Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 20-09-2017, 03:26 PM
Yul-Minho Yul-Minho is offline
Legendary Member

Yul-Minho's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Jul 2012
Location: ~Hijau Bumi Tuhan~
Posts: 15,804
Thanks (Received): 839
Likes (Received): 304
Active Level
My Mood:
Default Sumbat tiga ekor lembu curi dalam kereta


Bukan hanya dadah dan peralatan mencuri lembu serta selaras senapang angin, tiga ekor lembu termasuk seekor yang telah mati ditemui di dalam kereta Proton Wira ini.

TAMPIN - Apa nak jadi! Itulah yang mampu disimpulkan dengan tindakan dua lelaki berusia 19 dan 28 tahun apabila tergamak menyumbat tiga ekor lembu di dalam kereta Proton Wira termasuk seekor lembu yang telah mati sebelum melapah dan menjualnya.

Aktiviti dua lelaki yang positif syabu itu berjaya dibongkar oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Tampin dalam satu pemeriksaan di hadapan sebuah rumah di Felda Pasir Besar, kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak, polis telah menahan dua lelaki yang baru turun dari sebuah kereta dan sebaik memperkenalkan diri sebagai polis, kedua-dua suspek cuba melarikan diri.

“Suspek berusia 19 tahun telah memandu kereta berkenaan kembali, manakala, suspek berusia 28 tahun pula berpaut pada bahagian luar pintu penumpang hadapan serta diseret sejauh kira-kira 100 meter dalam cubaan melarikan diri berkenaan.


Antara barangan yang dirampas.

“Suspek yang memandu kereta akhirnya memberhentikan kereta dan cuba melarikan diri namun dapat ditangkap polis. Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan telah menemui 13 paket plastik lutsinar dadah jenis syabu seberat 10.15 gram di dalam sebuah beg yang diletakkan di atas kotak gear,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Hamazah berkata, selain paket dadah, pemeriksaan juga menemui seekor lembu betina yang telah mati dan seekor lembu jantan di bahagian tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Menurutnya, seekor lagi lembu ditemui dalam bonet belakang kereta dan dua bilah pisau.

“Ketiga-tiga lembu itu telah diikat di bahagian kaki secara berasingan. Pemeriksaan lanjut turut menemui sebatang paip yang telah diubahsuai menjadi sumpit, tiga batang suntikan berisi cecair pelali, tiga batang suntikan kosong dan satu botol kaca mengandungi cecair pelali.

“Lebih memeranjatkan lagi, pemeriksaan seterusnya turut menjumpai selaras senapang angin di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan,” katanya.

Hamazah berkata, hasil pemeriksaan ke atas nombor casis kenderaan juga telah ditukar dipercayai bagi menjalankan kegiatan jenayah curi lembu berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini ditahan remah dan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan 15(1)(aa) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan/ Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1958.

“Suspek utama berusia 28 tahun yang merupakan penternak mempunyai lima rekod jenayah lampau dan kini telah di hantar untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan dalam cubaannya melarikan diri.

“Suspek berusia 19 tahun pula bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/...ereta-1.732967
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 20-09-2017, 04:35 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 31,093
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2617
Active Level
My Mood:
Default

jahat perangai suspek suspek ni..
baguslah dh kena reman
semoga kena dakwa pasni
Reply With Quote
  #3  
Old 20-09-2017, 04:47 PM
kpm kpm is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2012
Posts: 503
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 29
Active Level
Default

Kalo ada orang jual daging lembu murah wajib kita periksa sumbernya takut nanti beli daging lembu curi camni.
Reply With Quote
  #4  
Old 20-09-2017, 04:56 PM
Lobey Lobey is offline
Active Plus

Lobey's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Feb 2008
Location: GoheadGostan State
Posts: 3,775
Thanks (Received): 16
Likes (Received): 23
Active Level
My Mood:
Default

lembu mati pun dia org lapah dan jual daging ke?
Reply With Quote
  #5  
Old 20-09-2017, 05:13 PM
tokputih tokputih is offline
CG Top Poster Club

tokputih's Avatar
 
Trader Rating: (23)
Join Date: Apr 2008
Posts: 26,244
Thanks (Received): 520
Likes (Received): 115
Blog Entries: 4
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Lobey View Post
lembu mati pun dia org lapah dan jual daging ke?
orang camni mana pkir benda halal haram... janji duit
Reply With Quote
  #6  
Old 20-09-2017, 05:21 PM
ZURA-SAN ZURA-SAN is offline
Legendary Member

ZURA-SAN's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2010
Location: Miri - Bintulu - KL
Posts: 13,028
Thanks (Received): 9
Likes (Received): 8
Blog Entries: 1
Active Level
Default

janji ada duit beli "ubat"
Reply With Quote
  #7  
Old 20-09-2017, 06:18 PM
sifar82 sifar82 is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2012
Posts: 613
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 8
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by kpm View Post
Kalo ada orang jual daging lembu murah wajib kita periksa sumbernya takut nanti beli daging lembu curi camni.
Kalu jual murah bole la suspek..buatnya dia jual harga pasaran..naya je
Reply With Quote
  #8  
Old 21-09-2017, 10:24 AM
kopirait kopirait is offline
CG Top Poster Club

kopirait's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Apr 2010
Location: -- .- ...
Posts: 26,776
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 542
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default

dah terjebak dadah.
jadilah sampah masyarakat.
Reply With Quote
  #9  
Old 21-09-2017, 11:07 AM
blankoguy85 blankoguy85 is offline
Super Active

blankoguy85's Avatar
 
Trader Rating: (55)
Join Date: Dec 2011
Location: Historic City
Posts: 7,252
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 21
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by sifar82 View Post
Kalu jual murah bole la suspek..buatnya dia jual harga pasaran..naya je
jual harga pasaran 1 hal..
eh eh..bleh plak dier jual harga tinggi.. pastu bg alasan..

daging susah dpt sekarang...
__________________

Layari Untuk Masa Depan Yang Lebih Ceria >> JOM CERIA
Reply With Quote
  #10  
Old 21-09-2017, 11:47 AM
Yul-Minho Yul-Minho is offline
Legendary Member

Yul-Minho's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Jul 2012
Location: ~Hijau Bumi Tuhan~
Posts: 15,804
Thanks (Received): 839
Likes (Received): 304
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Lobey View Post
lembu mati pun dia org lapah dan jual daging ke?
lembu yg hidup tu pon belum tentu depa semblih cara islam..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump