BTC USD 63,300.3 Gold USD 2,380.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Vietnam bergelar Datuk dalang lepaskan nelayan asing ceroboh negara

Sponsored Post

Datuk Maimunah didakwa lagi

image.jpg


WANITA warga Vietnam bergelar Datuk sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas dua pertuduhan memberi rasuah kepada Pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjumlah RM350,000 sebagai dorongan melepaskan empat bot nelayan Vietnam, Mei lalu.


Tran Thi Mai, 41, atau Datuk Maimunah sebagai ejen menguruskan lesen kapal kargo bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara rasuah memberi RM300,000 kepada Muhammad Sani Abdullah, 31, bagi pihak Pengarah Maritim Daerah Sedili, Kota Tinggi Johor, Amran Daud, 55, sebagai dorongan melepaskan tiga bot nelayan Vietnam yang ditahan APMM kerana disyaki menceroboh perairan Malaysia untuk menangkap hasil laut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Hot Gossip Cafe Hotel Park Royal, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, antara 6.30 petang dan 7.30 malam, 2 Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah memberi RM50,000 kepada Muhammad Sani bagi pihak Amran sebagai balasan melepaskan sebuah bot nelayan Vietnam atas kesalahan sama di Starbucks kompleks beli-belah Pearl Point di Kuala Lumpur pada 4 petang, 12 Mei lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda dari jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Wan Ahmad Nizam Wan Omar tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan tertuduh adalah rakyat Vietnam.

"Bagaimanapun sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM500,000," katanya.

Peguam GK Sritharan yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya dibenarkan diikat jaminan dengan kadar yang rendah dengan mengambil kira tertuduh sudah lama menetap di Malaysia dan mengikuti program Malaysia My Second Home sehingga tahun 2027.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan dua penjamin warga tempatan dan menetapkan 20 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pada 10 November lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan kerana menawarkan wang tunai RM800,000 kepada seorang pegawai SPRM yang menyamar sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada Kapten Nurul Hizam Zakaria dan Amran Daud pada 9.40 pagi, 5 November lalu.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan mahkamah sama membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin warga negara Malaysia berserta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis Kuantan setiap bulan selain kes ditetapkan pada 11 Disember ini untuk sebutan semula kes.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/286337/tran-thi-mai-didakwa-sekali-lagi
 
>Mahkamah Sesyen Kuantan
>Coram:
Hakim Dazuki Ali
Timbalan Pendakwaraya SPRM, Mohamad Fadhly Mohd Zamry
Peguam mewakili tertuduh, GK Sritharan
Tertuduh, Tran Thi Mai

>Pertuduhan
-Tertuduh didakwa menawarkan wang tunai RM800,000 kepada seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamar sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada Kapten Nurul Hizam Zakaria dan Kapten Amran Daud, pada pukul 9.40 pagi, 5 November lalu.

-didakwa dilakukan di sebuah hotel di sini, sebagai suapan kepada dua pegawai APMM bagi melepaskan sembilan bot nelayan Vietnam yang ditahan di bawah Akta Perikanan 1985.

-didakwa mengikut Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama

>jaminan sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin warga negara Malaysia bersama syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melaporkan diri ke balai polis Kuantan setiap bulan.

>Tarikh sebutan akan datang: 11 Disember ini

>Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
>Coram:
Hakim Madihah Harullah
Pegawai Pendakwa SPRM Wan Ahmad Nizam Wan Omar
Peguam GK Sritharan
Tertuduh: Tran Thi Mai, 41, atau Datuk Maimunah

>Pertuduhan
pertama-
-didakwa secara rasuah memberi RM300,000 kepada Muhammad Sani Abdullah, 31, bagi pihak Pengarah Maritim Daerah Sedili, Kota Tinggi Johor, Amran Daud, 55, sebagai dorongan melepaskan tiga bot nelayan Vietnam yang ditahan APMM kerana disyaki menceroboh perairan Malaysia untuk menangkap hasil laut.

-didakwa dilakukan di Hot Gossip Cafe Hotel Park Royal, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, antara 6.30 petang dan 7.30 malam, 2 Mei lalu.

kedua-
-didakwa secara rasuah memberi RM50,000 kepada Muhammad Sani bagi pihak Amran sebagai balasan melepaskan sebuah bot nelayan Vietnam atas kesalahan sama di Starbucks kompleks beli-belah Pearl Point di Kuala Lumpur
pada 4 petang, 12 Mei lalu.

>kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

>tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan dua penjamin warga tempatan

>Tarikh sebutan kes: 20 Disember 2017

dah ada dua kes tertuduh didakwa, kuantan satu dan di kl satu
 
Datuk Maimunah atau nama sebenarnya Tran Thi Mai, 41, sebagai ejen menguruskan lesen kapal kargo bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Madihah Harullah memandangkan tertuduh mengaku fasih dalam bahasa tersebut selepas 17 tahun menetap di negara ini.

image.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register