BTC USD 63,635.4 Gold USD 2,378.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis Syura Arab Saudi tolak cadangan benarkan wanita memandu

Sponsored Post

Wanita Arab Saudi dibenar tunggang motosikal, pandu trak

image.jpg

SELEPAS diberi kebenaran memandu kereta mulai Jun tahun depan, golongan wanita di Arab Saudi kini berpeluang untuk menunggang motosikal serta memandu trak. -GAMBAR HIASAN/REUTERS


RIYADH 16 Dis. - Selepas diberi kebenaran memandu kereta mulai Jun tahun depan, golongan wanita di sini kini diberikan pula peluang untuk memandu trak serta menunggang motosikal.

Perkara itu dimaklumkan oleh Lembaga Pengarah Trafik Umum Arab Saudi menerusi satu kenyataan hari ini.

“Ya. kami akan membenarkan wanita untuk menunggang motosikal serta memandu trak selepas ini,” ujar kenyataan itu.

Difahamkan, undang-undang baharu itu digubal bagi memberi ‘kesaksamaan’ terhadap golongan lelaki dan wanita untuk memandu.

Lembaga tersebut bagaimanapun menambah, tidak ada sebarang nombor pendaftaran khas akan diwjudkan bagi membezakan kedua-dua pemandu berkenaan.

September lalu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan perintah untuk membenarkan wanita di negara ini memandu kereta bermula Jun 2018.

Keputusan bersejarah itu sekali gus menjadikan Arab Saudi sebagai negara terakhir di dunia yang membenarkan wanita memandu kenderaan.

Larangan wanita memandu dianggap masyarakat global sebagai simbol penindasan ke atas wanita di negara Teluk itu dan perintah terbabit dikeluarkan selepas aktivis wanita Arab Saudi tanpa pernah jemu memperjuangkan hak mereka sejak beberapa tahun lalu. -AFP






sumber: http://www.utusan.com.my/berita/lua...g-motosikal-pandu-trak-1.574330#ixzz51R95FeHA







.
 
Arab Saudi buka pameran kereta untuk wanita sahaja

image.jpg

SEORANG wanita berswafoto semasa mengunjungi pameran kereta khas untuk golongan wanita di Jeddah, Arab Saudi. REUTERS

JEDDAH 12 Jan. - Golongan wanita memenuhi pusat beli-belah ‘Le Mall’ di sini semalam untuk menyaksikan pameran kereta pertama untuk golongan tersebut, beberapa bulan selepas negara ini membenarkan mereka memandu.

Belon berwarna merah muda, jingga dan kuning digantung di dalam bilik pameran manakala golongan wanita sibuk berswafoto dengan kereta yang dipamerkan.

Seorang wanita yang duduk di kerusi pemandu dilihat membe*tulkan tempat duduknya manakala seorang lagi wanita lain mencuba stereng kereta ber*kenaan.

Ghada al-Ali berkata, dia memang meminati kereta tetapi tidak mampu untuk memandu.

“Saya berminat untuk membeli sebuah kereta tetapi saya harap harga dan bayaran ansurannya tidak terlalu tinggi,” katanya.

Pameran itu mem*fokuskan jualan kereta dengan penjimatan mi*nyak selain menempatkan sekumpulan jurujual wanita un*tuk membantu pelanggan baharu.

Pihak penganjur mempamerkan slogan ‘Pandu dan Beli-belah’ merujuk kepada golongan wanita yang merupakan kelompok terbesar membeli-belah di pusat beli-belah berkenaan.

“Semua bahagian pusat beli-belah ini dikendali oleh golo*ngan wanita termasuk juruwangnya. Malah, semua yang berada dalam restoran adalah wanita,” kata Sharifa Mohammad yang merupakan Ketua Jurujual di pameran itu.

Pada bulan September lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz memerintahkan semua larangan memandu terhadap wanita ditarik balik mulai bulan Jun ini.

Ramai yang menyifatkan ke*pu*tusan itu adalah pendekatan Putera Mahkota, Putera Mohammed, 32, yang dilihat oleh generasi muda sebagai pemimpin muda yang mahu memecahkan tradisi lama pemerintahan negara yang menghalang kemajuan golongan wanita. – REUTERS


http://www.utusan.com.my/berita/lua...ta-untuk-wanita-sahaja-1.589325#ixzz540oPN7Gb
 
Wanita Saudi dibenar memandu mulai 24 Jun

image.jpg


RIYADH - ARAB SAUDI. Jabatan Trafik Umum Arab Saudi hari ini mengumumkan kaum wanita di negara itu akan dibenarkan memandu mulai 24 Jun ini.


Ketua Pengarah Lalulintas Mohammed al-Bassami memaklumkan dalam satu kenyataan rasmi kerajaan bahawa kesemua peraturan bagi membolehkan wanita di negara itu memandu telah ditetapkan.

Pada September 2017, satu dekri diraja mengumumkan berakhirnya pengharaman selama beberapa dekad ke atas pemandu wanita.

Bassami menambah, wanita berusia 18 tahun ke atas dibenar memohon lesen memandu.

Sekolah memandu wanita turut ditubuhkan di lima bandar serata negara di mana tenaga pengajarnya merupakan wanita Saudi yang memperoleh lesen mereka di luar negara.

Sementara itu, wanita yang mempunyai lesen memandu luar negara juga boleh memohon lesen memandu tempatan melalui satu proses berasingan yang akan menilai kemahiran memandu mereka.

"Ia sudah diketahui bahawa ramai wanita di Arab Saudi memegang lesen memandu dari luar negara," kata kenyataan itu.

Terdahulu golongan wanita di Arab membuat petisyen terhadap kerajaan bagi menamatkan sekatan terbabit malah turut memandu sebagai tanda protes.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, 32, dilihat sebagai kuasa di belakang penamatan larangan itu, ia merupakan sebahagian dari siri Wawasan 2030 bertujuan untuk menjadikan wanita hampir satu pertiga daripada tenaga kerja berbanding hanya kira-kira 22 peratus sekarang.

Keputusan untuk membenarkan wanita memandu membolehkan mereka bergerak dengan mudah sekaligus menggalakkan mereka menyertai tenaga kerja. - AFP


http://www.sinarharian.com.my/global/wanita-arab-saudi-dibenar-memandu-mulai-24-jun-1.831917
 
Gambar puteri Arab Saudi memandu undang kontroversi

1205721-940091166.jpg.transformed.jpg

IMEJ Puteri Hayfa bint Abdullah al-Saud.







DUBAI: Muka depan majalah Vogue yang memaparkan puteri Arab Saudi memandu kereta merah tanpa bumbung mencetuskan perbahasan hangat, susulan penangkapan aktivis wanita yang memandu.

Imej Puteri Hayfa bint Abdullah al-Saud, di kerusi pemandu memakai sarung tangan kulit dan kasut tumit tinggi, disiarkan pada muka depan majalah Vogue versi Arab edisi Jun, diterbitkan ketika negara itu bersedia menarik balik larangan memandu ke atas wanita.

Isu itu ditujukan kepada wanita Arab Saudi yang inovatif dan memuji pembaharuan dilancarkan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, yang mahu mengendurkan sekatan sosial di negara itu dan mengekang kuasa golongan ulama.

"Di negara kami, ada golongan konservatif yang takutkan perubahan. Bagi ramai yang lain, itu sahaja yang mereka ketahui.

"Secara peribadi, saya menyokong perubahan itu dengan amat gembira," Puteri Hayfa, anak perempuan kepada Raja Abdullah, dipetik sebagai berkata oleh majalah itu.

Gambar itu dirakamkan di padang pasir di luar Jeddah.

Namun imej berkenaan tidak menarik minat kumpulan wanita yang membantah penangkapan sekurang-kurangnya 11 aktivis, kebanyakannya dikenal pasti kumpulan hak sebagai wanita yang menyokong hak memandu dan menamatkan sistem penjagaan lelaki di negara itu. - AFP













sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/as...-puteri-arab-saudi-memandu-undang-kontroversi










.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register