BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakaian pramugari AirAsia bukan budaya timur

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
SYARIKAT penerbangan tambang murah AirAsia diminta menukar segera pakaian seragam pramugari untuk semua penerbangannya kerana ia tidak selaras dengan pendekatan Islam Hadhari.

Perkara itu dicadangkan Exco Wanita Umno, Datuk Zaleha Hussin yang menyifatkan pakaian pramugari syarikat itu bukan saja bertentangan nilai Islam, malah tidak selaras dengan budaya timur.

"Jika ini (pakaian menjolok mata) dibiarkan, ini amat memalukan kerana betis, paha, lutut pramugari dibiarkan terbuka ditonton penumpang. Ini juga memalukan wanita. Ia mesti dipinda.

"Pengurusan AirAsia perlu bertindak segera dan serius kerana Malaysia negara Islam dan kini Islam Hadhari menjadi paksi pemerintahan negara.

"Kita amat malu dengan pakaian pramugari AirAsia. Saya sebenarnya dah lama nak tegur tetapi tiada tempat, Alhamdulillah hari ini boleh sebut perkara ini," katanya ketika membahaskan usul agama dan sosial.

Zaleha berkata, banyak kejadian yang memalukan membabitkan pakaian menjolok mata pramugari AirAsia yang bukan saja menampakkan betis, paha dan lutut, tetapi lebih dari itu.

"Seorang kawan dari Sabah naik kapal terbang AirAsia... pramugari duduk depan dia pakai singkat. Bukan saja nampak lutut, betis dan paha saja tetapi nampak yang lain juga...," katanya.

Timbalan Pengerusi Tetap, Datuk Badruddin Amiruldin yang mencelah ucapan Zaleha berkata pakaian sebegitu menyebabkan apabila pramugari duduk turut menampakkan 'terowong'. Kata-kata Badruddin itu menyebabkan perwakilan ketawa.

Zaleha menyambung perbahasannya berkata, Wanita Umno tidak rela lagi melihat perkara yang terus menerus memalukan wanita.

Beliau turut membangkitkan isu penerapan Islam Hadhari yang perlu dijadikan budaya dalam pelaksanaan pelbagai program di negara ini.

“Contohnya, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri mengakhiri ucapannya dengan doa," katanya.

Beliau turut memuji usaha Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang cuba merapatkan parti gergasi orang Islam, Umno dan Pas dalam majlis pelancaran Koridor Pembangunan Pantai Timur (ECER), baru-baru ini.

"Apa yang dilakukan Pak Lah adalah pembudayaan Islam Hadhari walaupun sebelum ini Pas banyak mengeluarkan tohmahan yang Umno kafir," katanya.



p/s:: apa punya gampang le....benda punya lama baru nak diungkitkan.....:mad: :mad:
 
Last edited:
mana baju pramugari airasia tuh? x sama ke macam MAS punye? mm.. warga pompuan BSN pn ape kurangnyer..leh tarik org ramai lebih menyimpan duit:"> :p :))
 
nampak'terowong'.....ingat smart tunnel ke??.....:)) :)) :)) :))
 
pakaian artis mejolok mata.. yang tiap2 hari ditonton oleh seluruh rkyat melalui media massa..

perwakilan xberminat nk tegur ke ?


malaysia kan negara islam :)
 
bila dah keluar berita camni.....semakin laku le AirAsia ni nanti ye.....ada tigershow free dlm flight......:)) :)) :))
 
hahahaha...

sape2 nak naik airasia nanti..cuba2 la tgk pramugari tu, untung2 nampak terowong

nota : keluasan terowong bergantung pada cara duduk pramugari tersebut. tq.

:D
 
mesti depa semua heran!!!....apasal tetiba ramai pulak yg nak duduk kat seat depan.....:)) :)) :))
 
... janganlah nampak kuman disebelah laut je ...:)

kekadang puak2 puteri umno pun ada jugak yg berpakaian cam tu..., :D :D

tegurlah dorang tu wahai perwakilan biro agama...:)
 
Back
Top
Log in Register