samad
Fun Poster
- Messages
- 926
- Joined
- Dec 26, 2005
- Messages
- 926
- Reaction score
- 110
- Points
- 23
Pandangan saya kejatuhan bersifat sementara sb Malaysia secara politil belum stabil. Angkat sumpah kabinet x buat lg dah 2 bulan.PM delay angkat sumpah. Kes2 rasuah masih byk disiasat. Semua ni kena selesai dulu. Br org akan masuk Bursa. Target 1000 point terlalu rendah. Realistik dlm 1300-1400 utk rebounf yg powerful.
bro ada zaman 1993-2000?
Bull run nombor 2 paling lama dalam rekod Bursa adalah 1986 - 1993. Ingat tak kenapa 1993 jatuh merudum? Kerana satu ayat dari Tun Daim sahaja menggegarkan Bursa dan membawa ia jatuh. +/- 300 mata
Ingat lagi tak Bursa pada 1997? Masa itu market di SEA kena sabotaj. Kerajaan pimpinan Dr Mahathir push market lagi turun ke bawah, peg duit dan pelbagai lagi usaha "potong gaji" kurangkan perbelanjaan dan macam-macam lagi sekatan. Selain dari faktor luar, kerajaan pimpinan Dr M dan bergu beliau Daim ada memainkan peranan utama dalam faktor ekonomi ketika itu
Semasa dalam keadaan bottom setelah menjunam ke paras 250 mata dari 1300 mata, semasa itu dalam satu sidang media, Dr M ada hint dalam nada bersahaja tentang belilah saham dalam Bursa. Walaupun nada beliau bersahaja, beliau sudah beri hint. Geng rapat atau nama lain nya kroni telah melakukan pancingan dasar dan bersiap sedia untuk bergembira.
Rakyat pelabur saham yang biasa, duit telah kehabisan kerana telah kerugian dan ramai yang "catch the falling knife". Yang mana rapat dengan bergu itu, pasti tahu tips ini.
Selepas itu saham rally menaik tetapi tidak begitu lama, cukup untuk kroni/geng buat duit. Di tekan lagi Bursa supaya jatuh pada tahun 2000-2001 untuk apa? Semasa ini lah ValueCap Sdn Bhd ditubuhkan oleh Khazanah sekitar Q4 2002. Apabila 2003 beroperasi ValueCap memborong semua saham di Bursa dan bull run sehingga ke 2008.
Apa berlaku 2006-2008? Mahathir mencari kesalahan dan menyerang Paklah. Terkesan dengan situasi ekonomi dunia, dan perang antara dua jeneral ini, ekonomi Malaysia sekali lagi jatuh dan ditekan. Di samping keadaan antara dua jeneral ini, kesempatan diambil oleh geng kroni untuk buat pancingan dasar..
Selepas Najib pula ambil alih, bull run terpanjang Bursa pernah dapat, sekitar 2009 hingga 2018 sebelum PRU14.
Sekarang zaman Dr M dan Bergu kesayangan Daim dan Kuok. Anwar terkecuali.
Kita saksikan perkara sama berlaku seperti tahun 1997.Kini krisis Tun M dengan Najib. Seperti juga krisis dia dgn Anwar. Seorang jadi kambing hitam untuk dia memburukkan lagi situasi agar Bursa terus jatuh, Ringgit terus jatuh. Sedikit demi sedikit kroni telah bersedia. Kroni dan rakan bergu sedang mengumpul sedikit demi sedikit. Saya jangka sehingga tahun hadapan masih belum selesai mengumpul. Bursa pun akan ditekan hebat boleh sampai lantai 1,000.
Jikalau saya menjadi pemimpin negara pada situasi sebegini setelah kekeringan selama 15 tahun, sudah pasti saya juga tidak akan membiarkan situasi ekonomi manjadi terlalu cantik. Oleh kerana kambing hitam sudah ada untuk dipersalahkan, lebih manis jika saya menggunakan kesempatan agar dapat mensabotaj ekonomi negara untuk saya mengumpulkan laba yang lebih banyak. Buy bottom, sell on top. What bottom is bottom and what top is top??????
Prestasi Ringgit dilemahkan untuk bersedia membawa masuk duit yang tersimpan lama di luar negara tu. Dapat 4.3 baru cantik kan tukar USD ke MYR. 0.3 = untung berpuluh billion kalau duit yang nak di bawa masuk jumlahnya Trillion.
Mokhzani beli Scomi via private placement, VT beli T7. (Dua ini yang saya nampak, ada lagi yang tak nampak). Tgk dan saksikan SSM E-Info untuk pull rekod syarikat telah ditutup sementara sehingga waktu yang sesuai. (banyak manipulasi data rekod SSM sedang dilakukan untuk cover line - ni berlaku sekarang ya).
Hehehhehe....maaf lah kalau apa yang saya cerita ini tidak benar. Anggap sahaja karutan di malam hari. Renung-renugkan lah gambar dalam attachment tu ya dan padankan dengan jalan cerita yang saya nukilkan.
Attachments
-
16.1 KB Views: 35
Last edited: