BTC USD 62,433.7 Gold USD 2,387.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SiggyFC WEEKLY GAME ~ 14.4.2012, 8.30 pagi Karnival @ Ferro Futsal, Subang Jaya !!!

pilih lokasi, tarikh dan masa pilihan anda


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

akmal_tawau

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,179
Paid Membership
Joined
May 7, 2009
Messages
20,179
Reaction score
238
Points
123
Assalamualaikum semua......

KEPADA YANG BERMINAT NAK IKLAN SAMBIL SPONSOR KARNIVAL FUTSAL SIGGYFC 14/4/12, SILA KE THREAD INI

HEADER NOTE : Sementara nama dan penubuhan CGFC belum mendapat permission dari Carigold.com, kita guna nama SiggyFC untuk Futsal / Bola padang

Setinggi penghargaan untuk SEMUA !
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Sejurus wisel penamat perlawanan akhir FBS-SIGGY FC KARNIVAL FUTSAL TERTUTUP 2012 @ Ferro Futsal, Subang Jaya semalam (14.4.2012), saya adalah orang yang PALING gembira!

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi kejayaan kepada penganjuran karnival tersebut.

Setinggi penghargaan saya ingin rakamkan kepada:
1. Penaja utama karnival, FBS (Tamingsari, Izad, Zerotech, Diablo dan beberapa yang lain)
2. Penaja T-shirt, Asia Herbs, Al-Waliq (En. Mesir).
3. Penaja makan tengahari, Nasi Ayam Malaysia, OVOYAS (Karl Azhar dan rakan2).
4. Penyumbang duit tunai (Kayos).
5. Penyewa Avatar dan Siggy, Gnola, Adar, kehidupan, Remedy Karung Guni dan AyaLa.
6. Carigold.com, platform pertemuan.

Sekalung terima kasih kepada:
1. Pasukan AJK saya yang diketuai oleh Takumie (hemorrhage, zaqwsx, AfifDaud, Notrexdame dan Heaven).
2. Puteri23 dan pasangan.

Salam rakan dan sahabat.
1. Kepada SEMUA member CG yang saban minggu memeriahkan weekly game/friendly game dan seterusnya menghadiri Karnival.

Setup awal bermula sejak game pertama futsal di lokasi tetap (Tonga De Futsal) 10.12.2011. Sejak itu permainan mingguan berterusan hinggalah kemuncak pada hari karnival semalam. Karnival BUKAN
Segalanya! Seperti yang saya pernah maklumkan sedari awal, aktiviti futsal ini adalah aktiviti riadah sesama CGrian dan sebagai acara gathering santai sambil menyebarluaskan rangkaian rakan dan persahabatan.

Tahniah kepada pasukan-pasukan yang memperolehi kejayaan, sesungguhnya TIADA yang menang atau kalah. Semua adalah wira kerana sudi memberi komitmen untuk hadir.

Selesai karnival ini juga, saya dengan rendah diri memohon maaf kepada SEMUA di atas kelemahan dan kekurangan sejak 1st game weekly hinggalah ke karnival semalam.

Dengan ini, saya secara rasmi menyerahkan segala urusan permainan mingguan SiggyFC kepada pelapis-pelapis, memandangkan selepas ini saya akan pulang ke Tawau, Sabah dan nak beri masa lebih untuk 5 orang permata hati saya dan permaisuri tersayang…
Wassalam.


PENGUMUMAN PENTING !
SEMUA KAPTEN (GOALKEEPER) DIMINTA MAKLUMKAN SEMUA PEMAIN PASUKAN MASING2 SUPAYA BERADA DI VENUE KARNIVAL SEPERTI DETAIL BERIKUT:
TARIKH : 14.4.2012 (SABTU)
JAM : 8.30 PAGI
TEMPAT : FERRO FUTSAL, SUBANG JAYA
map.jpg


Player-player SiggyFC sila MAKLUM, tarikh akhir membuat bayaran penyertaan Karnival Futsal SiggyFC SEBELUM/PADA 24/3/12.Sila hubungi Bendahari (hemmorrhage) atau Timb. Bendahari (heaven) untuk urusan pembayaran.


DETAIL MESYUARAT KALI KE-3
18/2/10

KETETAPAN MESYUARAT:
1. Mesyuarat bersetuju memilih 14 APRIL 2012 sebagai tarikh KARNIVAL FUTSAL CG 2012, TIDAK memilih undi MAJORITI atas faktor menghormati dan menyapport kenduri kahwin CG member PERTIWI yang kebetulan jatuh sama tarikh 31/2/12.
2. Memandangkan Karnival TIADA LAGI SPONSOR, mesyuarat sebulat suara bersetuju menetapkan jumlah bayaran penyertaan seeorang kepada RM20. (sebelum ni ditetapkan RM10 seorang, sesiapa yang dah bayar RM10 diminta topup lagi rM10). TARIKH AKHIR bayaran SEBELUM 31 MAC 2012.
3. Mesyuarat akan memutuskan senarai nama AJK penuh untuk KARNIVAL FUTSAL 2012 untuk pembahagian tugas-tugas. Takumie diberi kuasa untuk melantik senarai AJK untuk sama2 membantu dan menjayakan Karnival dengan lebih tersusun.
4. Sebagai langkah berjimat cermat dan sama-sama belajar mendalami PERATURAN2 Futsal, PERTIWI bersetuju menurunkan ilmu kepada player2 CG yang berminat ( 2 orang setiap team ), untuk jadi REFEREE. Referee tu nanti akan bergilir-gilir mengadili perlawanan sepanjang Karnival.


UPDATE Rutin game 18/2/12. Tahniah dengan keunculan team ke-5 CG Futsal (HITAM). Kalau sebelum2 ni hitam biasanya adalah team untuk lawan friendly, kali ni CG Futsal dah ada team HITAM sendiri. TAHNIAH untuk semua yang bertungkus lumus dan tanpa mengharap apa imbuhan terus-menerus mempromote CG Futsal sehingga terbentuknya team ke-5. Dengan ini juga bermakna jumlah kehadiran keseluruhan CG Futsal semakin bertambah!
Game malam tadi seperti biasa (start lewat 20 minit-hilang satu game) harap lain kali lebih Punctual....
Keputusan penuh, Juara - Merah, Ke2 - Putih, Ke3 - Hitam, Ke4 - Biru, Ke5 - Kuning. Tahniah kepada yang menjadi juara dan TAHNIAH kepada semua yang hadir!


minit Mesyuarat 2.0 CGFC, 28/1/12
(11.30mlm-1.00pagi)
Port biase
(ahli & ajk yg hadir : akmal, notrexdame, alonso, takumie, heaven, suprol, azrulazman, Arepiz, Kayos, Amwan, buddy, TXT)

Keputusan Mesyuarat:
1. Tournament tertutup CGFC dijadualkan akan diadakan sekitar penghujung bulan Mac 2012 - awal April 2012. Satu thread khas akan dibuka utk tujuan poll pemilihan tarikh, tempat dan masa tournament.
2. Sehingga masa tournament tersebut dijadualkan, diharapkan lebih ramai CGrian yang joint, sehingga berjaya membentuk 6-8 pasukan (setiap pasukan 8 orang player).
3. Bayaran jersi RM35 seorang telah mula dikutip, seramai 9 orang telah membuat bayaran dan dikumpul oleh saudara Notrexdame (total setakat mlm ni, RM315). Kepada yang belum bayar, boleh membuat bayaran pada setiap minggu game simulasi dengan nyatakan SAIZ, Nombor Pilihan dan NAMA nak tulis.
4. Sumbangan dari CG akan dipohon setelah tarikh dan masa Tournament dipilih dan pasukan yang akan joint mencukupi.

[/COLOR]


DETAIL MESYUARAT CGFC
19/1/2012 (khamis)
Kehadiran : akmal_tawau, notrexdame, heaven, hemmorrhage, hirman, azrulazman, kayos & zaqwsx.
Jam 12 mlm - 2 pagi (meetingnya jam 1.30-2.00 pagi je, sebelum2 tu gossip je banyaknye)
Keputusan Sebulat suara yang telah dicapai adalah seperti berikut:

1. Tournamnet tertutup CGFC akan hanya diadakan apabila ramai ahli2 yang selalu datang game mingguan dan akan cuba mencapai 6 pasukan. (setakat ni baru ada 4 pasukan dan kehadiran ahli masih ada lagi yang ON/OFF).

2. Untuk merancakkan lagi game mingguan antara 4 team, setiap player diminta sediakan RM35 untuk beli jersi (siap print nombor/nama) yang akan diuruskan oleh Heaven dan Hemmorhage. Masa diberi selewat-lewatnya sebulan dari sekarang. (lagi cepat lagi bagus)

3. Untuk tujuan penajaan CGFC daripada Carigold.com, 1 kertas kerja akan disediakan
dan akan diusulkan kepada CG. Kertas kerja akan disediakan oleh Notrexdame dan Takumie.

4. Perlawanan friendly CGFC dengan team2 luar akan diadakan dari masa ke masa bagi menguji tahap dan hasil peningkatan dari game mingguan.

keputusan penuh 1st Friendly
CGFC (17) VS Ntfa Strike FC (27)
19/1/2012, Tonga De Futsal
oleh : Suriani Omar
Perlawanan bermula tepat jam 11.00 malam penuh ceria dan bergaya seceria kaler court kuning. CGFC bermula garang dengan gol2 'tonjol' awal sekalipun goallie utama CGFC terpaksa dipikul oleh Tn Suprol. Kelincahan CGFC akhirnya merudum setelah nafas 'hilang' entah ke mana akhirnya terkincit2 merelakan gol demi gol di di tonjolkan ke gawang CGFC. Keseluruhannya, faktor nafas, fitness, kecekapan teknikal menyebelahi pasukan lawan (rata2 berusia belasan dan awal 20-an) dan permainan berpihak kepada mereka dengan jaringan penuh, CGFC (17) dan Ntfa Strike FC (27).


Keputusan Penuh 5th Game
14/1/2012
Juara : Putih
Naib Juara : Merah
Ke-3 : Biru
Ke-4 : Kuning[/B]
Aksi mendebarkan pada perlawanan akhir Putih VS Merah. 10 minit pertama kedudukan terikat 1-1. Hanya pada minit ke 13 pasukan putih menggandakan asakan untuk menutup perlawanan dengan jumlah jaringan Putih (4) dan Merah (2)
KEPUTUSAN PENUH
3rd GAME
TARIKH : 1/1/2012-ahad
Jam : 9-10 malam
Tempat : TONGA DE FUTSAL, seri kembangan
Court : Biru (1 jam) & merah (2 jam)
JUARA BERTAHAN : TEAM PUTIH
IMG_2951_Edited_Edited.jpg

KE DUA : BIRU
IMG_2954_Edited_Edited.jpg

KE TIGA : MERAH
IMG_2956_Edited_Edited.jpg

KE EMPAT : KUNING
IMG_2957_Edited_Edited.jpg


Pasukan Putih berjaya mengekalkan juara setelah membenam Biru pada perlawanan akhir. Biru awalnya dilihat berkemampuan memberi kejutan tersentak dengan gol awal pada usia permainan baru 3 saat!. Bagaimanapun pujian hars diberikan kepada Biru kerana berjaya menunjukkan kualiti permainan yang menarik dan telah berjaya merangkul tempat ke2 keseluruhan.
Pasukan Merah yang masih dibelenggu kekurangan pemain akibat pemain bintang mereka mengalami kecederaan dan balik kampung (aci ke macam nih) terpaksa bertungkus lumus menewaskan Kuning bagi memastikan menghuni tempat ke3. Sementara itu pasukan Kuning yang juga beraksi menarik, namun banyak peluang-peluang gagal disempurnakan menyebabkan akur di tempat ke4.
sedikit komen hasil tinjauan pendudk sekitar Seri Kembangan terhadap game malam tadi 1/1/2012.

1. 'Itu team putih ha memang bags wooo, manyak olang latang main. jadi main talak pancit. macam ketai saya, taya pancit memang banyak, it tanda olang lamai latang'- ah seng 24, pekerja kedai motor Terus Maju.

2. 'saya rase peluang semua team seimbang. cuma yang memberzakan persefahaman dan starategi setiap mereka. macam team putih ada manager yang bagus organize setiap game. maybe team lain kena ambil contoh' -siti halimah 21, pelajar kolej swasta.

3. 'lain kali main saya ingat dia worang mesti main bagus juga...ini baru 3 kali jumpa macam mana mau serasi, lagi kasi 3-4 kali jumpa sudah wokey punyaa'-N.Surendren 45, pekerja petrol pum Esso.

4. 'saya susah nak komen sebab kehadiran pemain masih belum seimbang'-En. Amir 54 CEO Bersatu Setia Sdn Bhd

5. 'baguslah ada aktiviti sihat macam ni sekurang2nya dorang tak dah boring duk rumah tak tau nak buat ape' Zainuddin 32, pekerja Gim

6. 'Pasukan Putih sebenarnya main biasa-biasa aja. Saya rasa mereka hanya menang nasib gitu....'-ujar Tukang jaga Court Tonga De Futsal.


2nd GAME 24/12/2011
JUARA : TEAM PUTIH
KE DUA : KUNING
KE TIGA : BIRU
KE EMPAT : MERAH

MORE PICTURE PAGE 170
combined.jpg


Untuk futsal kali ke-2 nih, kita buat sedikit perubahan, supaya lebih rancak a menarik (cdgn tambahan dialu2kan):
1. team dah bahagi siap2, mengikut warna jersi. at least 4 team akan dibentuk, (merah, putih, biru dan kuning, setiap team sekurang2nya 7 orang player)
2. team akan diketuai oleh sorang goal keeper.
3. tempahan 2 court serentak untuk 1 jam, perlawanan timbal balik atara 4 team setiap 20 minit. (kalu ramai, 10 orang 1 team, jumlah semua 40 orang, boleh tempah untuk 2 jam setiap court, atau option 1 court 2 jam, 1 court 1 jam) -1 jam sewa rm100, kalu blh sorang bayo sekitar RM10 jer...

SENARAI NAMA AKAN dirombak melalui Mesyuarat CGFC kelak.
first of all, sy ucapkan terima kasih kpd semua yg dtg. terharu sbb ramai yg datang dan memeriahkan futsal even duk jauh sanggup datang. seronok sgt sbb semua 1st time sy jumpa.
mohon maaf sekiranya banyak kekurangan arrangement kali ni. insyaallah lain kali kita perbaiki lagi...
siapa nama ambik gambo/tuan punya kamera td blh update gambar2, nnt post kt depan utk tatapan/kenangan.
LOVE U GUYS...
p/s
-jumlah yg datang tadi 27 CGrian
-Duit collect semua ada RM320.(bayaran RM250, balance rm70)
-jgn lupa peminat bola padang insyaallah plan 17/18 disember ada game.
-dijemput ramai2 joint CGFC-FB

IMG_1414_edit_resize.jpg
[/B]


Berdiri dari KANAN - aut05urf,afif daud,suprol,ariffx, pertiwi,megatf, azrulazman,trojon,jasonbournekillspy,hirman,pipfx,smart molek,azzuri200,zaqwsx,cousin azzuri200
Duduk dari KANAN ,azrano,TXT,killboy,notrexdame,akmal_tawau,horras,hemmorrhage,kraem,bijan125,khairilhusni,
Duduk paling DEPAN - heaven
TIADA DALAM GAMBAR-takumie (jurugambar), buddy (balik awal)
IMG_1418_edit1.jpg

Duduk paling KANAN - takumie
MORE PICTURES PAGE 80


Detail Game Futsal CGFC:
tarikh: 10/12/2011
hari: sabtu
jam: 9-11 malam GELANGGANG HIJAU
lokasi: TONGA DE FUTSAL (equine park, berhampiran Pasar Borong Selangor Seri Kembangan)

LOKASI TONGA DE FUTSAL
En. Azmin (0193901400)

http://wikimapia.org/18098215/Tonga-De-Futsal
map2.jpg


Saya buka thread ni lanjutan dari kegemparan CGFC menjinakkanTNBFC...Pada pendapat saya elok dipecah-pecahkan CGFC ikut zon/negeri untuk membanyakkan lagi aktiviti untuk member sekitar.Lepas ni blh create CGFC ikut zon masing2.Bila dah ada korum kita aarrange sesi latihan 1-2 kali seminggu. Bila dah cukup blh arrange lawan friendly. At last kita gabung antara CGFC semua zon untuk kumpul best of the best utk bentuk team CGFC A...

Cadangan tambahan dialu2kan...sila2, thread ini KITA punya...
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register