BTC USD 81,664.2 Gold USD 4,175.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100 HARAM??

tuksidang

Banned
Messages
4,972
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,972
Reaction score
463
Points
41


Sebahagian sedutan dari tulisan UZAR. Detail di => http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/


KESIMPULAN AKHIR

1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.

Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.

Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita.



Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

13 Rabi'ul Awal 1431 H

27 Feb 2010
 
memang haram, sebab ia sekadar ambik duit orang, dan suruh org yg diambik duit tu postkan link untuk menarik orang membayar pada dia lagi..

dah sah scam..
 
memang haram, sebab ia sekadar ambik duit orang, dan suruh org yg diambik duit tu postkan link untuk menarik orang membayar pada dia lagi..

dah sah scam..

kalo camtu semua program ambil duit org pun haram & scam la...
 
ooo..hangat nie..post kat web infinity sebagai ingatan
 
kena peka gak nie..jgn tolak 100% ye...beringat:)
 
nasib baik tak ada facebook........
 
penuh inbox fb dgn msj2 dorg nih..huhu
 
kalau program mcm dapatwang.com / myspacemoney tu plak agak2 haram tak??

kalau semua haram aku pun tataw cmne...

jenis mcm mana yg agak2 tak haram??

or kalau ade jek perkataan "level" = haram??

or ade jenis level tertentu yg tak haram??
 
bagi ku tu tak haram, cuma ku memang tak layan benda2 camni.. >:) >:) >:)
 
Back
Top
Log in Register