Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 15-12-2017, 09:26 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 124,981
Active Level
My Mood:
Default Isteri Ketua Polis Negara meninggal dunia


Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, meninggal dunia kira-kira pukul 7.02 malam ini akibat barah.



KUALA LUMPUR - Isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, meninggal dunia kira-kira pukul 7.02 malam ini akibat barah.

Difahamkan, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebelum dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk dikebumikan.


http://www.kosmo.com.my/terkini/iste...dunia-1.573458

Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Jenazah isteri Ketua Polis Negara selamat dikebumikan



IPOH 16 Dis.- Jenazah isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya di sini pada pukul 10.30 pagi ini.


Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang meninggal dunia pada pukul 7.02 malam semalam akibat barah dikebumikan bersebelahan kubur anak lelakinya yang meninggal dunia pada tahun 2007.

Terdahulu, jenazah tiba di kediaman ibu Allahyarham di Rapat Jaya di sini pada pukul 1 pagi dari Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Jenazah kemudiannya disembahyangkan di Masjid Kampung Melayu Gunung Rapat pada pukul 9 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Lebih 1,000 orang menghadiri pengebumian.

Antara yang hadir termasuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad;

Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman (StaRT), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Hanafi, Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz51Op3npcv
Reply With Quote
Likes oldtbone liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 15-12-2017, 09:37 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 124,981
Active Level
My Mood:
Default

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (dua dari kanan) tiba bersama kenderaan yang membawa jenazah isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi di Surau Khalid Al-Walid IPK, Selangor.


Reply With Quote
  #3  
Old 15-12-2017, 09:43 PM
Kbyne Kbyne is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2011
Location: Downtown/K.L.
Posts: 8,938
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 132
Active Level
My Mood:
Default

Innalillahiwainnailaihirajiun...

Orangnya tenang tapi cabaran sangat hebat...

Semoga beliau tabah dan semoga Allah cucuri rahmat keatas arwah...
__________________
In politics stupidity is not a handicap.(Napoleon Bonaparte)
https://www.brainyquote.com/authors/napoleon_bonaparte
Reply With Quote
  #4  
Old 15-12-2017, 09:44 PM
HelangPutih HelangPutih is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2015
Posts: 2,582
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 120
Active Level
My Mood:
Default

innalillah. takziah. smg dicucuri rahmat Allah.
hrp ketua polis tbh menghadapi kehilangan.
__________________
Aku ikut arah aliran.
Reply With Quote
  #5  
Old 15-12-2017, 09:45 PM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 36,747
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 322
Active Level
My Mood:
Default

Innalillahiwainnailaihirajiun...

moga hikmah yg besar menanti...
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #6  
Old 15-12-2017, 09:53 PM
dloanman dloanman is online now
Legendary Member

dloanman's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2012
Posts: 11,586
Thanks (Received): 28
Likes (Received): 196
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Alfatihah..

salam takziah kpd keluarga ketua polisi
Reply With Quote
  #7  
Old 15-12-2017, 10:56 PM
Xploit Machine Xploit Machine is offline
Active Member

Xploit Machine's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Location: West Malaysia
Posts: 1,913
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 489
Active Level
Default

al-fatihah ..
__________________
"Genius Is One Percent Inspiration, Ninety-Nine Percent Perspiration" - Thomas Alva Edison
"Knowing Is Not Enough, We Must Apply. Willing Is Not Enough, We Must Do" - Bruce Lee
Reply With Quote
  #8  
Old 15-12-2017, 10:58 PM
oldtbone oldtbone is online now
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 9,869
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1367
Active Level
My Mood:
Default

Innalillahiwainnailaihirajiun...takziah, moga dipermudahkan segala urusan keluarga beliau
Reply With Quote
  #9  
Old 15-12-2017, 11:15 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 124,981
Active Level
My Mood:
Default

Jenazah isteri KPN dibawa pulang ke Ipoh




SHAH ALAM: Jenazah isteri Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, akan dibawa pulang ke kampung halamannya Rapat Jaya, Ipoh, Perak malam ini selepas solat jenazah di Surau Khalid al-Walid di pekarangan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, sebentar tadi.


Terdahulu, jenazah dimandi dan dikafankan di surau berkenaan selepas tiba dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Kira-kira 500 orang termasuk orang kenamaan dan pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di surau berkenaan untuk memberi penghormatan terakhir.

Antara yang hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim; Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.

Allahyarham Azizah yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, menghembus nafas terakhir pada jam 7.02 malam tadi selama 15 tahun menghidap penyakit kanser.

Sementara itu, Mohamad Fuzi ketika memberi ucapan ringkas selepas selesai solat jenazah berkata, walaupun berat hatinya, beliau reda dengan pemergian isterinya.

Katanya, Allahyarham Azizah sudah melalui proses rawatan yang panjang sejak 2002 lagi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan takziah. Kalau ada salah silap isteri saya, saya juga minta halal makan minum khususnya kepada anggota PDRM dan ahli PERKEP.

"Arwah yang minta supaya disemadikan di Ipoh, bersebelahan dengan kubur anak lelaki tunggal kami yang meninggal dunia pada 2007," katanya.

Jenazah dijangka dikebumikan jam 9 pagi esok.


https://www.bharian.com.my/berita/na...pulang-ke-ipoh
Reply With Quote
  #10  
Old 16-12-2017, 12:22 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 124,981
Active Level
My Mood:
Default

Disemadikan sebelah kubur anak

LEBIH 500 orang hadir memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah isteri Ketua Polis Negara, Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi, 58, di Surau Khalid Al-Walid IPK Selangor, malam ini.


Sebelum itu jenazah tiba di surau berkenaan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada 8.30 malam.

Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di surau berkenaan sebelum disembahyangkan 10 malam.

Allahyarhamah Azizah menghembuskan nafas terakhir pada 7.02 malam tadi disebabkan penyakit kanser yang dihidapi sejak 15 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika memberi ucapan ringkas selepas selesai solat jenazah berkata, jenazah dibawa pulang ke kampung halaman arwah isterinya di Rapat Jaya, Ipoh untuk dikebumikan 9 pagi esok.

"Arwah isteri melalui proses rawatan sejak 2002.

"Walaupun berat hati saya, namun saya reda dengan pemergiannya.

"Terima kasih kepada semua yang banyak membantu dan saya minta halalkan makan minum arwah khususnya kepada anggota PDRM dan ahli PERKEP (Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia)," katanya.

Beliau berkata, arwah meminta disemadikan di kampungnya bersebelahan dengan kubur anak lelaki tunggal mereka yang meninggal dunia pada 24 Januari 2007.

Kenderaan yang membawa jenazah bertolak ke Ipoh 11 malam tadi.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...lah-kubur-anak
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump