BTC USD 63,695.2 Gold USD 2,383.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1Malaysia Privilage Card (www.1mprivilege.my ) FASA 1

Luk2755

Fun Poster
Messages
649
Joined
Jun 12, 2012
Messages
649
Reaction score
3
Points
20
Perdana Menteri lancar "1Malaysia Privilage Card"

PUTRAJAYA 7 Ogos - Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenal satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan kad "1Malaysia Privilege Card" khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.

Beliau berkata ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan

“Wira Yang Tidak Didendang", sebagai lanjutan kepada strategi NBOS 6, yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.

"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau "pendapatan boleh guna" rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 ini menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian berkenaan, yang membolehkan pemegang kad itu menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan, barangan kesihatan dan banyak lagi, yang senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal berkenaan. - BERNAMA
 
Last edited:
Sponsored Post

mpc_aboutBM.png

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah dua entiti kerajaan yang mendedikasi dan mengorbankan nyawa mereka kepada negara walaupun daripada bahaya dan ancaman yang mereka perlu menghadapi. Angkatan ATM membahayakan nyawa mereka terhadap ancaman luaran yang sentiasa dihadapi oleh negara kita manakala risiko PDRM adalah menghadapi semua isu-isu sosial dan keselamatan dalam negara. Ahli kedua-dua agensi meletakkan hati dan jiwa mereka untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia, memastikan keamanan dan keselamatan negara kita.

373825_216510151808490_1539863183_n.jpg

376606_216510521808453_1881725160_n.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register