurusan air buangan sebagai syarat yang harus dipatuhi sebelum lesen perniagaan dikeluarkan.

Ketua Penolong Pengarah Luas, Nor Zamri Sondor, berkata selain mengeluarkan lesen, pihak bertanggungjawab juga perlu menjalankan pemantauan secara berkala bagi memastikan pengusaha premis cuci kenderaan tidak melanggar syarat ditetapkan.

"Perlu disedari kebanyakan premis cuci kenderaan beroperasi dalam skala kecil dan kebanyakannya tanpa kebenaran. Pihak yang mengeluarkan lesen perniagaan mesti lebih tegas dan sentiasa memantau perkembangan perniagaan berkenaan.

"Pengusaha mesti dipastikan bertanggungjawab menjaga sumber air dan alam sekitar, termasuk mempunyai kaedah rawatan air sisa dari premis masing-masing menggunakan kaedah yang ditentukan pihak berkuasa dan kos rawatan ditanggung pemilik premis," katanya.

Bagi pencemaran sumber air, ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, manakala di Selangor, ia di bawah bidang kuasa Luas melalui Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

Merujuk takrifan pencemaran sumber air mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, boleh dikatakan pengusaha premis cuci kenderaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pencemaran yang berpunca daripada aktiviti mereka kerana tidak menyediakan sistem rawatan dan pelepasan sisa secara tidak terkawal.

Bagi Selangor, Nor Zamri berkata, pemilik pusat cuci kenderaan perlu mendapatkan kebenaran Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menggunakan air terawat dan kebenaran Luas bagi menggunakan air bawah tanah atau air permukaan seperti sungai dan kolam.

"Tidak dinafikan, kebanyakan rakyat Malaysia jarang menghargai nilai semula jadi, kurangnya perasaan sayang pada alam sekitar, melanggar undang-undang, sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata. Ia memburukkan pencemaran sedia ada," katanya.

Luas yang bertindak sebagai urus setia kepada Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran Lembangan Sungai dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan teknikal lain kini giat memantau dan menangani aktiviti yang boleh mencemarkan sumber air.

Selain program meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan sumber air dan penjagaannya, agensi itu menganjurkan Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak dan Program Qua-Qua LuasU.

Kesimpulannya, disebabkan selesa dengan bekalan air mencukupi dan tidak pernah terbayang air akan berkurangan atau tidak boleh digunakan akibat pencemaran kritikal, masyarakat tidak sedar pentingnya menjaga sumber air.

Pekerja terdedah risiko bahan kimia berisiko

PENGGUNAAN sabun dan syampu kenderaan mengandungi bahan kimia tanpa langkah pencegahan keselamatan termasuk tanpa menggunakan sarung tangan dan topeng muka, turut mendedahkan bahaya kesihatan kepada pekerja pusat cuci kenderaan.

Tinjauan Berita Minggu di beberapa premis cuci kenderaan sekitar Kuala Lumpur mendapati setiap premis mempunyai sekurang-kurangnya lima pekerja, tetapi tiada seorang pun memakai sarung tangan getah dan topeng muka.

Tanpa perlindungan itu, mereka dilihat kerap mengisi semula bekas sabun atau syampu ke dalam botol kecil serta mencuci kenderaan menggunakan tangan yang kemudian langsung tidak dibersihkan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, berkata penggunaan 'snow wash' dan syampu kenderaan bukan setakat mencemar alam sekitar, tetapi boleh mengakibatkan pelbagai penyakit lain kepada pekerjanya.

"Pekerja premis ini patut menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Jika diperhatikan, amat ketara sikap pekerja yang memandang remeh soal kesihatan, sedangkan mereka terdedah kepada bahan kimia setiap hari.

"Kami sendiri percaya bahan yang digunakan dalam 'snow wash' memang berbahaya. Jika ia boleh menanggalkan kesan cat dan minyak pada badan kenderaan, sudah tentu ia boleh memudaratkan badan manusia," katanya.

Sambil meminta majikan pusat cuci kenderaan mewajibkan pekerja mereka memakai topeng muka dan sarung tangan seperti pekerja ladang setiap kali menggunakan bahan kimia, Mohamed Idris berkata, tidak kurang 500 pusat cuci kenderaan, termasuk premis haram beroperasi di Pulau Pinang.

"Kebanyakannya dibuka di kawasan perumahan kerana permintaan tinggi. Boleh dikatakan, setiap kawasan perumahan kondominium dan apartmen mesti ada sekurang-kurangnya sebuah pusat cuci kenderaan. Memang ada juga yang berlesen dan beroperasi di stesen minyak, tetapi jumlahnya rendah.

"Sudah tentu mereka membiarkan air sisa mengalir ke longkang tanpa dirawat. Saya menyokong sekiranya pihak berkuasa tetapkan garis panduan bagaimana mereka boleh beroperasi tanpa menyumbang kepada pencemaran alam," katanya.

Aktivis alam sekitar, Datuk Dr Salleh Mohd Nor, menegaskan isu itu pernah dibangkitkan dalam satu konvensyen alam sekitar tetapi sehingga kini tiada peraturan khusus digubal, termasuk mewajibkan air sisa dari pusat cuci kenderaan dirawat sebelum dialirkan ke sistem saliran dalam keadaan bersih.

"Jabatan Alam Sekitar (JAS) patut merangka peraturan khas. Kita ada alternatif guna pencuci berasaskan bahan organik dan mesra alam seperti produk berasaskan kelapa sawit," katanya.

Beliau turut mencadangkan orang ramai lebih rajin membasuh sendiri kenderaan mereka kerana ia jelas menjimatkan air
Reply With Quote
  #30  
Old 22-02-2012, 05:36 PM
asemogreenwash asemogreenwash is offline
Newbies

asemogreenwash's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2012
Posts: 32
Poster Rank: #20276
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Asemo Green Wash SDN BHD menawarkan pakej bisnes untuk memulakan perniagaan yg lengkap di bawah Skim Usahawan Asemo Green Wash dengan modal yg rendah,hubungi kami untuk melihat demo dan keterangan lanjut
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Tags
bisnes

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 07:05 PM.


Copyright ©2000 - 2013, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE