APAKAH hukum membaca al-Quran digital tanpa mengambil wuduk terlebih dulu?
Jawapan
Membaca al-Quran tidak disyaratkan sah bacaannya dengan wuduk, ertinya harus membaca al-Quran tanpa wuduk. Pertikaian timbul soal adakah wajib berwuduk untuk memegang al-Quran.
Perbezaan pandangan ini bermula daripada tafsiran ayat 79 surah Al-Waqi’ah iaitu: “Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci”.
Ada ulama mengatakan ayat ini dalil wajib berwuduk apabila hendak menyentuh al-Quran dan ada yang berpandangan maksud suci dalam ayat itu adalah malaikat dan ia berlaku di Loh Mahfuz.
Hukum fiqah menggalakkan pembaca mengambil wuduk untuk menyentuhnya, namun ia hanya pada al-Quran mashaf dan tidak termasuk al-Quran digital.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE