hab81020
Super Active Member
- Messages
- 5,119
- Joined
- Mar 21, 2010
- Messages
- 5,119
- Reaction score
- 233
- Points
- 83
KAJANG, 22 Mei - Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal Ahad pagi.
Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.
Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.
Kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. Enam belas orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.
Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi.
-- BERNAMA
The back portion of the orphanage where the landslide occurred
Anggota pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan mangsa kanak-kanak yang
cedera parah ekoran tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA
Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang Sabtu, sebelum dikejarkan ke
Hospital Kajang.
Sebuah jengkaut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di
Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai
Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat.
Seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa tanah runtuh di Hulu Langat, Kajang, didukung oleh seorang
pegawai penyelamat untuk mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.
Pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus mengesan mangsa-mangsa yang dikhuatiri tertimbus
Pelajar Cerita Detik Cemas Tanah Runtuh
Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.
Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,
11) Riz, 9,
12) Lokman, 11,
13) Fahad, 9,
14) Aiman, 10,
15) Hazim, 9,
16) Hasril, 11,
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,
* umur tidak diketahui
Last edited:
