BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepinggan RM25 untuk setiap tahanan

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan untuk diberikan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin.

Ini bermakna sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan.

Ini sekali gus menafikan dakwaan, bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan.

:Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.

“Bagaimana boleh timbul dakwaan itu? Semua kemudahan termasuk makanan bufet berharga RM25 setiap kepala disediakan.

“Mereka perlu tahu, anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus. Ada juga yang tidak sempat menjamah makanan demi tugas,” katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Kelmarin, laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar peserta perhimpunan yang ditahan, sebelum menjalani proses dokumentasi.

Selain ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta.

Amar Singh berkata, selain Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras turut dijadikan pusat tahanan sementara.
 
kalau lah mattop dpt tender nie..... :D
 
mak ai..tender hapa sampai lagu ni punya harga....makan lauk kambing bakaq kot
 
mak aii apa menunya sampai RM25/head ... kambing golek kaaa...
 
Kekadang heran lak aku.... Dah kene tangkap pastuh dpt makan sedap2... ini macam suma pengemis mau join BERSIH... hahhahah

pasni mmg reramai lah kita menjoint maner2 pehimpunan :D
 
ala korang tktau ka..nk amik hati je tu...takkn sekepala rm25...sape2 kena tangkap semalam sila bgtau brapa harga sebenar sepinggan...kaya katering tu....wuhahahhaa
 
*****nye la sape luluskan bufet sampai harga camni sekali..mmg kroni la bertambah kaya ni...
 
aku wat buffet 2 lauk 1 sayur, ulam, ikan kering, sambalbelacan, puding n air, baru rm12 1 kepala.
klu dah umno ni mesti nak markup harga tinggi2..
kerajaan masih x sedar. masih kotor!!!!!
 
Back
Top
Log in Register