BTC USD 84,405.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nur Izzati: Antara hutang RM57 dan SBP

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,664
Joined
May 5, 2008
Messages
9,664
Reaction score
273
Points
91
Sumber: Ruangan Forum Utusan Malaysia...
Yang kaya boleh dapat apa saja...:o

SAYA amat terharu dengan nasib yang menimpa Nur Izzati Azahar, dari Sekolah Convent Tarcisian, Ipoh yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Hanya kerana dia anak pemandu lori dan ibunya pula pekerja kilang, dia gagal mendapatkan slip UPSR kerana masih berhutang kepada sekolah sebanyak RM57.

Dalam keadaan begini sepatutnya Guru Besar mengenepikan sebentar keegoan kerana hendak mempertahankan prosedur pejabat tetapi pada masa yang sama telah melukakan hati seorang murid yang berjaya menyumbang peratusan kejayaan Sekolah Convent Tarcisian.

Saya juga amat bersetuju dengan pandangan Hafiz Seremban dan Pelajar Tingkatan Lima, Shah Alam, berkaitan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SPB) yang sekarang ini didominasi oleh golongan berada.

Pada pandangan saya sepatutnya Pengarah Pelajaran Negeri Perak janganlah cepat sangat membuat kenyataan bahawa perkara berhutang yuran dengan pihak sekolah adalah perkara biasa dan seolah-olah beliau bersetuju dengan tindakan sekolah untuk tidak memberikan slip keputusan.

Saya pernah menguruskan permohonan anak saudara saya tiga tahun lalu dan memang dia berkelayakan kerana mendapat 5A beserta dengan kegiatan kokurikulum. Oleh kerana dia tidak ada pengaruh politik atau saudara mara di Kementerian Pelajaran, maka permohonannya gagal. Akhirnya setelah puas merayu dapatlah anak saudara saya itu ke SBP bagi pengambilan ke tiga atau empat setelah ada calon yang menolak.

Saya amat terkejut apabila satu hari saya membantu adik saya untuk mengambil anaknya di sebuah SBP di Negeri Sembilan, saya melihat berbaris kereta BMW, Mercedes, Naza, Honda, Camary dan Berabus pun ada. Mana silapnya Kementerian Pelajaran? Saya difahamkan oleh kawan-kawan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pun sama juga keadaannya. Jadi dimana kah keadilan ini?

Silalah buat perubahan dan berilah keadilan pada pelajar miskin seperti Nur Izzati. Belalah nasib mereka. Saya juga datang daripada keluarga miskin anak penoreh getah.

Saya telah terpilih ke MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan, kira-kira 37 tahun dulu (kumpulan pertama) dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Ia telah merubah nasib saya daripada miskin kepada kehidupan sekarang ini. Terima kasih Mara.

Saya berharap pertimbangkan Nur Izzati ke mana-mana SPB demi masa depannya.


Kuala Lumpur">
 
Last edited:
Yuran sekolah wajib dibayar walau secara ansuran

forum Utusan malaysia....

SAYA amat tertarik dengan tulisan dalam ruangan ini bertajuk Nur Izzati Masuk SBP? dan Sekolah Convent Tracisian Patut Malu yang dihantar oleh Hafiz dari Seremban dan Pelajar Tingkatan Lima dari Shah Alam.

Saya sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur, merasa terkilan dengan tulisan tersebut. Untuk pengetahuan anda berdua, yuran sekolah adalah wajib dibayar kecuali yuran peperiksaan awam yang telah dimansuhkan.

Saya ingin menegaskan, walau pun murid itu miskin, kedua ibubapanya berkerja. Yuran sebanyak RM57 terlalu murah untuk dibayar, melainkan keluarga tersebut mempunyai bilangan anak yang ramai dan jumlah pendapatan yang sedikit. Pembayaran secara ansuran bulan boleh dilakukan atas budi bicara keluarga tersebut kepada pihak sekolah.

Ada juga golongan pelajar saya miskin. Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tetapi keluarga pelajar tersebut membayar secara bulanan walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Ini kerana jika pelajar tidak membayar yuran sekolah pihak sekolah tidak akan mengeluarkan segala sijil dan slip keputusan peperiksaan.

Semua guru di Malaysia telah menjalankan tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah kepada para pelajar. Jadi janganlah salahkan sekolah atau pihak guru.

Di mana datangnya ilmu jikalau tidak daripada insan yang bergelar guru. Tambahan, yuran yang dibayar itu adalah untuk kegunaan pelajar itu sendiri.


Kuala Lumpur">

apo nak dikato!!
 
apa salahnya guru besar tu korek tabung pibg ckit tlg byarkan..(:|
 
entah le...guru2 sepatutnya kasi le keloggaran ini tidak..dok berkira sngt duit..tu.
 
aiseh rm57 pun nak kecoh ka
bagi kita mungkin rm57 tu celah gigi je
tapi bagi org miskin, rm57 tu jumlah yg besar
 
kasi pelempang je kat guru besar tu. bahalul
 
wayang kulit.. main bawh meja.. takkan cikgu pon time rasuah erk.. apo nk di kato...
 
nak je aku reply balik " Guru Jangan Terlalu Bangga Diri Sebagai Penyumbang Ilmu, Cakap Banyak Tak Guna Kalau Tak Membantu " RM 57 bukannya banyak, pandai2 nak reply tapi *****!:(scam:(scam:(scam

Aku dulu pun susah giler, mak aku keje cleaner je, tak mampu nak bayar yuran dan beli buku, tapi Alhamdulillah guru aku dulu guru yang baik, tak berkira, siap tolong keluarkan duit dia sendiri nak bantu. Maybe guru2 sekarang kedekut kut, tau mengajar dan makan gaji je. Nak kerja atau pakat2 kumpul duit RM57 pun tak leh.
 
Last edited:
MB Perak...x kan x leh tolg bayarkan RM57 ni...
kire hadiah kpd plajar cemerlang....:D:D

guru besar pon 1 hal....
kalu aku, student camnie...
tutup je 2 bijik mata....
hulur RM60 tolg byarkan...
RM3 keep the cent...:p:p
 
Back
Top
Log in Register