BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesara Guru Di Kulim Rugi RM43,000 Selepas Rumah Dirompak

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
KULIM, 7 Mei - Seorang pesara guru kerugian lebih RM43,000 setelah rumahnya di Taman Seluang di sini, dirompak empat lelaki bersenjatakan parang awal hari ini.

Ketika ditemui pemberita di kediamannya, Mustaffa Yusuf, 62, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika beliau dan isterinya Hasnah Md Isa, 60, sedang tidur.

"Saya terdengar bunyi yang agak pelik dalam rumah saya dan secara tiba-tiba saya dapati empat lelaki bertopeng meluru masuk dalam bilik tidur kami sambil menghunus senjata seperti parang dan pisau di perut dan leher saya dan isteri," katanya.

Beliau berkata selain barang kemas, dua telefon bimbit dan kamera digital, kumpulan perompak yang memasuki rumahnya dengan mengumpil tingkap di bahagian ruang tamu, turut melarikan kereta Perodua Viva miliknya.

Perompak terbabit juga memaksa isterinya bersumpah menggunakan al-Quran bahawa beliau tidak berbohong apabila memberitahu semua barang kemas telah diserahkan, kata Mustaffa.

"Perompak yang menutup muka dengan memakai topeng ski juga mengugut saya jika saya berbohong saya akan dilaknati tuhan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kes tersebut.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu atau terjumpa kereta Perodua Viva dengan nombor pendaftaran PHK 3653 agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Hidayah Othman di talian 04-4906222 atau balai polis terdekat.
 
perompak alim nie....:))
 
jahat perompak ,tp syukur still selamat,
 
byk perompak kt semenanjung ek,rempit byk,perogol smua byk

haritu sedara aku kt ipoh pun kena


nasib sarawak benda2 camni kurang
 
sumpah kompress ke?? perompak pun guna al-quran.. dashat.. tak takut dosa langsung..
 
Back
Top
Log in Register