PAMM-accounts service by InstaForex: find your investor or invest funds in successful traders by 1 click! Investments from $1 to $100000 by 1 click! To be a part of PAMM-system it’s just enough to have account with InstaForex. PAMM-traders and PAMM-investors, InstaForex welcomes you!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Multi Level Marketing / Partnership / Business Opportunities > MLM Local Registered Companies (With AJL)

MLM Local Registered Companies (With AJL) Registered ROC & ROB companies with AJL certificate attached.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 11,252
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 6,981
0 Important Notice
Last Post: CariGold
Posted On: 08-10-2012
Replies: 0
Views: 22,553
More...
  #1191  
Old 26-04-2012, 12:08 PM
ejalmlk ejalmlk is offline
Well-Known
Member

ejalmlk's Avatar
 
Trader Rating: (20)
Join Date: Aug 2008
Posts: 9,793
Poster Rank: #237
Thanked 40 Times
Active Level
My Mood:
Default

Rasai lah kehebatan AMWAY ..... Sebarang pertanyaan boleh bertanya terus kepada saya .. 0166463158 edjal
__________________


Agent AMWAY yang SAH ( 0166463158 ) sila sms/call terus untuk dapatkan barangan AMWAY
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #1192  
Old 28-04-2012, 06:55 PM
spawn spawn is offline
Normal Member

spawn's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2008
Posts: 185
Poster Rank: #8964
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default salam bersalaman

Salam,
Maaf menyampuk, dah lama tak berforum...

Soalan tadi tu, kenapa kalau barang tu bagus sangat tak dijual secara konvesional.. jawapannya mudah.

1. Cer tengok misi Amway yang ada 4 tu.. Freedom,Family,Hope dan Reward.Kat situ dah ada jawapan sekiranya ada lihat dari pelbagai sudut. Dah terang lagi bersuluh konsepnya..

2. Cer pikir plak, konsep konvesional tu.. banyak yang bertitle monopoli..dan lebih kepada margin keuntungan berserta profit. sebab itu kat pasaran terlalu banyak produk dari china, semata2 murah tapi takde kualiti.

3. Cer dalami plak,apa yang aku katakan ni, sampai bila nak jadi user/pengguna jika ada pilihan sebagai constributer/penyumbang kepada manfaat org lain. jgn lupa tentang indahnya sikap penyumbang ni..

Aku sebagai ahli amway bertitle kiv / user pada mulanya, dan setelah mengambil masa yg agak lama utk memahaminya, aku dapat lihat keseluruhan apa yang patut dibuat. Yang aku herannya bertepatan plak dengan apa yg aku belajar tentang islam itu sendiri. Ramai org islam tak berjaya dlm bis bukan kerana diaorg tak bagus, tapi lupa adabnya.. Cer buka kitab ihya ulumuddin berkenaan adab bergaul dgn sahabat, sahabat karib dan sahabat yg baru kenal. Pentingnya adab ni utk mendapatkan berkat. Dan seperkara lagi, ramai yg mengatakan kalau nak niaga kena tinggalkan hati, org melayu gagal dlm bis sebab niaga guna hati, alangkah jahilnya golongan ni.. sesungguhnya segala apa yang dimulai tentulah dari niat berserta hati. Org2 islam, ingatlah seperti yg dihuraikan oleh sheikh nusurudin al banjari.. syurga itu terlalu mahal harganya oleh itu kautlah segala apa yang ada didunia ini kebaikan agar boleh dibawa ke alam akhirat nanti. Itu sebab dalam surah Al Balad salah satu perbuatan yang paling baik adalah sebagai penyumbang. Membantu org lain meningkatkan lagi ekonomi serta mendidik berniaga dgn betul, bukankah itu perbuatan yang baik?

Inginkan kehidupan yang bahagia dan tenang, ikut jer lah sunnah2 dan alquran tu sendiri. Nak berniaga? ikut jer la cara Rasul kita berjaya, Abd Rahman Auf, Saidina Othman.. kan ker banyak contoh yang baik boleh diikuti. Daripada kita mempertikai kewajaran serta negatif minda, baik pandang dari sudut yang baik.

Kita sekarang hidup dalam kemodenan barat, takleh lari dari sikap meterialistik, tapi jgn lupa kita ada batasnya sebab kita islam. Sampai bila kita nak menghayati kejayaan terdahulu, bukankah kita diberi pilihan oleh tuhan....?

panjang plak kali ni menulis.. maafkan saya sekiranya menyinggung perasaan kalian..
Reply With Quote
  #1193  
Old 28-04-2012, 07:05 PM
spawn spawn is offline
Normal Member

spawn's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2008
Posts: 185
Poster Rank: #8964
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default Aes

Salam forumer,

Ada tak sesiapa yang pernah pergi Amway Enterpreneurship Seminar yang bagaimana membuat pelanggan membeli dan penajaan tu? kalau ada harap boleh sharing kat sini. Kat kuantan ni Aes semuanya dalam bahasa mandarin, agak sukar utk mendapatkan informasi.tq
Reply With Quote
  #1194  
Old 29-04-2012, 04:46 PM
ilham_iceman2001 ilham_iceman2001 is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2012
Posts: 133
Poster Rank: #10878
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by spawn View Post
Salam,
Maaf menyampuk, dah lama tak berforum...

Soalan tadi tu, kenapa kalau barang tu bagus sangat tak dijual secara konvesional.. jawapannya mudah.

1. Cer tengok misi Amway yang ada 4 tu.. Freedom,Family,Hope dan Reward.Kat situ dah ada jawapan sekiranya ada lihat dari pelbagai sudut. Dah terang lagi bersuluh konsepnya..

2. Cer pikir plak, konsep konvesional tu.. banyak yang bertitle monopoli..dan lebih kepada margin keuntungan berserta profit. sebab itu kat pasaran terlalu banyak produk dari china, semata2 murah tapi takde kualiti.

3. Cer dalami plak,apa yang aku katakan ni, sampai bila nak jadi user/pengguna jika ada pilihan sebagai constributer/penyumbang kepada manfaat org lain. jgn lupa tentang indahnya sikap penyumbang ni..

Aku sebagai ahli amway bertitle kiv / user pada mulanya, dan setelah mengambil masa yg agak lama utk memahaminya, aku dapat lihat keseluruhan apa yang patut dibuat. Yang aku herannya bertepatan plak dengan apa yg aku belajar tentang islam itu sendiri. Ramai org islam tak berjaya dlm bis bukan kerana diaorg tak bagus, tapi lupa adabnya.. Cer buka kitab ihya ulumuddin berkenaan adab bergaul dgn sahabat, sahabat karib dan sahabat yg baru kenal. Pentingnya adab ni utk mendapatkan berkat. Dan seperkara lagi, ramai yg mengatakan kalau nak niaga kena tinggalkan hati, org melayu gagal dlm bis sebab niaga guna hati, alangkah jahilnya golongan ni.. sesungguhnya segala apa yang dimulai tentulah dari niat berserta hati. Org2 islam, ingatlah seperti yg dihuraikan oleh sheikh nusurudin al banjari.. syurga itu terlalu mahal harganya oleh itu kautlah segala apa yang ada didunia ini kebaikan agar boleh dibawa ke alam akhirat nanti. Itu sebab dalam surah Al Balad salah satu perbuatan yang paling baik adalah sebagai penyumbang. Membantu org lain meningkatkan lagi ekonomi serta mendidik berniaga dgn betul, bukankah itu perbuatan yang baik?

Inginkan kehidupan yang bahagia dan tenang, ikut jer lah sunnah2 dan alquran tu sendiri. Nak berniaga? ikut jer la cara Rasul kita berjaya, Abd Rahman Auf, Saidina Othman.. kan ker banyak contoh yang baik boleh diikuti. Daripada kita mempertikai kewajaran serta negatif minda, baik pandang dari sudut yang baik.

Kita sekarang hidup dalam kemodenan barat, takleh lari dari sikap meterialistik, tapi jgn lupa kita ada batasnya sebab kita islam. Sampai bila kita nak menghayati kejayaan terdahulu, bukankah kita diberi pilihan oleh tuhan....?

panjang plak kali ni menulis.. maafkan saya sekiranya menyinggung perasaan kalian..
1. MLM konsep ni orang agama aper yang cipta? pi check kat bahagian teori marketing.
2. MLM melibatkan overiding income yang mana orang upline akan dapat untung daripada downline.hmm... penindasan ke tak?
3.Amway ada panel shariah ke?
4. barang MLM is very overpriced. kalo ko tak caya, pi approach tojey-tokey guardian, takpun pi tanya pegawai farmasi swasta. mungkin diorang tak bagitau sebab ni memang fakta rahsia diorang ( rujuk ubat biolife, pharmaniaga, 21st century, ranbaxy, janssen) tapi multivitamin atau ape2 supplement sebenarnya murah jer, orang MLM bayar harga mahal sebab nak bagi bnyk income kat....
5. barang kat china murah tak semestinya tak berkualiti tapi sebab tenaga buruh China paling murah kalo berbanding korea, jepun dan negara asia lain.
6. kalau buka buku marketing, berapa banyak yang sarankan MLM untuk jalankan bisnes? kalo kop baca mesti ko terkejut
7. ni hah petikan dari zaharudin sendiri
Bentuk MLM yang Haram atau syubhat
Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut
Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

banyak lagi. pi check sendiri.
kenapa maxis, celcom, nestle tak guna MLM?
Reply With Quote
  #1195  
Old 29-04-2012, 04:48 PM
ilham_iceman2001 ilham_iceman2001 is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2012
Posts: 133
Poster Rank: #10878
Thanked 0 Times
Active Level
Default

ni hah berkenanna MLM yang tak ikut shariah
Bentuk MLM yang Haram atau syubhat
Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.

Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa' membeli sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.


Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.


Sebagai Makluman :


Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82 )


Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. ( Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)


Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu' , 7/500 )


Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : "Ghabn Mustarsil adala apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran ... teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual " ( Al-Mughni , 4/78 )


Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabn' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabn' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila saya sebut 'ghabn' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya. Adakah anda yakin semua jenis 'Ghabn' yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda , bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis 'Ghabn' yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah sejak dari awal.





2) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi syubhah apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. namun begitu, ia mungkin diHARUSKAN jika terdapat penasihat Shariah yang membetulkannya selaras dengan aqad Ju'alah. namun begitu, majoriti syarikat MLM tidak mempunyai pensaihat Syariah untuk membetulkannya, menyebabkan ia kekal di dalam syubhah.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

Walaupun demikian, jika komsiyen datang dari pihak syarikat atas dasar yang betul seperti jualah dan hibah, ia boleh jadi diharuskan. Namun sekali lagi rukun dan syarat aqad yang betul mesti dipantau oleh penaasihat Syariah yang berkelayakan.



* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.


3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.


4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja
Reply With Quote
  #1196  
Old 29-04-2012, 04:49 PM
ilham_iceman2001 ilham_iceman2001 is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2012
Posts: 133
Poster Rank: #10878
Thanked 0 Times
Active Level
Default

yang upline ambik untung atas usaha downline bukan penindasan ker?
Reply With Quote
  #1197  
Old 29-04-2012, 04:58 PM
slayer7815 slayer7815 is offline
Super Active Member

slayer7815's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Mar 2009
Posts: 3,131
Poster Rank: #1044
Thanked 33 Times
Active Level
My Mood:
Default

aku bkn agen amway.. tapi aku suka sistem MLM
Reply With Quote
  #1198  
Old 29-04-2012, 05:48 PM
joharimj joharimj is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2008
Location: sabah,malaysia
Posts: 239
Poster Rank: #7753
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by ilham_iceman2001 View Post
yang upline ambik untung atas usaha downline bukan penindasan ker?
Bro...aku tgk ko tak senang duduk nak ganggu thread org bro...ko ni dh tak ada nak cari makan dh ke nak kacau thread perniagaan org..sungguh biadap mcm ni cara u ganggu thread org bro...klu niat TT ni nk biz apa pun itu hak dia, ko x payah nak kacau2 hak org ..tak perlu la nk tunjuk pandai kat thread org bro...klu ko anti MLM tu lu punya pasal la...klu ko dh pandai sgt u buka thread baru utk u apa produk yg u rasa bagus ..nti kami2 akan komen kat sana ye...
Reply With Quote
  #1199  
Old 30-04-2012, 08:09 AM
ilham_iceman2001 ilham_iceman2001 is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2012
Posts: 133
Poster Rank: #10878
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by joharimj View Post
Bro...aku tgk ko tak senang duduk nak ganggu thread org bro...ko ni dh tak ada nak cari makan dh ke nak kacau thread perniagaan org..sungguh biadap mcm ni cara u ganggu thread org bro...klu niat TT ni nk biz apa pun itu hak dia, ko x payah nak kacau2 hak org ..tak perlu la nk tunjuk pandai kat thread org bro...klu ko anti MLM tu lu punya pasal la...klu ko dh pandai sgt u buka thread baru utk u apa produk yg u rasa bagus ..nti kami2 akan komen kat sana ye...
Frrum ni ruang untuk bg pendapat berdasarkan fakta. Last time i checked, malaysia is a FREE countryuo
Reply With Quote
  #1200  
Old 30-04-2012, 06:20 PM
joharimj joharimj is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2008
Location: sabah,malaysia
Posts: 239
Poster Rank: #7753
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by ilham_iceman2001 View Post
Frrum ni ruang untuk bg pendapat berdasarkan fakta. Last time i checked, malaysia is a FREE countryuo
Kalau u rasa nak bg pendapat u sendiri baik u buka thread baru utk u sendiri ..at least ko bole tunjukkan ilmu yg ko ada ttg anti MLM ni ,so kami pun faham apa yg u nak sampaikan....tak payah kacau ruma org itu rezeki dia u nak pg kondem kan bt apa....atau pun klu ko x nak bukan thread baru , sayang gak klu dh byk ilmu tak sebar kan bro...aku cadangkan baik u bt kan ebook or buku khas dn jualkan kat org umum dpt gak u royalti ...tul x?
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 06:44 AM.


Copyright ©2000 - 2013, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE