BTC USD 83,526.0 Gold USD 4,151.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi cubaan Guan Eng tindas Melayu, kali ini nak cuba tindas pelajar pula.

Kehidupan

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
219
Points
123
GEORGETOWN, 16 Februari: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah univesiti di Mesir tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, DatukMansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.
Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).
"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.

“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.

Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.

Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.

"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.

Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut.
 
Last edited:
mcm ni lah pemimpin yang rakyat nak,tau masalah rakyat yg perlu bantuan.
 
ni bercanggah dgn kenyataan jib...bantu rakyat negara boleh bankrup...kahkahkah

aku nasihatkan jib x payah tiru...pasal kalo dia tiru habis harga minyak naik lagi...kahkahkah
 
bg aku tak perlu la tapis sbb duit zakat mmg untuk mereka yg bergelar pelajar tak kire la mak bapak dia kaya atau tak. but yes, priority je perlu kat family yg miskin. cume patutnye sume dpt..
 
najib tiru..bagus unuk pelajar.

bad effect....harga minyak naik...gulp
 
Back
Top
Log in Register