Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-12-2017, 11:14 AM
mazri_2008 mazri_2008 is online now
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 12,857
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1161
Active Level
Default 4 lelaki curi kerbau dengan MPV



TASEK GELUGOR: Tindakan empat lelaki melarikan seekor kerbau dengan menyumbat haiwan itu dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diubah suai gagal selepas kegiatan mereka dihidu penduduk kampung di Sungai Kulim dekat Labuh Banting, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, suspek yang berpura-pura memancing di sungai berhampiran bertindak menyumpit kerbau berkenaan bagi melalikannya sebelum menyumbat haiwan itu ke dalam MPV yang dibawa mereka.

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari seorang remaja yang kemudian terus memaklumkan kepada penduduk kampung.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Labuh Banting, Saidin Yaacob, berkata sekumpulan penduduk terus ke lokasi kejadian sebaik mengetahui tindakan empat suspek itu.

"Keempat-empat suspek yang bersenjatakan parang itu kemudian meloloskan diri dengan mencuri dua motosikal milik penduduk kampung.

"Laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu sebentar tadi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, kerbau yang cuba dicuri itu berharga antara RM7,000 hingga RM8,000.

Saidin berkata, pemilik kerbau berusia 50-an itu, sebelum ini pernah kehilangan tiga ekor lembu dalam kejadian Ramadan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Katanya, polis sedang menjalankan siasatan termasuk mengesan suspek yang terbabit.

https://www.bharian.com.my/berita/ke...bau-dengan-mpv
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-12-2017, 11:22 AM
mr_compiler mr_compiler is offline
Active Member

mr_compiler's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Dec 2005
Location: tengah-tengah
Posts: 1,931
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 16
Active Level
Default

owh...ni yg curi guna mpv odc tuh.
habis jahanam odc..ocd curi laa tuu.
Reply With Quote
  #3  
Old 16-12-2017, 12:21 PM
sayasuka sayasuka is offline
Legendary Member

sayasuka's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2011
Posts: 11,697
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 52
Active Level
Default

barang mewah, kenderaan pun mewah... memang 'betul' MPV ni.
Reply With Quote
  #4  
Old 16-12-2017, 12:33 PM
azmann33 azmann33 is offline
Super Active

azmann33's Avatar
 
Trader Rating: (101)
Join Date: Mar 2009
Posts: 7,799
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 129
Active Level
My Mood:
Default

sempat lagi curi motorsikal penduduk kampung!!!!!!

Nak gelak atau nak nangis ni....hihi
Reply With Quote
  #5  
Old 16-12-2017, 12:49 PM
jaws_am jaws_am is online now
Super Active

jaws_am's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Location: wherever you are
Posts: 5,253
Thanks (Received): 47
Likes (Received): 389
Active Level
Default

7-8k seekor..
mmg boleh buat duit..
__________________
So long, and thanks for all the fish
Reply With Quote
  #6  
Old 16-12-2017, 02:59 PM
Laici Laici is offline
Active Plus

Laici's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Posts: 3,279
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 132
Active Level
Default

kerbau pulak daah.kt thread lagi satu, 3 ekor lembu....penjenayah berleluasa
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump