eh?
Super Active Member
- Messages
- 8,790
- Joined
- Dec 7, 2009
- Messages
- 8,790
- Reaction score
- 91
- Points
- 80
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) merupakan dana unit trust yang patuh syariah yang melabur dalam hartanah komersil yang kebanyakannya terletak di Lembah Klang.
Konsep AHB adalah sama seperti pelaburan ASB, di mana harga seunit adalah tetap pada harga RM1. Apa yang membezakannya adalah, AHB ini merupakan sepenuhnya pelaburan hartanah.
AHB ini pula ditubuhkan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan diuruskan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Manakala Pemegang Amanah bagi AHB adalah AmanahRaya Trustees Berhad.
Dekat Mana AHB Melabur Dalam Hartanah?
Setakat ini, PHB mempunyai aset lebih daripada RM5.8 bilion dan keluasan hampir 7.6 juta kaki persegi.
Prestasi Dividen AHB Sehingga 2017
Nama pun unit trust, sudah pastinya kita nak tengok track record pemberian dividen AHB ni kan?
Dan yang lebih menariknya, hasil keuntungan yang anda dapat melalui dividen ini adalah dikecualikan daripada cukai. Malah, zakat juga sudah dibayar AHB siap-siap, maka yang dapat adalah keuntungan bersih.
Minimum Pelaburan?
Jumlah pelaburan minima adalah serendah RM100. Anda juga boleh melabur menggunakan akaun KWSP anda, tetapi minimum pelaburan melalui cara ini adalah RM1,000.
Cara Nak Buka Akaun?
Senang sahaja, anda hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan Maybank atau pun AmBank yang berdekatan untuk membuka akaun AHB ini di sana.
Akaun ini ada 2 jenis, yang pertamanya adalah jenis akaun dewasa dan keduanya adalah jenis akaun remaja yang berumur 18 tahun ke bawah. Tiada masalah untuk anda jika ingin membuka akaun ini untuk anak-anak yang masih berumur 18 tahun ke bawah.
Kelebihan Melabur Di AHB
1. Pelaburan patuh syariah
2. Modal permulaan serendah RM100
3. Pulangan yang baik untuk tempoh pelaburan jangka masa panjang
4. Pengurusan yang professional dan juga berpengalaman dalam pelaburan
5. Dividen dikecualikan cukai dan telah dibayarkan zakat
Risiko Pelaburan AHB
1. Fokus kepada pelaburan hartanah semata-mata, sekiranya pasaran hartanah merudum, prestasi pelaburan juga akan terkesan.
2. Hartanah milik PHB berisiko tidak dapat disewakan, ia juga bakal menganggu prestasi dalam pelaburan.
sumber : majalahlabur
Maklumat Produk
Attachments
-
260.2 KB Views: 1,945
-
229.8 KB Views: 156
Last edited: