BTC USD 63,650.7 Gold USD 2,378.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri kena belasah dgn suami

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,281
Points
196
Ebit Lew:

Semalam selepas ceramah ada seorang kakak jumpa saya. Mukanya bengkak bersama 2 anak kecil di petronas. Ustaz ebit lew kan...

Yer saya..dengar kisahnya buat hati saya sedih. Kakak nak kemana ni. Rupanya kena belasah dengan suami. Puasa-puasa ni pun ada orang belasah isteri. Sakit hati saya mendengarnya..ya Allah...berilah hidayah pada suaminya bertaubat dan jadi pemimpin yang baik..

Dia nak lari rumah. Tapi bila saya ajak report polis dia tak nak. Dia sayang suaminya. Nak lari duit minyak pun takde. Bawa kereta. Saya kata saya belanja duit minyak akak. Saya isi penuh. Katanya,ustaz saya tak pernah isi minyak penuh. Biasa rm10 yer.. yer akak saya selalu begitu. Kadang tinggal kereta tepi jalan jer..

Nah amek duit belanja ni. Ish takper ustaz. Takper untuk anak akak. Ni nombor telefon saya. Jika perlu apa-apa bagitahu saya.. nak kemana ni..saya nak balik rumah...terima kaseh ustaz..suami tak tinggal duit belanja dekat rumah..syukur saya jumpa ustaz..

Bila saya pergi dari situ saya rasa sedih campur gembira. Bila saya pergi sana sini sekarang dah lama tak bayar makan. Ada orang bayarkan Ada yang bayar senyap-senyap. Saya tak tahu siapa pun yang bayar. Rasa nak menangis sebab, buat saya rasa nikmat Allah tak berhenti.

Sebab tu jangan risau nak memberi walau kepada orang gila atau sesiapapun. Kerana kita ada tuhan yang sedang menilai. Allah sedang menilai kita semua. Setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan. Dia pencipta, pemelihara dan pemberi rezeki..tuhan sekalian alam. Memberilah walau Rm1 walau sebiji tamar walau sepinggan nasi, walau sekeping roti canai kerana bagi sesetengah orang sekeping roti canai pun amat bernilai kerana sepanjang hari tak makan. Lagi kita suka memberi lagi kita dikasihi Allah yang Esa. Allah yang satu.

Ada orang yang hari raya ini nak isi minyak pun takde duit. Ada yang nak berjalan pun berfikir. Nak pergi beraya pun fikir nak bagi duit raya. Risau duit tak cukup. Kita tak perlu bantu semua orang. Cukuplah kita bantu seorang. Seorang itu insyaAllah ingat dia pula bantu 10 orang yang lain.

Saidina Umar ra tak boleh tidur lena jika ada orang kelaparan. Tak selera makan sedap jika ada orang lapar. Kita makan dan tidurlah dengan sempurna tapi ingat-ingat juga anak yatim dan orang susah. Tengok- tengok sikit yer keliling kita. Pusing-pusing tengok manusia sekitar yang lapar dan susah. Tegur beri salam. Dakwah dan doakan mereka -ebit lew

Terima kasih di atas keprihatinan Tuan/Puan. Infak buat kasih umat anda boleh disalurkan ke akaun :
• 8603306241 (CIMB)
• KASIH UMAT TRAINING

35078217_1711318748986401_6277772848375267328_n.jpg
]

35026758_1711318792319730_7773746597938069504_n.jpg


https://web.facebook.com/ebitlew?hc...gVno7_gRxWUGeXXfcvw&fref=nf&hc_location=group
 
Sponsored Post

ramai org tgk dlu sape yg meminta..

kata dia org, skang ramai yg menipu .. den setuju ngan pandangan ustaz ni dan ustaz2 lain.. nak bagi, bagi je.. tak kira siapa

dia nak tipu ke apa tu soal dia ngan Allah..

beri aje...niat kita beri kerana Allah...

dia nak tipu itu urusan dia dengan Allah...kita tak ada urusan dengan dia..

urusan kita dengan Allah...

Allah perintahkan kita bersedekah...setiap kali kita bersedekah urusan kita dengan Allah...bukan dengan manusia yag kita sedekahi...
 
tule .. laki zaman skrg.. tangan tu manjang je

laki zaman skrng suka tunjuk kuat dengan bini...

tp ada satu yg aku dapat dari cerita kawan2 yg kaki pukul bini dia...

bini ni syang gila kat laki dia..walau tahu selalu kena pukul....

kebanyakan....tak semua...

apa rahsia nya yaa:D:D
 
laki zaman skrng suka tunjuk kuat dengan bini...

tp ada satu yg aku dapat dari cerita kawan2 yg kaki pukul bini dia...

bini ni syang gila kat laki dia..walau tahu selalu kena pukul....

kebanyakan....tak semua...

apa rahsia nya yaa:D:D

rahsianya apabila pompuan tu terlalu bergantung hrap pada lelaki... dia tahu klu kena cerai tak tahu nak kemana pergi... apatah lagi jika kerana cinta sanggup buang emak buang ayah... memang kena hadaplah... laki baran ni juga klu time romantiknya tok sah citer memang cair oo
 
Last edited:
rahsianya apabila pompuan tu terlalu bergantung hrap pada lelaki... dia tahu klu kena cerai tak tahu nak kemana pergi... apatah lagi jika kerana cinta sanggup buang emak buang ayah... memang kena hadaplah... lagi baran ni juga klu time romantiknya tok sah citer memang cair oo

begitu k tok..ni mesti otai dalam rumah tangga ni....:D
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register