BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Negara2 di zon euro dikhuatiri berpecah?

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Ia bermula dengan nama European Economic Community pada 1958.
Tukar nama kepada European Union pada 1993.
Pada 1999, nama Eurozone diperkenalkan - kawasan di Eropah di mana matawang baru Euro digunakan.
Mereka buka sempadan - tak pakai passport nak gerak dari satu negara ke sebelahnya.
Adakan satu bank pusat, European Central Bank atau ECB, yang keluarkan statement dan policy untuk semua negara tu semua.

Matawang kedua terkuat di dunia masa itu selepas US Dollar, Deutsche Mark yang digunakan di Jerman, dimatikan. Juga dimatikan ialah French Franc dan Italian Lira. Semua pakai Euro.
Yang bangkang ialah Britain - tetap gunakan Pound Sterling.

Switzerland walau di Eropah pun kata podah! Masih gunakan Swiss Franc.
Dan beberapa negara lain yang masih terus nak gunakan matawang masing-masing.

Atas kertas, cantik sungguh pelan ini. Menyatukan hati, agar semua dapat gerak dengan bebas, perdagangan dibuka luas!

Sehingga kita yang di Asean pun ada yang angan-angan. Kita adakan AseanDollar misalnya, buka sempadan dan adakan perdagangan bebas. Tak 'yah pakai passport.

euro.jpg


TAPI hampir dengan cepat isu timbul, sebab jika kamu buka sempadan, bukan orang yang jual sayur dan furniture serta wine dan kereta saja yang dapat bebas jual di semua negara di Eurozone ni.

Perampok dan penjual dadah pun bebas lari ke sana sini! Aku rompak dan jual dadah kat Jerman, bila dah hot dan polis cari, aku naik kereta saja masuk Portugal dan mula 'business' di sana!
Kemudian aku pindah pula ke Holland atau Slovenia dengan mudah!

DAN jadi problem bila orang dari negara Arab Mediterranean (Libya, Algeria, Egypt) atau negara Eropah miskin (Bosnia, Albania) yang bukan member dapat seludup masuk. Misalnya jika mereka berjaya seludup masuk ke Italy, mereka bebas naik kereta atau bas terus cari kerja di Spain atau Luxembourg.
Macam mana kamu nak track pergerakan beliau?

SEBAB tu Asean jangan terus setuju nak buka sempadan tanpa passport ni.

ecb.jpg


SEJAK beberapa bulan ni kecoh Eurozone sebab hutang Greece - kerana ia menggunakan Euro (dah lama buang matawang Drachma) - menggoncang 23 negara yang menggunakan Euro.
Dan lepas tu merebak pula hutang ni ke Ireland, Portugal, Spain. Kini Italy goyang dan France pun tak stabil.

Ia terjadi kerana perkahwinan negara kaya dengan negara miskin akibat nak buka perdagangan melalui Eurozone dan Euro ni.

Jadi jika kita adakan Aseanzone, lalu kita masukkan CLMV countries - empat ekonomi paling lemah - Cambodia, Laos, Myanmar, Vietnam. Lepas tu kita campur Timor Leste yang gian nak masuk Asean, jadi problem beb.
Sebab perkembangan ekonomi, pelajaran, dan kekuatan matawang semua lain-lain.

ECB antara kerjanya ialah kawal inflasi. Tapi inflasi di Germany dan France (the two biggest economies of Eurozone), takkan sama dengan inflasi di negara kecik Malta dan Slovenia? Atau Greece dan Portugal?

Jika 'Asean Central Bank' esok kata nilai 'AseanDollar' ialah US$1 = Asean$3 (misalnya), pengsan negara CLMV tak mampu nak export barangannya! Mungkin tak mampu nak import barang seperti TV, kereta.

ITULAH secara ringkas masalah Euro dan Eurozone ni.
Mereka gunakan satu policy saja sedangkan pembangunan ekonomi, pelajaran, barangan yang nak dijual berbeza jauh!
Sayur dari Cyprus dan Slovakia, kereta Merc dan Porsche keluaran Jerman.
France nak export barangan jenama Hermes, Louis Vuitton dan YSL, tapi ada mamat kat Ireland nak jual lembu saja.

Jadi interest rate - yang jejas Euro rate - ikut rentak siapa? Negara yang miskin dalam Eurozone? Atau negara kaya dalam zone itu?

Negara kaya seperti German tak banyak hutang, tapi Greece, Portugal, Ireland banyak hutang. Tentu cara selesaikannya berlainan.
Tapi tak boleh, sebab mereka semua kena dengar satu suara saja - dari European Central Bank! Sebab gunakan hanya satu saja matawang, Euro!

ITULAH yang menyebabkan masalah besar mereka kini.
Yang buat kita semua pening.

Nampaknya Eurozone akan berpecah dua - one for the richcountries, one for the poorer one.
 
bguih la brpecah...

aman skit dunia..
 
germany negara yg paling lost sebab joint EURO:eek::eek:
 
in my opinion, mereka hnya nk menjauhkan lagi jurang antara yg kaya ngn miskin(simbolik yg terselindung)..
 
ini akibat bila dalam sistem EU terdapat negara korupsi dan lemah menumpang sama. negara yang kaya dan maju dalam EU pun boleh menjunam dan melingkup sekali.
 
Isu ni kalau baca sejarah balik, jumpa, tak jauh mana......

Federated Malay States

Unfederated Malay States

Straits Settlement States


.....
 
"Perampok dan penjual dadah pun bebas lari ke sana sini! Aku rompak dan jual dadah kat Jerman, bila dah hot dan polis cari, aku naik kereta saja masuk Portugal dan mula 'business' di sana!
Kemudian aku pindah pula ke Holland atau Slovenia dengan mudah! "

ini mmg satu kemudahan terbaik untuk perjenayah. senang sikit mereka nak bergerak. :))
 
bagus artikel ni tapi ada beberapa info yg kurang betul. Aku secara keseluruhannye sokong kesatuan eropah ni. Katakan negara arab semua maju sudah pasti diorang akan pakai sistem eurozone ni. Dgn kesatuan eropah ni diorang cube bersatu, bile lemah sama2 lemah, bile kuat sama2 kuat, aku rasa itu yg diorang fikir.
 
Back
Top
Log in Register