Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 15-12-2017, 11:19 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 130,380
Active Level
My Mood:
Default PM Najib lawat Bahrain, Sri Lanka, Maldives

Quote:



DATUK Seri Najib Razak tiba di Bahrain dan disambut Timbalan Perdana Menteri Bahrain, Shaikh Mohammed Mubarak Al Khalifa. - Foto Ihsan Facebook Perdana Menteri



DATUK Seri Najib Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Bahrain, Shaikh Mohammed Mubarak Al Khalifa. - Foto Ihsan Facebook Perdana Menteri
MANAMA: Datuk Seri Najib Razak tiba di sini, hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Bahrain atas undangan Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain kira-kira jam 3 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Ketibaan mereka disambut Timbalan Perdana Menteri Bahrain, Shaikh Mohammed Mubarak Al Khalifa.

Turut hadir untuk menyambut Najib dan Rosmah ialah Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta Besar Malaysia di Bahrain, Agus Salim Yusof.

Atur cara lawatan Perdana Menteri bermula dengan menghadap Raja Hamad Isa di Istana Shaik Hamad di sini esok, yang mana Najib menjadi pemimpin asing pertama dikurniakan anugerah tertinggi negara itu, 'King Hamad Order for Development' oleh baginda.

Ini disusuli jamuan malam dihoskan baginda untuk perdana menteri yang melakukan lawatan rasmi sulung ke negara teluk itu.

Raja Bahrain itu melakukan lawatan negara ke Malaysia dari 30 April hingga 3 Mei tahun ini.

Semalam, Agus menyifatkan hubungan Kuala Lumpur-Manama kini berada di tahap paling tinggi sejak dua negara itu menjalin hubungan diplomatik pada 1974.

Najib juga dijadual menghadiri sesi taklimat mengenai pembangunan ekonomi negara yang mempunyai 1.4 juta penduduk itu apabila melawat Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain (BEDB), Sabtu ini.

Seterusnya, Perdana Menteri dijadual menghadap Putera Mahkota, Putera Salman Hamad Al Khalifa, di Istana Ghudaibiya di sini sebelum menghadiri majlis jamuan tengah hari bersama isterinya yang dihoskan oleh baginda, esok.

Najib dan Rosmah juga akan menghadiri upacara sambutan Hari Kebangsaan Bahrain ke-46 di Istana Sakhir dengan Raja Hamad dijadual turut hadir.

Najib adalah satu-satunya pemimpin asing diundang menghadiri upacara sambutan Hari Kebangsaan negara itu. - BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berita/na...iba-di-bahrain

Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Najib, Rosmah tiba di Maldives



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, Hulhule. - Foto BERNAMA



MALE (MALDIVES): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini sebentar tadi untuk lawatan rasmi dua hari ke Maldives, sebuah negara kepulauan.

Ketibaan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, Hulhule, disambut Menteri Luar Maldives, Dr Mohamed Asim dan Menteri Dalam Negeri, Azleen Ahmed yang juga Menteri Pengiring.

Pesawat khas membawa Najib dan delegasi dari Colombo, Sri Lanka, mendarat di lapangan terbang pada jam 4.50 petang waktu tempatan (7.50 malam waktu Malaysia).

Yang turut hadir, Setiausaha Luar Maldives, Ahmed Sareel dan Duta Besar Maldives ke Malaysia, Mohamed Fahmi Hassan.

Perdana Menteri kemudian memeriksa perbarisan kehormatan terdiri daripada anggota Angkatan Pertahanan Negara Maldives.

Najib dan isteri kemudian dibawa menaiki bot menuju ke Kurumba, Maldives yang menjadi tempat penginapan mereka sepanjang lawatan.

Rombongan Perdana Menteri termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Anggota lain delegasi peringkat tertinggi dari Malaysia ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan beberapa pegawai kanan kerajaan.

Esok, jadual ketat Najib bermula dengan upacara sambutan negara apabila beliau akan disambut Presiden Maldives, Abdulla Yameen Abdul Gayoom.

Kedua-dua pemimpin dijadual mengadakan mesyuarat empat mata, diikuti mesyuarat dua hala dengan delegasi dari kedua-dua negara.

Mereka juga akan menyaksikan majlis pemeteraian empat memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua negara mengenai penubuhan Pusat Kebudayaan Maldives dalam bidang kesihatan, memadam kebakaran dan menyelamat serta pendidikan tinggi.

Maldives ialah negara paling kecil di Asia dari segi penduduk dan keluasan. Ia berkeluasan 90,000 kilometer persegi dan mempunyai hampir 450,000 penduduk.

Malaysia dan Maldives, kedua-duanya negara Islam, menjalin hubungan mesra merangkumi pelbagai bidang yang luas termasuk pendidikan, pelancongan dan bantuan teknikal yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

Kedua-dua negara menjalin hubungan dua hala 49 tahun lalu.

Lawatan sulung Najib ke Maldives ialah atas jemputan presiden negara itu, 33 tahun selepas kali terakhir perdana menteri dari Malaysia membuat lawatan. - BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berita/na...mi-ke-maldives
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Najib, Rosmah tiba di Sri Lanka


TIBA... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut Menteri Luar Sri Lanka, Tilak Marapana sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike hari ini. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. - Foto BERNAMA


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike hari ini. - Foto BERNAMA

COLOMBO: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di sini bagi lawatan kerja rasmi selama tiga hari.

Pesawat khas membawa pemimpin negara itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike di sini pada jam 8.40 pagi di sini (11.10 pagi waktu Malaysia).

Ketibaan Najib dan isteri yang melakukan lawatan kerja rasmi pertama ke negara ini dan juga bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara, disambut oleh Menteri Luar dan Menteri Tugas-Tugas Pembangunan Sri Lanka, Tilak Marapana.

Turut menyambut ketibaan ialah Kuasa Usaha Sementara di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka, Zainal Izran Zahari.

Sementara itu, Najib dan Rosmah tiba di hotel penginapan di sini pada jam 9.25 pagi.

Antara yang menyambut ketibaan beliau ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Tun S Samy Vellu.

Esok, Perdana Menteri dan isteri akan diberikan upacara sambutan rasmi diikuti pertemuan empat mata dengan Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena di Istana Presiden.

Najib juga akan mengetuai Malaysia pada mesyuarat delegasi kedua-dua negara bagi meneroka pelbagai bidang kerjasama termasuk rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Sri Lanka serta menyaksikan beberapa majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan, agensi dan syarikat swasta kedua-dua negara.

Perdana Menteri yang akan berada di sini hingga Selasa ini juga akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan ahli perniagaan Sri Lanka serta pertemuan dengan wakil syarikat dan masyarakat Malaysia di sini.


https://www.bharian.com.my/berita/na...a-di-sri-lanka
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Najib terima anugerah tertinggi Bahrain
Pemimpin asing yang pertama terima



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Anugerah Tertinggi Bahrain 'King Hamad Order for Development' oleh Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad pada Jumaat.--fotoBERNAMA



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika bersama Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad pada Jumaat. Turut sama Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri).- BERNAMA

MANAMA, 16 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikurniakan anugerah tertinggi Bahrain.

Najib menerima anugerah "King Hamad Order for Development" yang disampaikan oleh Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad di sini semalam.

Perdana Menteri diberi penghormatan sebagai pemimpin asing pertama dikurnia anugerah tertinggi Bahrain yang diwujudkan dua tahun lalu.

Najib memulakan lawatan rasmi tiga hari dengan menghadap Raja Bahrain di istana sebelum itu.

Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa majlis menghadap.

Raja Hamad juga mengurniakan anugerah "Medal of First Degree" kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis pengurniaan anugerah.

Baginda kemudian menghoskan majlis santapan negara bagi meraikan perdana menteri, isterinya dan delegasi Malaysia di istana.

Raja Hamad yang menaiki takhta pada 6 Mei, 1999 melakukan lawatan negara sulung ke Malaysia lewat April tahun ini.

Kuala Lumpur dan Manama menjalin hubungan diplomatik sejak 1974. - BERNAMA


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz51OpdWMaX

Last edited by TT; 19-12-2017 at 10:10 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 15-12-2017, 11:25 PM
jaws_am jaws_am is offline
Super Active

jaws_am's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Location: wherever you are
Posts: 6,965
Thanks (Received): 47
Likes (Received): 711
Active Level
Default

jalan sokmo..

pemimpin berjiwa rakyat..

rakyat malaysia kan suka jalan2..
__________________
So long, and thanks for all the fish
Reply With Quote
  #3  
Old 16-12-2017, 01:42 AM
azmann33 azmann33 is offline
Super Active

azmann33's Avatar
 
Trader Rating: (101)
Join Date: Mar 2009
Posts: 9,083
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 425
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jaws_am View Post
jalan sokmo..

pemimpin berjiwa rakyat..

rakyat malaysia kan suka jalan2..
setahun berapa puluh kali jalan pi luaq negara.membazir ja
elok pindah dok luar nagara lagi bagus.

rakyat tak rugi apa2 pun malah boleh berjimat lagi..
Reply With Quote
  #4  
Old 16-12-2017, 01:44 AM
hj_maikel hj_maikel is offline
CG Top Poster Club

hj_maikel's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2010
Location: semenanjung emas
Posts: 27,148
Thanks (Received): 379
Likes (Received): 1087
Active Level
My Mood:
Default

Membontot je yg sorang tu..
__________________
jaga rukun islam kita, jaga rukun iman kita, jaga hubungan kita dengan Allah, jaga hubungan kita sesama manusia. Insyaallah, Allah akan jaga kita dan islam itu dengan sendirinya terjaga
Reply With Quote
  #5  
Old 16-12-2017, 02:10 AM
Xploit Machine Xploit Machine is offline
Active Plus

Xploit Machine's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Location: West Malaysia
Posts: 2,949
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 815
Active Level
Default

hahahahaha .. mat kepit
__________________
"Genius Is One Percent Inspiration, Ninety-Nine Percent Perspiration" - Thomas Alva Edison
"Knowing Is Not Enough, We Must Apply. Willing Is Not Enough, We Must Do" - Bruce Lee
Reply With Quote
  #6  
Old 16-12-2017, 02:12 AM
Xploit Machine Xploit Machine is offline
Active Plus

Xploit Machine's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Location: West Malaysia
Posts: 2,949
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 815
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by hj_maikel View Post
Membontot je yg sorang tu..
jangan .. kena simen nanti

__________________
"Genius Is One Percent Inspiration, Ninety-Nine Percent Perspiration" - Thomas Alva Edison
"Knowing Is Not Enough, We Must Apply. Willing Is Not Enough, We Must Do" - Bruce Lee
Reply With Quote
  #7  
Old 16-12-2017, 02:40 AM
mcdonat mcdonat is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2017
Posts: 238
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 19
Active Level
Default

Nak cari projek songlap yanh baru ke.
Reply With Quote
  #8  
Old 16-12-2017, 05:12 AM
susah2je susah2je is offline
Legendary Member

susah2je's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2006
Posts: 16,813
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 281
Active Level
Default

Eksport lah minyak sawit banyak2 kat Bahrain ni.
__________________
senyum itu sedekah
Reply With Quote
  #9  
Old 16-12-2017, 07:47 AM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 38,021
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 537
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by susah2je View Post
Eksport lah minyak sawit banyak2 kat Bahrain ni.
bahrain negara kaya... rakyat dier pun kaya.. arab ni kbykn makan minyak zaitun.. mahal.. rakyat dier pun x ramai... minyak sawit kene jual negara besar cam china n india..
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #10  
Old 16-12-2017, 09:03 AM
kopirait kopirait is offline
CG Top Poster Club

kopirait's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Apr 2010
Location: -- .- ...
Posts: 26,738
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 536
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

pitching nak mintak derma ke?
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump