BTC USD 81,089.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN Antara Kerajaan Terbaik Di Dunia Jaga Kebajikan Rakyat – Ahmad Maslan

onizuka

Active Member
Messages
1,606
Joined
Mar 4, 2007
Messages
1,606
Reaction score
40
Points
30
KUALA LUMPUR 16 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah antara kerajaan terbaik dalam dunia dari segi memberi kebajikan rakyat dalam bentuk pemberian subsidi.

Jelasnya pemberian banyak subsidi itu sebenarnya tidak disedari sehinggalah apabila pengurangan dilaksanakan barulah ramai melihat betapa kerajaan BN adalah antara kerajaan terbaik dari segi memberi kebajikan kepada rakyat tanpa mengira golongan kaya atau miskin.
gyghyghyu.png
“Ada yang tidak tahu pun gula dan gas memasak diberi subsidi oleh kerajaan sejak sekian lama. Ini belum lagi pelbagai barangan yang diberikan subsidi.

“Tak banyak kerajaan di dunia ini sebaik kerajaan BN. Malah apabila kerajaan hendak melaksanakan penstrukturan subsidi pun ia dilakukan dalam keadaan seminimum mungkin agar tidak membebankan rakyat”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Kata beliau lagi apabila terdapat sedikit kenaikan harga barulah ramai yang perasan bahawa selama ini mereka telah menikmati rahmat kerajaan BN yang mana sebahagian nikmat itu ditarik untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan semalam yang mengumumkan pemotongan subsidi bagi gula dan bahan api sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat untuk mengurangkan perbelanjaannya dan diperuntukkan untuk sektor penting seperti pendidikan dan kesihatan.

Ahmad Maslan seterusnya berkata orang ramai perlu melihat isu pemotongan subsidi untuk gula dan petrol dari sudut positif.

“Jimat penggunaan gula kerana kalau terlebih gula menjadi racun kepada kesihatan. Sudah tiba masanya rakyat belajar menguruskan perbelanjaan mereka dan tidak terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan semata-mata”, ujarnya.

LAGI BERITA POLITIK DAN ISU SEMASA

WWW.PRU.COM.MY​
 
fuyoo.. dah boleh bagi Rahmat la pulak
 
Nih antara kroni2 yg dpt imbuhan pas kenaikan rege minyak nih... tuh pasal puji menggunung...siott... subsidi tuh kan hak rakyat... jahanam la korang...
 
yb ni dulu cakap taip-taip hujung minggu dia akan tidur di rumah peneroka...la ni....:-?
 
yela subsidi...ni yang rakyat dok kasi tak nak cite..cukai tanah la..cukai pintu la, LHDN LA, CUKAI FASTFOOD LA...bla..bla.bla...tak nak bgtau plak...harem tul
 
hak rakyat nak dipertikaikan. subsidi dianggap membebankan kerajaan. Bila wakil2 umno banggang ni buat rugi juta2 ringgit, rakyat jugak yg nak kena tanggung. Rasuah makan duit rakyat sikit pun tak rase nyesal. Tp pasal subsidi bagaikan mengeluarkan wang poket sendiri. Pg jahanam la umno.. skit pun aku tak redha apa lg undi aku nnt.
 
Pemimpin malasia ni memang pakar mengunakan perkataan, baling baik didunia, bertaraf dunia, terbesar didunia, paling canggih, bandaraya dalam taman. Memang canggih pengunaan bahasa dia orang tapi ..........
 
Jimat penggunaan gula kerana kalau terlebih gula menjadi racun kepada kesihatan.

ayat nih pun ayat gula2..bahaya untuk kesihatan :))
 
Back
Top
Log in Register