Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #41  
Old 15-12-2017, 03:16 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 130,500
Active Level
My Mood:
Default

Suspek mengaku

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki yang bekerja di sebuah kilang perabot itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

"Siasatan kita mendapati lelaki berkenaan adalah teman lelaki kepada anak perempuan mangsa (pasangan Chia Tee Nang, 73, dan Lim Mai Shak, 68) yang berusia 30 tahun.

"Hasil soal siasat juga mendapati lelaki berkenaan mengaku terlibat dalam kes ini. Motif kejadian adalah disebabkan oleh masalah kewangan seperti hutang dan sebagainya," katanya.


http://www.kosmo.com.my/negara/jenay...sepat-1.573321
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #42  
Old 16-12-2017, 12:59 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 130,500
Active Level
My Mood:
Default

Lelaki bisu mengaku terlibat


MENDIANG Tee Nang (kanan) dan isterinya, Mai Shak mati dibunuh sebelum dibakar di rumah mereka di Tanjung Sepat, Kuala Langat Rabu lalu.

KUALA SELANGOR – Polis semalam menahan seorang lelaki bisu dan pekak berusia 38 tahun yang mengaku terlibat dalam kes pembunuhan empat sekeluarga sebelum kediaman mereka dibakar di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat dekat sini pada Rabu lalu.

Suspek yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja di sebuah kilang perabot itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

“Siasatan kita mendapati lelaki berkenaan adalah teman lelaki kepada anak perempuan mangsa yang berusia 30 tahun.

“Hasil soal siasat juga mendapati lelaki berkenaan mengaku terlibat dalam kes ini. Motif kejadian adalah disebabkan oleh masalah kewangan seperti hutang dan sebagainya,” katanya.


http://www.kosmo.com.my/negara/lelak...libat-1.573827
Reply With Quote
  #43  
Old 16-12-2017, 01:13 PM
kopirait kopirait is offline
CG Top Poster Club

kopirait's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Apr 2010
Location: -- .- ...
Posts: 26,785
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 543
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

harap2 tak lepaslah atas alasan OKU.
Reply With Quote
  #44  
Old 16-12-2017, 08:45 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 130,500
Active Level
My Mood:
Default

Suspek bunuh, bakar dibawa ke lokasi kejadian




KUALA LANGAT: Suspek bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Rabu lalu, dibawa ke lokasi kejadian, pagi tadi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek yang ditahan awal pagi semalam, di Taman Pusat Kepong, tiba kira-kira jam 11 pagi tadi sebelum beredar dua jam kemudian.

Katanya, tindakan membawa suspek ke lokasi berkenaan adalah bagi mendapatkan maklumat lanjut terhadap perbuatannya itu.

"Polis turut membawa juru isyarat kerana suspek bisu. Siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Suspek berusia 38 tahun yang juga teman lelaki kepada anak bongsu mangsa, tiba diiringi beberapa anggota selain tangan digari dan memakai penutup muka.

Dalam kejadian jam 6.30 Rabu lalu, satu keluarga membabitkan dua warga emas dan dua kanak-kanak lelaki maut dipercayai dibunuh dan dibakar.

Mangsa adalah Lim Mai Shak, 68; Chia Tee Nang, 73, dan dua cucu mereka iaitu Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi, masing-masing berusia tiga tahun dan 10 tahun.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...okasi-kejadian
Reply With Quote
  #45  
Old 16-12-2017, 08:56 PM
seiryu82 seiryu82 is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2009
Posts: 2,781
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 30
Active Level
Default

motif mcm xkena jer!

masalah kewangan seperti hutang dan sebagainya!!
Reply With Quote
  #46  
Old 16-12-2017, 09:08 PM
Jedi Jedi is offline
CG Top Poster Club

Jedi's Avatar
 
Trader Rating: (19)
Join Date: Feb 2009
Posts: 39,938
Thanks (Received): 151
Likes (Received): 1175
Active Level
My Mood:
Default

Masa baca kat The Star, dah dapat rasa macam suspek kemungkinan salah sorang OKU.
__________________
{MACAM-MACAM ADA** Idea Bisnes Untung Lebih 200%

WTS GOLD Kausar Pure Natural Honey (RM80)
CD inggeris/melayu RM25 setiap satu. Termasuk pos.
Ruang signature saya untuk disewa (RM30)

Reply With Quote
  #47  
Old 16-12-2017, 09:16 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 130,500
Active Level
My Mood:
Default

baru perasan baju putih tu penterjemah die
Reply With Quote
  #48  
Old 16-12-2017, 09:26 PM
m_radd m_radd is offline
Active Plus

m_radd's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2013
Posts: 2,519
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 43
Active Level
Default

OKU?....tapi budak yg terselamat tu ckp terdengar dia ckp bahasa Melayu...pelik kes ni...biar betul budak tu
Reply With Quote
  #49  
Old 18-12-2017, 04:04 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 130,500
Active Level
My Mood:
Default

Suspek bunuh 4 sekeluarga didakwa esok



SHAH ALAM: Suspek orang kelainan upaya (OKU) yang disyaki membunuh empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Rabu lalu, akan didakwa esok.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata tertuduh berusia 38 tahun itu bakal berdepan lima pertuduhan.

"Suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Dia juga berdepan pertuduhan mendatangkan kecederaan yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata teman wanita suspek terbabit yang juga anak bongsu pasangan warga emas mangsa tidak terbabit dalam kejadian itu.

"Wanita OKU berusia 30 tahun itu juga tidak mengetahui tindakan teman lelakinya membunuh ibu bapa serta dua anak saudaranya," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Rabu lalu, empat sekeluarga membabitkan dua warga emas dan dua kanak-kanak lelaki maut dipercayai dibunuh dan dibakar.

Lim Mai Shak, 68; Chia Tee Nang, 73; dan dua cucu mereka iaitu Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi, masing-masing berusia tiga tahun dan 10 tahun meninggal dunia dalam kejadian itu.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...a-didakwa-esok
Reply With Quote
  #50  
Old 19-12-2017, 03:59 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 130,500
Active Level
My Mood:
Default

Tertuduh pekak tak paham tuduhan, mahkamah tangguh untuk lantik jurubahasa isyarat


SEORANG lelaki bisu dipercayai suspek kes kematian empat sekeluarga yang dibunuh sebelum kediaman dibakar di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting. - Foto Roslin Mat Tahir

KUALA LANGAT: Mahkamah Majistret Teluk Datuk, hari ini menangguhkan sehingga 26 Januari depan, sebutan kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat.

Ia bagi membolehkan jurubahasa isyarat dilantik membantu tertuduh, Khang Chang Heng, 38, yang juga orang kurang upaya (OKU).

Majistret Mohd Isa Md Nor membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadilla Md Ali mengemukakan permohonan supaya mahkamah menyediakan jurubahasa isyarat dan menetapkan tarikh baharu bagi sebutan semula kes.

Sebelum itu, Chang Heng tidak memberi sebarang reaksi sejurus pertuduhan pertama membunuh seorang warga emas, dibacakan terhadapnya kerana masalah pekak dan bisu.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh Chia Tee Nang, 73, di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, antara jam 4 hingga 5 pagi, 13 Disember lalu.

Difahamkan, lelaki berkenaan berdepan lima pertuduhan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 324 kanun yang sama.

Media sebelum ini melaporkan satu keluarga membabitkan dua warga emas dan dua kanak-kanak lelaki maut, dipercayai dibunuh dan dibakar.

Selain Tee Nang, mangsa lain ialah seorang wanita, Lim Mai Shak, 68, dan dua kanak-kanak, iaitu Chia Yuan Bin, 3, dan Ryan Chia Zeng Xi, 10.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...-faham-tuduhan
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump