Forum adalah tempat perbincangan, melontar pendapat dan berkongsi maklumat & pengalaman. Ianya tidak sama dengan konsep 'chatting room' seperti di MIRC, ym conference dan berbagai bentuk 'chatting room' lagi.
Namun kita tidak terlepas dari kumpulan/kelompok ahli (minoriti) seperti dia atas dimana mereka lebih gemar 'offtopic', bergurau senda yang keterlaluan, dan bersembang kosong antara sesama mereka pastinya mengganggu perjalanan sesuatu topik perbincangan. Kelompok ini biasanya terdiri dari :-
1) Ahli yang mengejar jumlah 'posting'.
1) Individu yang ingin menarik perhatian orang ramai (obsessed).
2) Individu yang ingin mencari pasangan.
3) Individu yang tidak tahu menahu/kurang pengetahuan tentang etika berforum yang sebenar. Kurang kematangan secara peribadi (tidak boleh mengawal perasaan) dan gemar meng'ondemn'.
4) Kelompok yang biasa berjumpa antara sesama mereka di luar forum.
5) Individu yang terikut-ikut dengan gaya rakan-rakan mereka berforum.
6) Individu yang sememangnya tidak menghormati orang lain. Pendek kata bertujuan untuk mengkucar-kacirkan forum perbincangan.
Tips bagaimana mewujudkan topik/thread yang berkualiti
1) Sebagai pembuka topik, Thread Starter (TS) atau Tuan Thread (TT), anda boleh menegur mana-mana ahli yang menggangu topik anda.
2) Sekiranya Ahli A 'offtopic' dengan memulakan soalan atau gurau senda dengan Ahli B secara spesifik, Ahli B tidak perlu melayan atau menjawab. Teruskan perbincangan tanpa mengendahkan Ahli A. Sekiranya ingin berkomunikasi sesama sendiri, gunakan PM atau medium lain.
3) Sekiranya inginkan debat dan perbincangan serius, buka tajuk perbincangan yang rasional/sesuai. Namakan tajuk topik anda dengan tajuk yang sesuai. Elakkan tajuk topik yang kurang serius.
4) Bina identiti anda sebagai ahli yang berkualiti. Apabila anda dikenali sebagai ahli dengan post berkualiti, secara automatik ahli lain menghormati topik perbincangan anda tanpa mengganggu topik perbincangan anda.
Bersamalah kita berubah ke suatu komuniti yang lebih matang dan dapt mewujudkan perbincangan yang lebih berkualiti.
Setuju. Perlu ada satu penyelesaian supaya newbie2 yang baru mengenali forum dapat memahami tujuan sebenar berforum. Ataupun keluarkan artikel penerangan tentang penggunaan dan tujuan berforum. Berikan artikel tu kepada ahli-ahli yang baru mendaftar di forum supaya mereka lebih memahami tujuan berforum. Saya sekadar memberi cadangan.
Setuju. Perlu ada satu penyelesaian supaya newbie2 yang baru mengenali forum dapat memahami tujuan sebenar berforum. Ataupun keluarkan artikel penerangan tentang penggunaan dan tujuan berforum. Berikan artikel tu kepada ahli-ahli yang baru mendaftar di forum supaya mereka lebih memahami tujuan berforum. Saya sekadar memberi cadangan.
saya pun setuju... saya first masuk forum pun xtau sgt cara nk berforum
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE