percayalah benda2 karut nih,kawan aku dah lapan tahu dok tunggu duit ghaib nih!!! aku rasa lama2 dia gila mcm tuh saja . Bila aku tya dia kata bulan depan dapat siap tunjuk msg lagi,pastu bila sampai bulan depan aku tya lagi mana duit tuh? dia kata kerajaan guna sat buat bayar bonus kat staff! lama sikit aku tya bila dapat duit tuh? dia kata tak lama dah nak dapat dalam sebulan dua lagi sebab org2 atas semua dah dapat cuma tunggu turn org bawahan plak! lepas dua tiga bulan aku tya lagi bila nak dpt? dia kata paling cepat bulan depan insyaallah klu tak dak apa2 mcm tuh lah alasan yg sering aku dengar...........dari mulut dia aku kesian jugak tgk kawan2 yg masuk semua mengharap duit tuh siap ada yg pergi test moto besar lah sebab percaya dapat duit tuh ja terus gi beli kekekeke................ sedar tak sedar dah masuk 8 tahun dah kawan aku mengharap duit tuh
memang karut marut....cerita ko nie ada sikit persamaan dengan boss kat tempat aku yang dah sengkek giler lepas dok bayar kat mamat orang panggil Wak D nie...dah 2 tahun since boss aku dok ajak aku join sekali tapi aku tak mau ....
cerita sama....sangkut kat bank negara lah...pas tu update kat sms kata next month pulak...pas tu kasik alasan egen FBI kena bagi kelulusan lah ( )dan sebagainya sampailah skang nie dah almost 2 tahun....habuk pun tarak...
aku dengar mamat Wak D nie dok active scam orang lagi....
aku pun pernah dengar cerita ini, siap kerajaan M'sia hantar lawyer2 utk bawa balik duit tu kat M'sia, tapi masih tak dapat2 sampai sekarang..... Mungkin dalam kapsul masa yg di tanam Dr.M kat putrajaya ada meceritakan segala2 nya.....
tur la psl..ada la sorng bau2 bacang dgn aku pun penh citer kt aku mende ni..dia citer akan dlm 50juta..perghhh sib baik xde sakit jantung..ade ke duit dtg bergolek2 cmtu jer..adoi x logik la..baik aku kje mkn gaji cm skrg lg bgs..xpun aku meniaga utk dpt kekayaan sndiri..
memang karut marut....cerita ko nie ada sikit persamaan dengan boss kat tempat aku yang dah sengkek giler lepas dok bayar kat mamat orang panggil Wak D nie...dah 2 tahun since boss aku dok ajak aku join sekali tapi aku tak mau ....
cerita sama....sangkut kat bank negara lah...pas tu update kat sms kata next month pulak...pas tu kasik alasan egen FBI kena bagi kelulusan lah ( )dan sebagainya sampailah skang nie dah almost 2 tahun....habuk pun tarak...
aku dengar mamat Wak D nie dok active scam orang lagi....
betol betol betol mmg cerita yg didengari atau alansan sering diberi benda yg sama,yg satu lagi aku tak tahan alasan dia kata tnggu najib approve
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).
Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.
Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.
Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.
“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.
Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.
Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.
Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.
Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.
Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.
Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE