BTC USD 84,354.1 Gold USD 4,151.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesta durian di Bukit Gantang hujung minggu ini

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
IPOH 18/07/2011 - Sebanyak 5,000 durian akan disediakan untuk orang ramai pada Pesta Durian Perak 2011 di Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang, pada Sabtu dan Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzli Paharuddin, berkata mereka yang hadir dari 10.30 pagi hingga 1 petang pada hari Sabtu boleh menikmati durian percuma tetapi selepas itu bayaran sebanyak RM9 akan dikenakan. Pesta itu dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan serta kerajaan Perak dan akan dirasmikan Oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Zainol Fadzli berkata, antara aktiviti yang akan diadakan ialah acara makan durian, pameran dan jualan, persembahan artis tempatan, acara lelong durian serta pertandingan dan demonstrasi masakan tradisional.

"Pelancong dari Eropah yang menginap di beberapa homestay di sekitar Taiping turut dijemput menghadiri pesta itu," katanya. - BERNAMA
 
aduh asal tiap2 tahun buat kat bukit gantang je
 
Back
Top
Log in Register